Ramadhan kali ni, cuba buat untuk makan waktu sahur. Oat boleh beri kesan kenyang yang lebih lama berbanding nasi, pasta, roti atau mee. Jadi overnight oat dikatakan menu sahur yang mengenyangkan.
Bagi ummi sebagai ibu menyusu, ummi makan overnight oat ni dan minum set sahur rendah index glisemik. Jadi lebih lama tahan kenyang dan production susu pun menten takde masalah. Kadang-kadang makan nasi juga la tapi biasalah pagi-pagi tak berapa nak masuk sangat nasi tu.
So ni adalah antara resepi-resepi overnight oats yang dah dicuba dan dijamin sedap oleh anak tekak ummi ni. Orang lain tak tahu la kan.
Resepi Overnight Oat #1 :
Bahan-bahan seperti dalam gambar
Cara buat
Letak ikut susunan begini
Rolled oat --> Chia seeds-->Greek Yofurt --> Almond --> Kismis --> Fresh Milk --> Chia Seed --> Sedikit lagi rolled oat --> Epal --> Peanut Butter --> Blueberry --> Tabur Chia seeds
Simpan dalam peti semalaman. Sahur esok boleh ngap
Resepi Overnight Oat #2 :
Bahan-bahan seperti dalam gambar
Letak ikut susunan begini
Rolled oat --> Chia seeds-->Greek Yogurt --> Kismis --> Fresh Milk --> Chia Seed --> Sedikit lagi rolled oat --> Epal --> Kismis lagi --> Tabur Choc rice --> tabur coconut Flakes.
Resepi Overnight Oat #3 :
Bahan-bahan seperti dalam gambar
Letak ikut susunan begini
Rolled oat --> Chia seeds--> Greek Bery Yogurt --> Kismis --> Kacang Almond --> Fresh Milk --> Chia Seed --> Sedikit lagi rolled oat --> Peanut Butter --> Epal --> Kismis lagi --> Tabur Sunflower Seeds --> Grapes
Ok ummi baru buat 3 resepi ni. Kalau ada lagi ummi akan update dalam entry ni ya :)
Selain makan overnight oats, ummi juga ambil Performance Drink masa sahur dan berbuka. Memang dah jatuh cinta sangat2 dengan air ni. Ada resepi best juga, kalah la air kat pasar ramadhan tu. Yang penting boleh beri manfaat kesihatan dan kurang gula.
Boleh follow resepi Ice Minty performance Drink with Lychees.. Ni kalau jual kt restoren mau RM8 :) Kelassss sangat dan best sangat
Jadi kalau rasa dah terliur dengan air oren yang best ni, boleh dapatkannya dengan ummi ya. Lepas habis puasa pun still boleh minum untuk tenaga dan fokus.
Nurul Aziyana (ID 886587)
FB: Nurul Aziyana
Page: Story of Health & Beauty
No Tel:
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, Kuantan
No comments:
Post a Comment