Thursday, December 19, 2013

Day 4: All about your parents

Cabaran 30 masih berbaki lg 25 hari lepas tolak yang ni. Kalau ada yang perasan, yang tak perasan lagi bagus..heheehe hari dah melompat-lompat ni. Namun demikian, cabaran masih tetap diteruskan. Kali ni mengenai parents tapi tak la all about...kalao all about memang xcukup 1 entry la mungkin. 

Biar saya kenalkan kedua ibu bapa yang melalui mereka saya wujud di sini, menulis entri ini. My mom dah umo 60 pada 23hb Disember nanti tapi kalau dilihat luaran tak rupe 60. Macam 40 pun ada kot. Awet muda gitu. Almaklum makan pantang. Ais xminum, makan pelik2 pun tak. Supplement banyak makan. Heee mentang anak jual vitamin Shaklee kan, segala rasa nak bagi mak makan. So far my mom suka makan Ostematrix, Vitamin C. Garlic dan omega pun makan sebab my mom ni ade darah tinggi, penyakit keturunan so saya juga harus jaga dan berhati2 dalam diet. 


All about my mom, saya ringkaskan di bawah 
  • Beliau sangat mahir mengemas rumah. Saya yg anak perempuan sorg ni pun xmenurun ilmu mengemas beliau. Segala sentuhan hasil mengemas nampak best je, tenang je, rasa mcm semua kemas dan tersusun rapi. Saya sokmo kene bebel sebab suka sepah2 dan tak reti nk susun barang..hurmmm
  • Sangat jimat cermat. Kalao masak lauk tu takyh banyak2. Sekadar mmg ckup sekali makan je. Kalau bawak g shopping plak mesti die akan tanya " xtau nk beli apa semua dh ada", melainkan benda tu mmg unik dan takde kt rumah. 
  • Sangat penyabar. Saya tahu macam2 dugaan menimpa mak saya tapi sampai ke hari ini beliau masih berdiri dengan kesabaran yang Allah anugerahkan untuknya, kesabaran tahap tinggi. Doa saya moga suatu hari Allah balas kesabaran mak saya dengan syurga. Adeh..tetiba sayu pulak
  • Seorang mertua yang cool. Sangat bertuah menantu2 mak saya ni. Menantu2 seme dpt layanan best. Nk feeling2 kecik hati ke ape memang non hado la. Malah sanggup mengutamakan menantu dari anak sendiri, tak ke best tu jd menantu kepada Pn Nik Zainab ni. 
  • Rajin tahap tak boleh cakap. Jarang nk tgk masa bermalas-malasan mak saya ni. Rajin care dengan pokok-pokok di laman rumah, rajin la pendek kata..Ish kenapa la satu pun sifat2 di atas tiada dalam diri ini (kecuali yg mertua tu). 
  • Mak saya tak berapa gemar makan kt kedai. Kalau boleh semua nk masak sendiri. Bla bawak makan kedai, mmg ade jeyg dia komplen itu tak sedap, ini mahal tanda betapa xbestnya makan kt kedai melainkan mmg betul2 meet her expectation which is cepat, sedap dan murah. Hahaahah ade ke mcm tu sekarang. 

All about my father:

  • Tak pencen lagi, meaning omak ku kawen ngn org lebih muda darinya. Udah la anak bongsu.. Hahahah sulong bertemu bongsu, can u imagine how it can be? 
  • Masa kecik2 garang.. dah tua2 ni takkan nk garang lg ngn anak kan.
  • Suka melayan Una naik motor jalan-jalan dan beli aiskrim untuk una. Kalau balik kg, una suke menempel kt tok panya konon2 boleh g beli eskrem dan jalan-jalan. 
  • Suka makan budu.. hohohhoho feberet paling tak boleh hindar. Mana nk layan makan ala2 western ke or masakan plik2. Semua lauk kampung bertemankan budu. Layannnnzzz


OK tu je la kot, sebagai pengenalan.. pengenalan je ni.. cerita selanjutnya tunggu je la kalau ade 30 days challenge lagi. Nampak mcm mak lebih bnyak describe dr ayah. Yes, saya lebih rapat dengan mak. Itu mak, ini mak. Masih normal kan? Kan?

Sehingga berjumpa lagi di lain entry. Jika memerlukan khidmat nasihat dan bekalan vitamin shaklee, feel free to contact me ya

Nurul Aziyana 
Page: Super Vitamin Store
012-9576172

Ikuti kisah 30 Day Blog Challenge:

Day 1: Introduction and a little bit about you. Recent picture of yourself.Day 2: meaning behind your blog nameDay 3: A place or thing that you are in love with.(Pick one)

No comments: