Biasa makan 3 4 x sehari, minum air pun berbotol-botol..bila dah puasa makannya time sahur dan berbuka je la. Air pulak togok banyak time berbuka. Bila sahur, jadi kurang minum air.
Macam mana atasi masalah dahaga yang keterlaluan ketika berpuasa?
Tambah lagi cuaca panas, memang menguji keimanan kan?
Macam mana nak kekalkan air dalam badan agar tubuh tak mudah dehidrasi?
Bila dehidrasi, tu yang kita akan rasa cepat letih dan lemah. Takkan sepanjang puasa asyik nak melepek je kan? Tak macho la bro.
=========================================================
Baca juga >> Gastrik Ketika Puasa - Tips Ini Bantu Anda Puasa Tanpa Masalah
=========================================================
Jadi ummi nak kongsi ni cara nak kekalkan air dalam badan dan elak dahaga yang melampau. Orang dewasa ke kanak-kanak yang belajar berpuasa pun boleh apply tips ni.
Mudah aje. Amalkannya semasa sahur.
Tips #1 : Pastikan ada hidangan buah dan sayur ketika sahur.
1 cawan sayur dan 1 hidangan buah. Kalau buah yang jenis banyak air lagi bagus contohnya tembikai. Serat yang tinggi membantu tubuh untuk perangkap air lebih banyak. Sayur dan buah boleh membekalkan sumber vitamin dan mineral yang bantu sel-sel mempunyai cukup tenaga. Tapi pastikan pilih sayur dan buah yang organik ya untuk elak toksik dari racun serangga.
Tips #2: Minum air Isotonik Tanpa Gas dan Kurang Gula Performance Drink:
Kenapa performance drink? Kenapa tidak air 100 plus? Performance drink adalah minuman isotonik yang tidak mengandungi gas dan kurang gula. Keistimewaanya, ia mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh. Jadi kurang la rasa haus atau dahaga tu. Dan yang paling best, ianya selamat untuk diminum oleh ibu hamil.
Kelebihan perfomance Drink selain mengurangkan dehidrasi, ianya juga boleh membantu meningkatkan fokus kerana elektrolit dalam performance drink membantu untuk penghasilan impuls elektrik untuk kegunaan otot-otot dan saraf.
Jadi takde la letih lesu lemau je time pose ni :)
Stamina pun kuat tau.
================================================
Baca juga >> Atasi Letik Lesu Ketika Puasa Walaupun Kerja Berat
================================================
Tips #3: Ambil Chia Seeds
Apa benda chia seeds ni? Haaa tengok gambar kat bawah ni.
Ghupe macam biji selasih tapi bukan. Kenapa chia seeds boleh bantu tahan dahaga?
Chia seeds bersifat hidrofilik, mempunyai keupayaan untuk menyerap cecair, dan dikatakan setiap benih boleh menyimpan sehingga 27 kali berat badan mereka dalam air.
Jadi cara nak gunakan chia seed sebagai ejen penyimpan air adalah sebelum makan, rendam dulu chia seed dalam air. Bila rendam dalam air, akan jadi tekstur camni
Cara ummi, bangun je sahur sebelum sediakan menu sahur, bancuh dulu ESP + Mealshakes + Performance Drink dan kemudiannya taruk chia seed dalam 1 sudu kecil. Biarkan selama setengah jam sebelum minum. 1 jam lebih baik. Jadi bangun jam 4, minum jam 5.
Chia seeds ni boleh juga dimasukkan dalam overnight oat. Pakej tahan lapar dan dahaga sekali. Klau nak beli chia seeds, pastikan yang organic dan non gmo.
Tips #4 : Elakkan ambil minuman caffein semasa sahur
Caffein boleh menyebabkan dehidrasi kerana bersifat deuretik yang memaksa badan untuk buang air. Jadi elakkan minum semasa sahur ya. Kalau tak boleh tahan, cuba juga untuk tahan :)
=======================================================================
========================================================================
Kat mana nak beli Performance Drink? Boleh hubungi ummi di talian berikut ya
Nurul Aziyana (ID 886587)
FB: Nurul Aziyana
Page: Story of Health & Beauty
No Tel:
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, Kuantan
atau boleh juga teruskan pembelian dengan klik gambar di bawah. Pilih Performance Drink atau jika inginkan Set Sahur Instant, boleh terus klik ketiga-tiga product.
No comments:
Post a Comment