Wednesday, February 18, 2015

The Power of Sedekah, Penawar Segala Kesukaran dan Kesempitan Hidup


Jika rasa kekosongan hati 
.
Pernah berdoa tapi masih belum diberi jawapan. 
.
Inginkan sesuatu tapi wangnya masih tak cukup. 
.
Pancingkanlah dengan BERSEDEKAH seikhlas hati
.
Pasti anda akan temui semula apa yang hilang.
Pasti Tuhan akan cukupkan segala hajat keperluan.
Pasti Tuhan akan datangkan ketenangan ke dalam kolam hati
.
BELIEVE IT!


Kata-kata yang dipetik dari buku tulisan ustaz Asraff Ayob dan Dr Azizan Osman ni begitu terkesan di hati. Itulah The Power Of Sedekah. 




Banyak sekali cerita-cerita penuh magik berlaku dengan sedekah. Namun kadang-kadang kita alpa dan masih tewas dengan pujukan syaitan yang mengatakan harta akan habis bila memberi. Kadang-kadang hati lemah dibuai ayat-ayat syaitan. Hanya cable yang kuat dengan Allah mampu melawan. 

Bagaimana nak kuatkan cable?

Tak lain dan tak bukan dengan solat, zikir, baca quran dan selawat. Semuanya untuk bersihkan kolam jiwa, agar hati lebih merasai bahawa semua yang ada bukan milik sendiri tapi milik Allah yang hanya beri pinjam untuk dinikmati. Dan ianya hanya sementara. Yang diberi itulah sebenarnya akan jadi milik kita. 

Kenapa sedekah dikatakan penawar segala kesukaran dan kesempitan hidup? 

Sedekah itu ibarat kunci. Secara mudah, rumah berkunci tak boleh masuk jika tidak dibuka dengan kuncinya. Begitu juga lah dengan kekayaan, atau kelapangan..boleh dibuka dengan kunci yang bernama sedekah. The more you give, the more you get from Allah. Allah hanya melipatgandakan rezeki hanya apabila kita bersedia untuk memberi dan berkongsi. 

Mungkin hati tertanya-tanya " saya takde bnyk wang, macam mana nak bersedekah..sedangkan saya sendiri pun kais pagi makan pagi kais petang makan petang" 

Berbalik semula kepada konsep, sedekah itu pembuka rezeki. Barangkali dengan bersedekah dengan apa yang ada, anda tak perlu lagi kais pagi dan petang. Rezeki yang berkejaran kepadamu, bukan dirimu yang berkejaran terhadapnya. 

Cara mudah latih diri bersedekah adalah mulakan dengan RM1 satu hari. Saya jadikannya sebagai Tabung Subuh. Selesai solat subuh, boleh letakkan RM1 dalam tabung tu dengan niat sedekah. Bila akhir bulan keluarkan dan derma pada yang memerlukan. 

Bila jiwa bersih, insyaaAllah yang baik-baik akan tertarik padamu dan hidup lebih bahagia dan tenang. Kita tak perlu tunggu kaya untuk bersedekah malah untuk menjadi kaya lah kita harus mulakan dengan sedekah. 

No comments: