Monday, October 31, 2016

Turunkan Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil : Ini Caranya

Mak-mak yang hamil kalau ada darah tinggi memang doktor pantau sangat kan. Tekanan darah tinggi ketika hamil juga dikenali sebagai Pregnancy Induced Hypertension. Kenapa agaknya berlaku tekanan darah tinggi ketika hamil?



Dikatakan ibu hamil mengalami tekanan darha tinggi bila bacaannya melebih 140/90 atau bacaan diastoliknya melebihi dari 90 mmHg.

Sebenarnya ada 3 jenis darah tinggi ketika hamil
  • Gestational Hypertension - biasanya berlaku selepas usia kandungan 20 minggu kiranya berlaku semasa kehamilan. Bacaan tekanan darah lingkungan 140/90 dan ujian air kencing menunjukkan tiada protin. 
  • Chronic Hypertension - biasanya berlaku sebelum usia kandungan 20 minggu atau selepas 12 minggu melahirkan anak. Bacaan tekanan darah lingkungan 140/90 dan ujian air kencing menunjukkan tiada protin.
  • Preeclampsia - disahkan ibu hamil ada gestational atau chronic hypertension dan ujian air kencing menunjukkan ada protin. Boleh memudaratkan bayi dan ibu kalau tak dirawat

Apa akibat dari tekanan darah tinggi ketika hamil? 
Bahaya ke? 

Ia mungkin takkan menyebabkan masalah ketara pada ibu atau bayi. Tapi kalau ianya berlaku lebih awal, lebih besar risiko bayi untuk lebih kecil dari umurnya atau boelh jadi preeklampsia. 

Risiko preeeklampsia ni meningkat kalau ibu obes atau mempuyai berat badan berlebihan dan berat badan bertambah dengan banyak ketika hamil. 

Bahaya preeklampsia ni juga adalah kerana ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan kerana kurangnya aliran darah ke plasenta dan boleh menyekat tumbesaran bayi sebab oksigen atau nutrien yang sampai kepada bayi tidak mencukupi.

Dan jangan tak tahu preeklampsia boleh melarat menjadi eklampsia 

Jika praeklampsia melarat menjadi eklampsia, tekanan darah anda akan menjadi sangat tinggi dan anda beserta bayi anda menghadapi risiko yang serius. Eklampsia boleh menyebabkan sawan atau konvulsi, yang boleh melarat menjadi koma dan meragut nyawa. Sekiranya eklampsia berlaku, ianya lazim terjadi di peringkat akhir kehamilan atau selepas bayi dilahirkan.

Jadi bagaimana cara nak atasi? Boleh amalkan tips ini 
  • Amalkan pemakanan sihat 
  • Buat senaman ringan
  • Kurangkan garam dalam makanan
  • Minum air sekurang-kurnagnya 8 gelas sehari 
  • Dapatkan rehat yang cukup
  • Jauhi stress
  • Elakkan kafein
  • Baring dengan kaki lebih tinggi dari aras badan
  • Amalkan pengambilan supplement minyak ikan dan kalsium magnesium 
  • Tingkatkan pengambilan makanan tinggi pottasium. 
Elakkan komplikasi, cara mudah amalkan omega guard dan ostematrix ni ketika hamil. Omega guard juga bantu perkembangan otak bayi dalam kandungan. Berat ibu pun tak naik mendadak.


Ostematrix : Ostematrix adalah tablet kalsium dengan magnesium dan vitamin D. Keperluan kalsium untuk ibu hamil adalah sekurang-kurangnya 1000mg sehari. Magnesium pula membantu mengelakkan kenaikan darah tinggi 


Omega Guard : Omega guard adalah asid lemak omega 3 yang tulen. pengambilan asid lemak omega 3 yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan penghasilan prostaglandin. Prostaglandin membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, tindak balas keradangan dan alahan, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain.


Hamil? mesti makan minyak ikan
Tapi jangan sembarang pilih pastikan yang dh disuling, bebas merkuri dan minyak ikan sepenuhnya bukan minyak hati ikan.

Baca juga >> 5 Vitamin Penting Ibu Hamil Untuk Kecerdasan Badan

Kalau ibu- ibu ada masalah darah tinggi, cuba amalkan Omega Guard. Nak dapatkan omega guard boleh hubungi ummi 

SHAKLEE Independent Distributor
Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, Kuantan

No comments: