Apa yang menyebabkan bengkak susu?
1. Bayi tidak dapat menyusu dengan betul selepas kelahiran. Faktor-faktor seperti bayi terpaksa ditahan di wad akibat komplikasi, atau ibu yang mengalami kesukaran untuk bergerak atau berasa sakit kerana pembedahan c-zer. Jadi susu tidak dapat keluar dengan efektif.
2. Bayi diberi minum air kosong atau susu formula dengan anggapan bahawa bayi tidak puas menyusu. Akibatnya bayi merasa kenyang dan tidak mahu untuk menyusu melalui payudara. Susu ibu yang terkumpul tidak dapat dikeluarkan dan lama kelamaan akan membengkak.
3. Proses mengepam yang tidak dilakukan sehingga payudara benar-benar kosong. Ini juga akan terjadi terutama bagi ibu yang mana anaknya ditahan di hospital.
Bagaimana cara untuk mengurangkan bengkak susu?
Ibu-ibu perlu ingat bahawa payudara bengkak adalah satu tanda bahawa anda mempunyai susu untuk diberi kepada bayi dan mampu untuk menyusukannya.
- Kerapnya menyusu jika bengkak tidak terlalu serius, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun anda terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara setiap kali menyusu. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Biarkan bayi sendawa terlebih dahulu kemudian pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payudara yang terakhir dihisap.
- Tuam payudara dengan tuala panas atau ibu mandi dengan air suam untuk beberapa ketika. Kaedah ini berupaya untuk membuatkan aliran susu keluar dan melembutkan aerola yang keras.
- Semasa bayi sedang menyusu, urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan.Urutan dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan memecahkan aliran yang tersumbat.
- Jika kawasan aerola agak keras dan puting tenggelam, teknik reverse pressure softening boleh dilakukan. Ini membantu supaya bayi dapat melekap dengan betul semasa menyusu. Di bawah adalah teknik bagaimana untuk melakukannya
- Lakukan proses mengepam jika payudara terasa terlalu penuh walaupun penyusuan telah kerap dilakukan. Jika ibu tidak mengeluarkan susu dan membiarkan sehingga tempoh menyusuan yang seterusnya walaupun keadaan payudara sudah penuh, lama-kelamaan proses penghasilan susu akan terjejas.
- Pakai coli yang bersesuaian untuk menampung payudara. Pastikan jangan terlalu ketat.
- Cadangan pengambilan LECITHIN SHAKLEE dapat membantu mengelakkan bengkak payudara.
Bagaimana untuk mendapatkan LECTHIN SHAKLEE bagi merngurangkan masalah bengkak susu? Hubungi :
Nurul Aziyana (ID 886587)
FB: Nurul Aziyana
Page: Super Vitamin Store
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Semambu, Air putih, Beserah, KOTASAS, POLISAS, UIA Kuantan, IM
Pengeposan menerusi pos laju/gdex untuk luar kuantan.
1 comment:
bagus info ini...tq
Post a Comment