Thursday, December 26, 2013

5 Vitamin Penting Ibu Hamil Untuk Kecergasan Badan

Vitamin untuk ibu hamil - Perlu ke ibu hamil mengambil makanan tambahan atau vitamin ketika hamil? Apa kepentingan dan keperluan pengambilan vitamin ketika hamil? Dan apa kesan jika vitamin tertentu tidak diambil atau tidak cukup pengambilan ketika hamil?

Jika ibu hamil mengamalkan diet yg seimbang dan penuh nutrisi, ibu mungkin tidak memerlukan sebarang pemakanan tambahan. Namun jika tidak dapat menyediakan keperluan yang diperlukan sehari dalam diet harian, adalah disarankan untuk mengambil vitamin tertentu bagi menyokong perkembangan bayi yang sihat di dalam kandungan. 

Kebanyakan ibu hamil hari ini terikat dengan rutin dan tugas harian yang menyebabkan tidak sempat atau tidak berpeluang untuk menyediakan pemakanan yang memerlukan nutrisi tertentu dalam kuantiti yang lebih banyak daripada biasa. Antara jenis-jenis makanan yang diperlukan setiap hari adalah
  1. Buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Lebihkan hidangan buah dan sayur setiap hari (disarankan 5 hidangan).
  2. Makanan berkanji dan mengenyangkan (karbohidrat) seperti roti, pasta, nasi dan kentang. Jadikan makanan berkanji sebagai asas hidangan dan sebaik-baiknya pilihlah bijian penuh.
  3. Makanan yang kaya dengan protein seperti daging, ikan, telur dan kekacang. Makanan-makanan ini merupakan sumber zat besi yang bagus.
  4. Makanan berasaskan tenusu yang mana mengandungi kalsium, seperti susu, keju dan yogurt
Bagi ibu yang tdak dapat mencukupkan keperluan nutrisi harian seperti di atas, maka di sini perlu la ibu mengambil vitamin tambahan dalam bentuk pil atau serbuk utk bancuhan. Keperluan ini dilihat sebagai membantu ibu untuk faedah-faedah berikut: -
  • Mengurangkan risiko kecacatan bayi 
  • Mengurangkan risiko kelahiran pra matang dan tidak cukup berat badan 
  • Membantu ibu hamil untuk rasa lebih cergas dan bertenaga sepanjang kehamilan
  • Mengelakkan kekurang nutrisi dalam badan ibu terutama apabila ibu mengalami loya muntah mual semasa tempoh kehamilan. 
Terdapat 5 vitamin penting yang tidak boleh ditinggalkan oleh ibu hamil sebagai langkah untuk mengelakkan perkara2 yang disebut di atas. 

Vitamin ibu hamil #1: B COMPLEX 


Kandungan B-Complex Shaklee terdiri dari 8 kumpulan b vitamin yang diperlukan badan. Salah satu kandungan bcomplex shaklee adalah folic asid. Kepentingan pengambilan asid folic seharusnya seawal berlakunya persenyawaan antara sperma dan ovum supaya kecacatan spina bifida dapat dielakkan. Malah jika pengambilanya dilakukan sebelum merancang untuk hamil adalah lebih baik. Dos  folic asid yang diperlukan oleh ibu hamil adalah 1000mg sehari. Penyerapan folic asid yang maximum mestilah dengan kehadiran vitamin B-12. Sebab itulah b complex shaklee adalah vitamin bcomplex yang terbaik untuk diambil ibu hamil. 

Vitamin ibu hamil #2: VITALEA


Vitalea adalah multivitamin shaklee yang mengandungi 24 jenis mineral dan vitamin dan telah diuji secara klinikal untuk menyokong perkembangan kesihatan yang baik. Vitalea adalah multivitamn yang paling pantas diserap dan larut air. Vitalea kaya dengan zat besi yang mana penting untuk pembinaan sel darah merah bagi mengangkut oksigen ke seluruh tubuh bagi mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang dan mencegah anemia ketika hamil.
Rujuk entri mengenai HB Low di kalangan ibu hamil di sini
Dos yang dicadangkan untuk wanita hamil adalah 27mg. Pengambilan 2 biji vitalea sehari membantu mengatasi masalah HB low di kalangan ibu hamil. 
Perlu diingat bahawa sebarang pengambilan vitamin yang mengandungi iron perlu dielakkan untuk diambl selepas makan ikan, daging merah dan hati kerana makanan ini mengganggu penyerapan iron. Bagitu juga dengan makanan tenusu seperti susu, keju, atau mentega atau pil kalsium kerana ia mengganggu penyerapan iron.

Vitamin ibu hamil #3: VITAMIN C SR 500mg 



Kepentingan Vitamin C kepada ibu hamil dilihat sebagai membantu ibu hamil mengekalkan sistem imun ibu, membantu menguatkan kandungan dengan cara menguatkan plasenta, menyembuhkan luka, mengurangkan stretch mark, keluarkan colagen utk pembentukan struktur otot, rawan dan tulang janin dan paling utama membantu penyerapan zat besi (ditelan bersama Vitalea) secara optimum. Pengambilan Vitamin C ketika hamil juga memberi bonus kepada ibu hamil dari segi kecantikan kulit. Vitamin C adalah vitamin larut air dan tidak disimpan di dalam badan jadi ianya diperlukan setiap hari oleh badan. Vitamin C yang dilengkapi dengan teknologi sustained release membantu membekalkan vitamin c dalam badan selama 5 jam.


Vitamin ibu hamil #4: OSTEMATRIX



Kalsium sangat penting dalam pembentukan tulang dan gigi. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Ibu hamil lazimnya memerlukan 1,000  miligram kalsium sehari. Kalsium yang tidak mencukupi boleh mendedahkan ibu kepada preeclampsia yang boleh membahayakan nyawa ibu dan anak. Kalsium penting untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi. Pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.

Vitamin ibu hamil #5: OMEGA GUARD



Pada trimester ke3 perkembangan otak janin sedang berkembangan. Menurut kajian. kandungan DHA dan EPA di dalam omega mmebantu pembentukan otak, retina dan saraf bayi yang baru lahir adalah sebanyak 70%. Jadi adalah penting ibu hamil untuk mengambil supplement omega yang kaya dengan DHA dan EPA. Omega guard selamat diambil kerana Omega Guard Shaklee adalah ultrapure, dibuat dengan begitu sempurna, dengan melalui penyulingan proprietari 3 peringkat secara semula jadi untuk memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri, arsenik dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik. 



Apa-apa pun ibu hamil perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum memilih untuk mengambil vitamin tambahan ketika hamil. Pastikan mengambil dalam dos yang cukup. Untuk mendapatkan vitamin ibu hamil, boleh hubungi saya di talian berikut. 


Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Semambu, Air putih, Beserah, KOTASAS, POLISAS, UIA Kuantan, IM


Penghantaran ke seluruh malaysia adalah melalui pos.

No comments: