Saturday, July 4, 2015

Resepi Lala Masak Lemak Cili Padi Sedap Terangkat

Siapa suka makan lala pasti tau cara nak masak lala masak lemak cili padi ni kan. Saya sangat suka kalau masak lala ni, sebab nak masaknya sekejap aje. Tak kira la masak lemak ke masak lada ke masak ape2 je la, tempoh lala nk masak ni amik masa sekejap je. Benda mudah ni memang best. Sedap pulak tu. Hidangan yang boleh diratah macam tu je or makan dengan nasi panas.


Resepi kali ni nak share resepi lala masak lemak cili padi yang sedap terangkat. Gitewwww. Kalau tak terangkat jangan marah naaa. Heheheehee.

Resepi asal ni dari rakan bisnes saya yg duk nun jauh di utagha, ipoh mari iaitu Pn Dilla Jalil. Sebelum ni saya masak lemak lala ni letak serai dan bahan2 asas lain tapi rupanya ada satu lagi bahan yang boleh buat ia terangkat tu. Ok moh masuk dapur.

Bahan-bahan yang nak kena sedia sebelum mula masak adalah
  • 1/2 kg lala
  • 5 ulas bawang merah - kisar
  • 2 ulas bawang putih - kisar
  • 2 cm kunyit hidup - kisar
  • 7 biji cili padi - kisar (nk lagi pedas, tambah lg banyak)
  • 3 batang serai - diketuk
  • 2 helai daun kunyit <<---- ini punca ianya sedap terangkat
  • 3 keping asam keping
  • 1/2 biji santan
  • Gula & Garam secukup rasa
Dah ready dengan bahan-bahan boleh la sinsing lengan baju tu untuk mula memasak. 

1) Rebus bahan2 yang dikisar di dalam periuk dan tambah dengan 1 cawan air. Jangan letak terlalu banyak air, nanti terlalu cair dan tidak sedap.

2) Masukkan juga serai, daun kunyit (nak koyak2 pun takpe) dan asam keping. Biar sehingga mendidih.

3) Selepas itu, masukkan pula lala. Gaul sehingga separuh masak.

4) Kemudian masukkan santan dan gaul dengan api yang pelan. Jangan biar masak lemak begitu sahaja. Takut pecah lemak. Jadi kena la kacau ya. 

5) Akhir sekali bila dah mendidih masukkan garam, gula dan tomato. Gaul seketika untuk sebati dan boleh tutup api.

Ha mudah aje kan. Anak dara, anak bujang semua pun boleh masak ni. Masak lala ni sekejap aje. Lepas tu boleh la hidang dengan nasi panas2. Kalau kat rumah saya ape2 lauk masak lemak teman sejatinya mesti ada ikan goreng dan budu. Fuhhhh memang double terangkatnya. 
Yang tak suka budu boleh la buat sambal belacan ke. Pun boleh terangkat juga. Makan 2 lauk cukup! tak payah nak besarkan nafsu masak banyak2..hehehehehehe sekian pesanan penaja. 

Agak-agak takdak idea nak masak ape menu berbuka hari ni, haaa sila la cuba resepi ni ya. Selamat memasak :) 

Dapatkan vitamin Shaklee untuk kesihatan dan kecantikan dengan menghubungi talian di bawah 


Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com

NAK DAPAT FREE SEBOTOL VITALEA???? Klik LINK INI

No comments: