bersama sahabat dunia akhirat saya (semua geng shaklee)
Entry ini saya tulis khas untuk menceritakan pengalaman sepanjang IMKK. Actually sudah 3x saya beli tiket ke IMKK ni..begitu mengharapkan untuk hadir. Kali pertama semasa hadir pra IMKK yang free di Gambang. Dek kerana terkena tempias aura masa tu, saya trus beli tiket (tanpa beritahu suami). Tapi Allah tak izinkan lagi saya pergi waktu tu atas sebab2 tertentu (setiap zarah tidak akan bergerak kecuali dengan izin Allah), saya jual tiket tersebut pada opismate saya.
Kali kedua saya beli tahun lepas 2014, waktu tu IMKK berlangsung pada bulan October kalau tak silap saya dengna ahrga tiket RM200 lbih (general seat). Pun sekali lagi Allah tak izinkan. Kebetulan waktu tu ayah saya menjalani pembedahan jantung di IJN. Mungkin hikmahnya di situ.
Dan akhirnya kali ke3, waktu yang tepat Allah bagi saya untuk hadir. My leader offer tiket vip seat RM997 (buy 1 free 1 seat) saya terus beli walaupun blum minta izin dari suami. Kawan saya kata, think from then end result. Result, saya berjaya hadir IMKK. Jadi i have to think from that day, saya berjaya hadir IMKK kali ini. Apa yang kita FIKIR, RASA, CAKAP dan BUAT semuanya adalah doa. Jadi saya gunakan ini semua sebagai doa saya untuk ke IMKK.
Sebenarnya niat saya nak bg 1 tiket free tu untuk suami. Hadir bersama suami. Kata kawan, IMKK ni memang sangat la berkesan jika hadir suami isteri, supaya allignment nnt selari. Mulanya saya tak faham, nak selari macam mana. Tapi masa dalam program baru saya faham dan memang rugi sangat jika tak pergi bersama pasangan. Walaubagaimanapun, Allah masih belum izinkan lagi suami sy utk join sebab jg Husna sepanjang program. InsyaaAllah one of 101 impian saya nak belikan tiket vip seat utk suami hadir..dan insyaaAllah sampai ke tua pun saya nak hadir lagi IMKK ni selagi ia ada.
with iReach member deejah (kanak) dan kak jihah (kiri)
Terlalu banyak nak diceritakan apa yang saya dapat setelah hadir IMKK ni. Terlalu banyak sampaikan saya pun tak tahu nak mula dari mana dan nak cerita dari mana. Ianya berkenaan mendidik hati, menjaga kolam jiwa, meruntuhkan ego, penyerahan sepenuhnya kepada Allah dan hanya Allah tempat meminta. Banyak lagi sebenanrnya.
Saya belajar cara paling pantas untuk bina result. result kat sini maknanya impian. Kita impikan sesuatu tapi kadangkala kenapa kita tak dapat capai impian kita tu. Salah tindakan atau salah cara berfikir? Ada 3 perkara yang memainkan peranan iaitu Thoughts, Emotion dan Action. Bagaimana untuk guna ketiga-tiganya.
Kenapa kita buat apa yang kita buat sekarang ni? Apa tujuannya untuk kehidupan dunia apa lagi untuk akhirat? Kenapa kerja? kenapa bisnes? kenapa nak kejar duit? kenapa buat itu kenapa buat ini? semuanya kerana apa? atasa reason apa? Saya jumpa reason ni di IMKK. Dan i have to upgrade all this to the level of love, growth and contribution. Nak faham details memang kena hadir IMKK. Hidup akan lebih bermakna, tidak takut hadapi cabaran, kental dan pastinya hidup tak sia-sia bila ada 3 keperluan ni. Yang utamanya tentulah hidup untuk Allah..tapi sejauh mana kehidupan kita tu untuk Allah..sejauh mana makna solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah betul2 menajdikan kita ni hamba? bagaimana caranya? Saya temui juga di IMKK.
Yang paling menarik, bagaimana menguasai small little voice atau suara-suara biawak yang selalu menghalang dan meruntuhkan diri sendiri dari capai apa yang sepatutnya kita capai. Manusia ada power tapi kadang kala powernya lemah bila dikuasai oleh small little voice ni. Ada 3 cara yang kami belajar untuk menguasai small little voice ni. Dan ianya adalah tindakan kita sendiri.
Kami juga belajar 21 cara hidup luar biasa yang sebenarnya telah pun dibukukan oleh Dr Azizan. Buku tersebut belum launch tapi khas untuk kami dijual awal waktu IMKK. So bila dah terbit nanti jangan lupa beli ya. Kunci utama untuk semua perkara dalam dunia adalah connection dengan Allah. Connection yang bukan biasa-biasa tapi connection yang strong! so strong!. kami belajar semuanya di IMKK. Walaupun sblm ni macam dah rasa kuat connection tu tapi sebenarnya tidak. Itulah sebenarnya kenapa saya galakkan semua orang untuk pergi IMKK, Rasainya sendiri sebelum anda judge apa-apa. Jika ragu-rau juga mohon lah pada Allah jika itu program yang betul untuk anda, mohon lah Allah bukankan hati dan jalan untuk jadi insan lebih baik dan anda dapat maksimum manfaat darinya.
Satu lagi benda penting yg saya belajar adalah tentang getaran magnet yang membuatkan saya lebih berhati2.. apa yang ada dalam hati saya apatah lagi yang saya keluarkan di mulut semuanya ada getaran yang akan sampai pada penerimanya. MasyaaAllah sangat amazing kesannya. Ini juga sebab kenapa bila kita balik dari tempat yg ramai orang kita akan rasa sangat-sangat penat. Dulunya saya hanya tahu apa yang kita fikir tu akan sampai tapi sebenarnya apa yang kita rasa juga, apa yang ada di dalam hati juga. Jangan kocakkan kolam jiwa, belajar untuk menjadi hamba yang sabar. Bila kolam jiwa bersih, yang baik-baik insyaAllah akan tertarik.
InsyaaAllah, semuanya saya akan cuba apply untuk kehidupan. Sebab saya hanya mahukan yang baik-baik, peluang yang baik-baik, orang yang baik-baik sahaja dtg dan ada di sekeliling saya. Kerana saya percaya Allah tu Maha Baik. Saya perlu baik untuk dapatkan yang terbaik dalam segala perkara. Untuk semua pembaca kenal saya atau tidak, kiranya ada salah dan silap dalam apa jua perkara saya mohon ribuan kemaafan. Kami belajar untuk runtuhkan ego, beri dan terima kemaafan..kita hamba bukan tuhan untuk menghukum sesiapa.
Oowh ya satu yang istimewa, mereka yang merokok lepas ke imkk dah buang rokok dan berhenti merokok. How great is that? Tidak musthail jika kita dah thau tujuan hidup kerana Allah, hanya buat apa yang Allah suka. Everything will gonna be fine very smoothly. Believe me, IMKK will help u in this matter. Ianya adalah satu saluran untuk ubah hidup jadi lebih baik..yang baik akan bertambah baik..insyaaAllah..Allah jua yang memberi.
Akhir kata, saya akhiri entry ini dengan kata-kata CHANGE YOUR BRAIN AND YOUR LIFE WILL CHANGE. Baaaanyak lagi sebenarnya saya nak share...mungkin di lain entry. insyaaAllah.
18 comments:
Tersentuh saya baca entri ni. Tu kalau hadir sendri tak tahulah bagaimana. Semoga suatu hari sy juga diberi peluang oleh Allah untuk menghadiri mjlis ni.
Imkk 2016 inshaa Allah saya dapat join. Semangat nk pergi ni.
Teringat-ingat kenangan di IMKK..
salam kak..
saya nak tanya..
saya dah beli tiket IMKK 1-4 Oct 2015,
sekarang 2 Sept,sy punya period tetiba datang harini,awal seminggu lebih dari jangkaan,
jadi kalau bulan Oct,tentu sy xboleh solat..
jadi perlu ke sy teruskan program tu ?
tq.
nurul : pegi je dear..takde kaitan imkk dgn haid
Jika ada sesiapa nk let go ticket IMKK roger saya..0173097827
Assalam Nurul..klu berminat nk jual ticket IMKK bgtau ya
Assalamualakum..sy ada 1 tiket vip imkk 11 to13 dis nie di idcc shah alam..rm498 (sy beli rm997 2 seat, tp adik ipar tak dpt join)..berminat call/whatsapp/sms sy..0196524856..tq
Assalamualaikum.saya ada 2tiket vip utk ke IMKK 11-13 dec 2015 di IDCC Shah Alam. Harga satu tiket RM498. Berminat blh call atau whatsap saya di 0179581153.
Ada tak sesiapa nak jual tiket imkk mac 2016?0199308140 call me
Salam. Sesiapa nak jual tiket imkk mac 2016? 0193788566 WhatsApp me. TQ
Saya nak pegi.. tp xde org keliling yg nak join.. sape yg dh beli.. boleh jual satu kat saya.. whatsapp 0162333685
Saya pon nak beli whatsapp 0162333685
Siapa yg pegi ke imkk mac ni?? ada cadangan tak nak stay di mana?? saya bwk 3 org lagi family sy:)
Salam semua.. ada sesiapa nak jual tiket IMKK sept 2016? Saya nak beli..
Mazlin 013 3399 081
salam,tiket imkk sept 2016 masih ada ke yg nak jual...saya pun nak beli...mira 0196077868
Assalamualaikum...saya ada tiket IMKK untuk 18-20 Nov 2016 kalau berminat boleh contact saya di acai_76@yahoo.com
Assalamualaikum...saya ada tiket IMKK untuk 18-20 Nov 2016 kalau berminat boleh contact saya di acai_76@yahoo.com
Post a Comment