Wednesday, October 7, 2015

7 Perangai Anak Akan Belajar Dari Ibu Bapa. Hati-hati Ya..

Ibu bapa adalah orang yang diperhatikan setiap hari oleh anak-anak. Bukan setakat perhati tapi juga meniru tingkah laku ibu bapa. Lebih-lebih lagi jika ada anak yang usianya 3 tahun ke atas, yang dah pandai memerhati dan meniru perlakuan.


Bukan setakat tingkah laku, tapi bahasa dan tutur kata juga turut ditiru. Menakutkan bila difikir-fikir. Ye lah kadang-kadang kita sendiri tak dapat kawal perkataan yang keluar dari bibir.

Saya perasan Husna memang suka tiru apa yang saya atau ayahnya cakap. Misalnya saya pernah marah dia bila dia tantrum dengan menyebut "perangai tu elok-elok sikit" Haaaa nak tahu kesannya? Sampai hari ini bila dia nak marah kat saya, dia akan ulang semula ayat-ayat tu. Sama sebijik! Huh insaf seketika. 

Jadi setiap keputusan yang kita buat, setiap perkataan yang kita ucap, setiap tindakan yang kita ambil semuanya di bawah pemerhatian. Oleh siapa?? Anak kita sendiri. Anak kita belajar dari kita. Samada positif atau negatif semuanya ditiru. 

7 perangai anak akan belajar atau tiru dari ibu bapa adalah 

1. Bagaimana cara bapa layan ibu
Jika bapa adalah jenis yang loving, caring, supportive layan ibu dengan hormat dan bermaruah, anak-anak akan buat benda yang sama pada isterinya nanti. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan. 

Tetapi kalau sebaliknya, memang tak mustahil dia akan buat seperti itu pada isterinya. Bila dia diajar dengan keganasan, tak mustahil dia pun akan jadi ganas. 

2. Bagaimana ibu bapa menguruskan wang
Kalau kita ni jenis boros, belanja ikut suka, anak pun insyaaAllah jenis suka boros juga. Tapi kalau kita ajar diorang menyimpan duit sejak kecil dan uruskan wang dengan bijak, sampai besar pandai lah mereka uruskan perbelanjaan.

3. Bagaimana ibu bapa layan orang lain
Kalau kita suka merendah-rendahkan orang, maki-maki orang dengan bahasa yang ntah ape-ape..tak mustahil juga lah perangai anak pun sama nanti. Especially bila dalam kereta dan kita terperangkap dalam jem, lepas tu maki orang pulak bawak kereta slow..awas! anak akan dengar apa yang keluar dai mulut kita. Sama juga bila kita herdik orang kat restoren ke misalnya sebab servis lambat. 

4. Bagaimana ibu bapa tunjukkan tanda hormat pada orang lebih tua
Jika kita kurang ajar pada orang yang lebih tua dan berumur atau sentiasa melemparkan kata-kata kasar anak-anak kita juga akan membesar dengan kurangnya rasa hormat kepada orang yang lebih dewasa termasuklah kita sendiri sebagai mak ayahnya. 

5. Kejujuran ibu dan ayah
Anak-anak akan tahu kalau kita menipu. Mereka tahu jika kita cakap lain tapi buat lain. Cakap tak serupa bikin. Kalau sentiasa cakap tak betul, lama kelamaan anak-anak juga akan mula menipu kerana mereka sudha terbiasa dengan perlakuan yang tidak jujur.

6. Ukuran disiplin dalam menjalani kehidupan
Kalau kita makan banyak, selalu membazir, anak-anak juga akan terbiasa dengan keadaan macam tu. Mereka tidak akan menghargai yang sedikit. Lambat laun perasaan tamak juga mungkin akan bersarang dalam kehidupan mereka. 

Walau bagaimanapun, jika kita pilih untuk menjalani kehidupan yang berdisiplin, anak-anak kita akan buat pilihan lebih baik (dan sihat) dengan kehidupan mereka.

7.  Sifat pemurah
Kalau kita selalu terlibat dengan kerja-kerja amal, bersedekah, amalan-amalan baik ni juga akan diikuti oleh anak-anak. Lihat sahaja arwah Amar bagaimana dididik oleh ibu bapanya yang suka melakukan kerja-kerja amal.  Apa lagi kalau kita turut libatkan anak-anak dalam perkara ni contohnya hasil pengumpulan duit tabungan mereka, ada potion untuk tujuan sedekah. Ataupun ajak anak untuk sama-sama buat tabung sedekah subuh. 

Rumah adalah sekolah pertama anak.
Sebetulnya memang segala personaliti kita lahir dari asuhan dan didikan dari mak dan ayah.
Mungkin sebelum ni kita ada banyak buat silap.. normal la tu kan. Saya juga, terasa banyak yg silap sepanjang membesarkan anak.

Bila teringat hadith ni, kita akan cuba buat yang terbaik untuk anak. Sebab ajaran baik dari kita untuk mereka bila digunakan sepanjang hidup mereka dan diperturunkan pula pada anak cucu mereka, bayangkan pahala yang mengalir dari ilmu yang bermanfaat tu..subhanallah..saham akhirat berpanjangan

 "Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya "(Hadis Riwayat Muslim).
Jom ibu ayah, sama-sama baiki diri lebih baik untuk tauladan anak-anak syurga kita. 

3 comments:

Noriza Rahman said...

Takutla kalau tersalah cakap ke apa depan anak-anak sebab mereka.ni cepat sangat absorb...

suri said...

salam..
ada anak kena didik betul..betula kalau salah didikan lain jadinya nanti

ayuadyani said...

anak kita,cerminan diri kita..semoga kita dapat jaga amanah yang diberi sebaik mungkin.aamiin