Monday, December 9, 2013

HB Low ketika hamil, apa yang perlu dilakukan

" Saya baru balik checkup klinik, doktor kata HB saya low. Bacaan HB sy 11g/dl je. Macam mana saya nak buat?"


Keluhan yang biasa didengar bilamana seorang ibu hamil mengalami gejala ANEMIA. Anemia atay HB low adalah keadaan di mana kurang darah merah yang boleh memberi kesan kepada ibu hamil seperti badan cepat penat, muka yg pucat ,hilang fokus kerana kurang oksigen ke otak dan mudah terkena jangkitan. Kenapa menajga paras HB menjadi sangat penting ketika hamil? Kerana HB adalah pentng untuk memastikan oksigen cukup kepada bayi dalam kandungan.


Terdapat 3 sebab kenapa anemia berlaku di kalangan ibu hamil:

1. Anemia disebabkan kurang protin
Anemia  boleh berlaku jika sel-sel darah merah anda tidak mengandungi cukup hemoglobin. Hemoglobin adalah protin yang kaya dengna zat besi yang memberikan warna merah kepada darah. Protin ini membantu sel-sel darah merah membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh badan. Jadi ibu perlu meningkatkan pengambilan makanan yang mengandungi protein seperti telur, ikan, daging, ayam, makanan laut dan susu.

2. Anemia disebabkan kekurangan asid folat atau zat besi. 
Anemia jenis ini adalah jenis yang paling biasa berlaku. Ia berlaku apabila ibu hamil tidak mempunyai cukup zat besi dalam badan. Semasa mengandung, janin menggunakan sel-sel darah merah ibu untuk pertumbuhan dan perkembangan, terutama dalam tempoh tiga bulan terakhir kehamilan. Jika seorang ibu mempunyai berlebihan sel-sel darah merah yang disimpan di dalam sum-sum tulang sebelum hamil, dia boleh menggunakannya untuk membantu memenuhi keperluan bayinya. Kekurangan zat besi biasanya disebabkan oleh kehilangan darah tetapi kadang-kadang mungkin disebabkan oleh kelemahan penyerapan zat besi. Sum-sum tulang memerlukan zat besi untuk menghasilkan hemoglobin. Tanpa zat besi yang mencukupi, badan ibu tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi untuk sel-sel darah merah. Keperluan harian zat besi dan asid folat ketika hamil meningkat dua kali ganda berbanding sebelum hamil. Oleh itu doktor menyarankan keperluan itu dipenuhi dengan pemakanan atau suplemen.

3. Anemia akibat kekurangan vitamin
Selain zat besi, badan ibu juga memerlukan asid folat dan vitamin B-12 untuk menghasilkan jumlah sel-sel darah merah yang mencukupi. Vitamin B12 adalah penting dalam membentuk sel-sel darah merah dan dalam sintesis protein. Diet yang kekurangan asid foalt dan vitamin b-12  dan lain-lain nutrien utama boleh menyebabkan berkurangan pengeluaran sel darah merah. Selain itu, sesetengah orang mungkin makan cukup B-12, tetapi badan mereka tidak dapat memproses vitamin. Ini boleh membawa kepada anemia akibat kekurangan vitamin.

Anemia ketika hamil jika dibiarkan berterusan boleh mendatangkan bahaya kepada ibu dan anak. Semua wanita mengandung mempunyai risiko untuk mengalami anemia. Ini kerana mereka memerlukan lebih banyak zat besi dan asid folik daripada biasa. Tetapi risiko adalah lebih tinggi dalam situasi ini:
  • Hamil ank kedua dan seterusnya
  • Jarak kehamilan yang dekat
  • Muntah banyak kerana morning sickness
  • Ibu hamil di kalangan remaja
  • Tidak makan makanan yang kaya dengan zat besi
  • Tempoh haid yang lama sebelum anda mengandung
==============================================
Pengalaman Pn Aya yang anemia setiap kali hamil, namuntelah menemui penawar pada masalahnya




===============================================
Apa yang boleh dilakukan apabila ibu disahkan HB low oleh doktor? 
  • Pastikan  mendapatkan diet yang variasi. 
  • Jika merancang untuk hamil, berbincang dengan doktor atau bidan mengenai makanan dan makanan tambahan - jika mungkin, sebelum menjadi hamil. Sumber zat besi yang baik adalah daging lembu, roti mil penuh dan bijirin, telur, bayam dan buah-buahan kering. 
  • Menambahkan diet yang kaya dengan zat besi, vitamin dan asid folik. Mengambil 400 mikrogram asid folik ketika hamil adalah penting untuk mengurangkan risiko mempunyai bayi dengan spina bifida. Seorang doktor mungkin menasihatkan pengambilan zat besi digabungkan dgn asid folik sebelum hamil. 
  • Makan makanan yang kaya dengna vitamin C. Ini kerana vitamin c menyerap jumlah zat besi yang maksimum daripada diet. Sayur-sayuran mentah, kentang, lemon, limau dan oren adalah semua sumber vitamin C yang baik. 
  • Makanan yang kaya dengan asid folik termasuk kacang, muesli, brokoli, daging lembu, Brussels pucuk dan asparagus. 
  • Wanita hamil perlu mengambil perhatian isyarat badan mereka dan merujuk kepada doktor jika sebarang tanda yg abnormal berlaku. 
Wanita yang merancang kehamilan perlu mengambil makanan tambahan asid folik untuk 12 minggu pertama kehamilan dan sebaik-baiknya bermula sebelum kehamilan berlaku. Ini akan mengurangkan risiko kecacatan saraf tunjang (spina bifida) pada janin. 

Selain mengamalkan diet yang kaya dengan zat besi, b-12, protin dan vitamin C, ibu-ibu hamil juga boleh menganalkan pemakanan supplement. Antara supplement untuk ibu hamil yang mengalami gejala anemia ditawarkan oleh SHAKLEE adalah VITALEA, BCOMPLEX, ESP dan VITAMIN C 


Ramai ibu-ibu yang mengalami maslah HB low berjaya mengatasinya dengna pemakanan vitamin ini secra konsisten sepanjang tempoh kehamilan.





Bagaimana untuk mendapatkan VITAMIN SHAKLEE  UNTUK HB LOW?
FREE consultation exclusive untuk semua pembaca blog saya yang membeli vitamin untuk HB low. Hubungi saya segera  untuk keterangan lanjut mengenai set vitamin untuk HB low


Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Semambu, Air putih, Beserah, KOTASAS, POLISAS, UIA Kuantan, IM

Penghantaran ke seluruh malaysia adalah melalui pos.











No comments: