Friday, June 10, 2016

Bagaimana Nak Jadi Pengedar Shaklee dan Buat Duit Dengan Bisnes Vitamin

Ada yang tanya ummi " Kak, macam mana nak jadi pengedar Shaklee? boleh akk explain?"
Melihatkan perkembangan bisnes Shaklee yang berkembang kat Malaysia ni, ada ramai yang sedang usha-usha dengan bisnes Shaklee untuk jana pendapatan tambahan. So nak jadi dealer Shaklee macam mana?

Entri kali ni ummi akan share cara bagaimana nak jadi pengedar Shaklee dan bagaimana jual vitamin Shaklee boleh jana pendapatan tambahan tanpa had.

Ummi faham, zaman harga barang semua naik telah memaksa ramai orang untuk cari duit lebih. Ramai yang buat bisnes tambahan untuk tampung kehidupan. Kenapa dengan bisnes Shaklee ni best? Baca sampai habis ya.

Ummi aktif dalam bisnes Shaklee ni dah nak hampir 4 tahun. Bermula sebagai pengguna produk, masa tu ummi cuba ESP dan seterusnya pilih untuk Daftar Ahli Shaklee dan mulakan bisnes.

Jadi langkah pertama untuk jadi pengedar Shaklee adalah dengan mendaftarkan diri sebagai ahli Shaklee. Nak daftar dengan siapa? Dengan ummi la :) Dengan yuran keahlian sebanyak RM79.50 (termasuk pos) anda sudah boleh daftar sebagai ahli Shaklee. Membership Kit akan diberikan setelah pendaftaran. Urusan daftar mudah aje. Semua ummi yang uruskan. Hanya bayar yuran, bagi maklumat dan tunggu member kit sampai.

Satu cara lagi adalah dengna buat pembelian cukup 200 point. Yang ini secara automatik anda akan dapat Free Membership dan juga cash back bulan depannya.

Kalau nak daftar sendiri di branch boleh ke? Bagi merkea yang dekat dengan branch Shaklee boleh la berbuat demikian. Jimat duit postage.
Hanya perlu hubungi ummi dan gunakan ID ummi 886578 sebagai upline anda.

Apa yang ada dalam memberkit? Boleh rujuk dalam gambar di bawah


Dh dapat membership kit ni, lepas tu nak buat ape pulak?

Haaa khas untuk ahli-ahli yang berminat untuk buat bisnes Shaklee atau jadi pengedar Shaklee, ummi akan bagi handbook. Handbook ni hanya group kami yang ada. Dan diberikan kepada pengedar-pengedar baru. Pengedar lama pun boleh jugak kalau nak..sebagai refreshment.
Jadi ummi akan guide atau terangkan berkenaan isi handbook tu. Dah betuk-betul jelas dan faham, boleh mulakan sharing.

Nak sharing kat mana? Ada 2 cara iaitu secara online dan offline. Boleh pilih ikut suka dan selesa yang mana. Nak jalan dua-dua sekali pun boleh.


Kalau secara online boleh guna medium seperti blog, instagram dan fb. Masing-masing ada teknik sharing. Yang ini pun ummi akan guide. Yang penting komitmen dan kesungguhan untuk belajar. Jadi kalau tak reti nak bisnes, masa ni lah anda akan belajar. Belajar dan terus belajar. Suatu masa, anda pula yang akan jadi sifu.

Ummi sendiri banyak guna medium online. Sejak dari thn 2012 sampai sekarang hampir 100% buat secara online. Sebab utama dalah kekangan masa. Dengan online ni, ummi boleh atur masa dengan fleksible untuk buat jualan.

Tiada jalan mudah untuk berjaya.. Bunyi mcm clishe kan? Tapi tu la hakikatnya. Goyang kaki masuk duit? Pembohong! Allah kata, kalau kau nak kau kena usaha dan Aku akan bagi atas apa yang kau usahakan. Man jadda wa jada. Jadi apa-apa pun yang kita nak..duit ke ape ke bermula dengan usaha. Kalau jatuh, bangun. Jatuh lagi bangun lagi. Hari ni buat takde hasil, esok buat lagi. Putus asa hanya membunuh impian.



Apa kelebihan jadi pengedar Shaklee yang sah iaitu yang mendaftar? Ini antaranya yang Shaklee tawarkan.


Ummi dah merasa ketiga-tiga insentif ni dan sampai sekarang masih menikmatinya. Alhamdulillah. Bukan dengan goyang kaki. Tapi usaha dan kebergantungan pada Allah. Jadi selain dapat harga murah untuk vitamin, ummi dapat ketiga-tiga kelebihan ni. 

Car Program tu maksudnya setiap bulan dapat bonus berupa duit dari insentif kereta. Kalau dalam MLM yang lain, dapat kereta. Tu yang kita nampak tayang kereta mewah. Tapi Shaklee berbeza. Shaklee bagi duit. Nk buat apa dengan duit tu terpulang..suka-suka hati. So ummi guna buat bayar duit kereta ummi dan suami ummi la. Alhamdulillah langsai dah loan kereta ummi. Kurang satu beban. 

Convention/Insentif Program pula merujuk kepada instentif berupa trip yang Shaklee beri setiap tahu pada qualifiers yang layak. Nak melayakkan diri untuk program trip ni, anda kena jadi leader. Kelebihan leader ni bukan berpeluang dapat trip sahaja, tapi bonus pun meningkat. Leader yang effective akan dapat 21% bonus. Tinggi tau. 

Setakat yang ummi join, ummi dah merasa trip-trip shaklee berikut. Percuma aje. 
  • 2013 - Trip ke Kota Kinabalu
  • 2014 - Trip ke Los Angeles dan Sans Fransisco, USA 
  • 2015 - Trip ke Italy 
  • 2016 - Trip ke Orlando, USA (yg akan pergi pada bulan Ogos nnt)
Next year insyaaAllah impian nak ke Jepun pula atau naik Cruise atau mengerjakan Umrah 


OK berbalik kepada bagaimana cara nak dapat semua ni. Next step bila dah faham segala insentif yang Shaklee tawarkan, tetapkan matlamat. Nak kejar yang mana. Buat satu persatu. Nak target pun ada caranya. Ni pun ummi akan ajar juga. 

Mungkin ada yang tertanya-tanya dah ramai jual Shaklee, boleh ke saya jual? Ade ke yang nak beli dengan saya?

Meh ummi nak kasik analogi. Since kita sekarang tengah puasa kan, so ummi kasik analogi bazar ramdhan la senang faham. Kat bazar ramdhan tu berapa ramai yang jual air? Jual air je..blom jual murtabak ke ayam golek ke. Tapi dalam ramai-ramai tu semua penjual ada hasilnya, ada untungnya in the end of the day. 

Konsep rezeki adalah ABUNDANCE, atau lebih dari cukup. Maksudnya, setiap makhluk di dunia ni sudah disediakan rezeki masing2. Kita tidak pernah mengambil rezeki sesiapa, dan sesiapa pun tidak boleh mengambil atau merampas rezeki kita...

Bila kita rasa rezeki kita berkurang, bukan kerana orang lain ambil, tapi ada something not right dalam pencarian rezeki kita.

Ramai pesaing tidak bermakna bisnes kita akan hancur atau kita tiada pembeli. Buktinya, ramai pengedar Shaklee di Putrajaya tapi ummi tetap dapat order dari customer yang tinggal di Putrajaya.

Setiap orang diberikan Allah periuk nasi masing2. Besar atau kecik periuk tu bergantunglah kepada kita. Kita nak periuk besar, usahalah besar2. Tiada orang berhak utk tabur pasir dalam periuk nasi sesiapa kerana setiap periuk dijaga oleh Allah SWT, dengan syarat, kita jaga hak Allah.

Jelas?

Ok kalau dah jelas, jangan takut-takut. Letakkan kepercayaan 100% pada Allah. Kita buat kerja kita biar Allah tentukan segalanya untuk kita. Ok? 

Konsep bisnes Shaklee mudah sahaja. Iaitu ASB. Apakah ASB?  


Cara bagaimana nak buat? Haa itu akan dibincangkan lanjut setelah join. Banyak nak cerita, jadi tak cukup ruang entry ni. Plus ianya merupakan satu proses so lebih bagus diceritakan secara personal. 

Jadi bersedia untuk jadi pengedar Shaklee? 
Hubungi ummi untuk mulakan bisnes vitamin semulajadi dari syarikat nutrisi no 1 ni 

Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, Kuantan


No comments: