Saturday, August 6, 2016

7 Herba dan Rempah Bagus Untuk Lawan Sakit Kanser

Kanser - penyakit yang mengerikan. Umum tahu, kanser boleh bawa maut jika sel-sel kanser merebak dengan pantas.



Namun, kanser juga boleh dirawat. Melalui gaya hidup dan pemakanan. Fikiran pun kena positif.
Kali ni ummi nak kongsi bagaimana kita semua boleh elak kanser dan bagi pesakit kanser, lawan sel-sel kanser dengan amalan pemakanan menggunakan herba dan rempah ratus yang ada di dapur kita.

Sejak buat detox, ummi banyak belajar mengenai pemakanan sihat. Banyak juga kenal tentang herba-herba dan rempah ratus yang digunakan dalam masakan. Kat dapur ummi, boleh kata ada banyak rempah ratus yang biasa diguna untuk grill, tersedia di rak khas.

Bagi pesakit kanser, elok guna herba-herba dan rempah ratus ni dalam masakan.

1. Halia

Kita memang selalu guna halia kan dalam masakan? Jadi takda masalah rasanya dengan halia ni. Boleh guna yang fresh mahupun yg serbuk. Tapi yang fresh tu lagi best la. Tapi tak ramai yang tahu kelebihan halia.
Apa yang bagusnya halia ni untuk pesakit kanser? Ianya boleh melawaskan sistem penghadaman dan mengelakkan loya bila under treatment.



2. Rosemary

Rosemary ni biasa dijadikan antara bahan dalam perapan untuk ayam or daging kalau nak grill. Rosemary adalah salah satu sumber antioksidan yang bagus. Juga bagus diamalkan kalau dalam proses detoks sbb ianya juga berfungsi dalam detoksfikasi. Juga membantu dalam masalah pencernaan, kembung perut dan hilang selera makan. Pesakit kanser memang akan alami keadaan macam ni.



3. Kunyit

Kunyit banyak digunakan untuk memberikan warna pada masakan. Kunyit mengandungi sebatian aktif yang namanya Curcumin. Kompaun ini telah menunjukkan sifat antioksidan dan anti-radang, yang mana berpotensi untuk melindungi daripada perkembangan kanser.



4. Lada

Cili mengandungi capsaicin, sebatian yang boleh melegakan kesakitan. Apabila capsaicin disapu pada kulit, ia menyebabkan pelepasan bahan kimia yang dipanggil bahan P. Bahan P ini mengurangkan sakit di kawasan itu.

Tetapi ini tidak bermakna anda perlu pergi gosok cili di kat tempat sakit tu. Mau melecur kulit kang nanti.



5. Bawang Putih

Bawang putih mempunyai kandungan sulfur yang tinggi dan juga merupakan sumber arginine, oligosakarida, flavonoid, dan selenium  yang baik. Semua ini boleh memberi manfaat kepada kesihatan. sebatian aktif bawang putih, yang dipanggil allicin dihasilkan apabila bawang putih cincang, dihancurkan.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan bawang putih mengurangkan risiko kanser perut, kolon, esofagus, pankreas, dan payudara. Nampaknya bawang putih boleh melindungi daripada kanser melalui pelbagai mekanisme, termasuk dengan menghalang jangkitan bakteria dan pembentukan bahan-bahan penyebab kanser, menggalakkan pembaikan DNA, dan mendorong kematian sel kanser. Bawang putih menyokong detoksifikasi dan juga mungkin menyokong sistem imun dan membantu mengurangkan tekanan darah.



Banyak snagat kelebihan bawnag putih ni kan. Tapi pastikan makan yang raw tu sebab kelebihan ni hanya ada pada allicin. Haa kalau ummi, ummi telan Garlic Complex je mudah.

6. Pepermint

Pepermint telah digunakan selama ribuan tahun untuk membantu pencernaan, melegaskan sebu perut, rasa senak, kekejangan dan cirit-birit. Ia juga boleh membantu dalam gejala sindrom usus dan keracunan makanan. Peppermint juga boleh menenangkan otot-otot perut dan meningkatkan aliran hempedu, membolehkan makanan untuk melalui perut dengan lebih cepat.



Jika kanser atau rawatan kanser menyebabkan sakit perut, cuba minum secawan teh pudina. Peppermint juga boleh melegakan sakit tekak. Rawatan kemosterapi dan radiasai boleh menimbulkan rasa sakit pada mulut. Jadi air pepermint boleh digunakan untuk melegakan sakit mulut.

7. Lada Hitam 

Lada hitam mengandungi bahan aktif yang dipanggil piperine, sebatian kimia semula jadi dengan sifat-sifat antioksidan yang kuat. Satu kajian yang dijalankan oleh para saintis di University of Michigan Comprehensive Cancer dan disiarkan dalam jurnal  Penyelidikan dan Rawatan Kanser Payudara, mendapati lada hitam bersama-sama dengan kunyit - menghalang pertumbuhan sel-sel stem kanser dan tumor payudara.


Apapun jika didapati mengidap kanser, jangan pula tidak mahu dapatkan rawatan dan hanya nak bergantung dengan rempah ratus ni. Rempah-rempah ni hanyalah sebahagian dari amalan pemakanan dalam diet harian seorang pengidap kanser. Pesakit tetap perlu dapatkan rawatan untuk matikan sel kanser dengan cara yang sepatutnya. 

Ada satu lagi ikhtiar yang boleh membantu pesakit kanser adalah dengan mengambil nutrisi yang tinggi antioksidan. Ada banyak kajian mengatakan Resveratrol membantu merencatkan sel kanser dengan efektif. 
  • Menurut laporan dari Annals of the New York Academy of Sciences 2011,beberapa kajian awal menunjukkan bahawa RESVERATROL mungkin mempunyai kesan anti-kanser. 
  • Dalam satu kajian 2008 pada kultur selresveratrol membantu menyekat perkembangan kanser payudara di peringkat awal. Diterbitkan dalam Penyelidikan Pencegahan Kanser, kajian itu mendapati bahawa resveratrol membantu menghalang estrogen dari bertindak balas dengan molekul DNA dan membentuk sebatian yang menandakan permulaan pembentukan sel kanser.
  • Menurut laporan yang diterbitkan pada 2007 oleh  Biologi Kanser & Terapi. Penulis laporan itu mendapati bahawa resveratrol muncul untuk menjejaskan semua peringkat karsinogenesis (di mana sel-sel normal berubah menjadi sel-sel kanser).
  • Diterbitkan dalam jurnal Karsinogenesis, satu lagi kajian tahun 2008 menunjukkan bahawa resveratrol boleh membantu mencegah kanser prostat (mungkin disebabkan oleh kesannya terhadap hormon seks lelaki yang dipanggil androgen). 




Untuk order Vivix boleh hubungi ummi di talian berikut. 1 botol RM475 PERCUMA KEAHLIAN Shaklee. Beli 2 lebih murah dan ada cash back RM38.

SHAKLEE Independent Distributor
Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, Kuantan


No comments: