Monday, July 13, 2015

Betul kah Penyusuan Waktu Malam Ada Kaitan Dengan Kerosakan Gigi?

Gigi mudah rosak akibat menyusu waktu malam? Fakta atau hanya mitos? Macam mana bayi yang menyusu waktu malam boleh menyebabkan gigi cepat rosak, samada berlubang ataupun rongak di bahagian gigi depan? Meh kita tengok adakah penyusuan waktu malam betul-betul merosakkan gigi atau sebaliknya?


Sebenarnya ada kajian sejak dari tahun 1996 berkenaan dengan kaitan antara gigi rosak dengan penyusuan waktu malam. Antara dapatan dari kajian-kajian yang dijalankan adalah
  • Kerosakan gigi berlaku disebabkan oleh bakteria streptokokus mutants yang dijangkiti daripada orang sekeliling
  • Bakteria bertindak balas dengan unsur gula di dalam mulut dan menyebabkan kerosakan gigi
  • Ada juga hasil kajian menunjukkan bakteria bertindak balas dengan laktos sejenis unsur gula dalam susu dan ibu dan menyebabkan kerosakan gigi
  • Kajian di Amerika antara tahun 1999-2002 mendapati tiada bukti kukuh menunjukkan penyusuan susu ibu  samada dalam tempoh yang singkat ataupun panjang menyumbang secara langsung kepada masalah gigi
  • Ada dapatan juga mendapati masalah utama kerosakan gigi bukanlah disebabkan penyusuan tapi kerana faktor kemiskinan dan ibu yang merokok.
=======================================================

Bongkar rahsia bagaimana ibu ini selamatkan situasi tidak cukup susu badan 


========================================================

Jadi fakta atau mitos? Meh tengok pulak bagaimana sebenarnya susu ibu melindungi gigi
  • Susu ibu mengandungi mineral-mineral yang melindungi gigi dengna cara menguatkan gigi
  • Susu ibu mengandungi Laktoferrin bertujuan untuk menghalang bakteria dari menggunakan zat besi bagi membiak. Jadi kerosakan gigi akan terhalang kerana perkembangan bakteria terbantut. 
  • Bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi di dalam mulut manusia tidak dapat menggunakan laktos sebagai sumber tenaga sebaik sukros. 
  • Antibodi dalam susu ibu yang dipanggil secretory IgA dan IgG menghalang pembiakan bakteria dalam mulut. 
  • Bayi yang baru lahir tidak mempunyai sebarang kuman di dalam mulutnya sebab itu mulut bayi tidak berbau. Bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi dijangkiti melalui beberapa xara seperti kucupan dan berkongsi alatan makanan dan minuman. 
Dan untuk pengetahuan, susu ibu tidak akan berkumpul di sekitar gigi bayi semasa menyusu badan kerana puting ibu tereltak jauh di belakang mulut bayi semasa menyusu. Susu yang dihisap akan terus masuk ke tekak bayi. 

Sememangnya pemberian susu ibu adalah pilihan yang terbaik. Kesimpulannya penyusuan badan waktu malam tidak merosakkan gigi.
Ingin dapatkan vitamin untuk bantu penyusuan badan, boleh hubungi saya di talian berikut

Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com

NAK DAPAT FREE SEBOTOL VITALEA???? Klik LINK INI

No comments: