Friday, May 22, 2015

7 Cara Pujuk Bayi Terima Payudara Untuk Menyusu

Sudah baca entry Punca Susu Ibu Kurang Ketika Pantang? Kalau belum boleh ke link INI. Bayi enggan atau menolak payudara ibu ketika ibu ingin menyusukan juga ada kaitan dan boleh jadi punca susu ibu kurang terutama bila penolakan berlaku dalam tempoh permulaan penyusuan.
Jangan cepat putus asa. Ada cara bagaimana nak pujuk bayi supaya dapat terima payudara ibu untuk menyusu.



Apa sebab bayi menolak untuk menyusu? 

Antara punca adalah
  • Bayi ditahan di wad selepas kelahiran akibat masalah kesihatan atau jaundis dan diberi susu melalui botol. Jadi bayi sudah keliru. 
  • Bayi dah berhenti menyusu dari payudara tetapi nak disusukan semula.
  • Rasa susu yang berbubah kerana ibu menagalami jangkitan payudara
  • Aliran susu yang terlalu perlahan dan terlalu laju 
  • Bayi pramatang yang mana sistem saraf dan otot yang masih belum kuat dan matang untuk menghisap.
Apapun, jangan cepat untuk bersedih apatah lagi untuk berputus asa. Perjalanan penyusuan bagi sesetengah ibu mungkin agak sukar tapi percayalah jika dapat melaluinya dengan sabar, terlalu banyak kelebihan yang diperolehi oleh anak serta ibu itu sendiri. Dapatkan banyak sokongan terutama dari kumpulan ibu-ibu yang menyusu. Susah dulu, insyaaAllah senang kemudian :)

Jadi bagaimana cara nak pujuk bayi supaya dapat menyusu dari payudara ibu? 

Sesi pujuk memujuk ni memang sedikit mencabar dan menguji kesabaran. Tambah-tambah lagi nak pujuk bayi, jadi syarat pertama mesti diiringan dengan kesabaran. Kalau boleh buat dalam keadaan seronok lagi bagus.

Antara langkah yang boleh ibu buat untuk pujuk bayi terima payudara adalah

(1) Bagi susu perahan dahulu melalui cawan supaya dia tak berada dalam keadaan terlalu lapar. Cara ini bertujuan supaya dia tidak menangis dan lebih tenang untuk disuakan payudara.

(2) Elakkan berada dalam keadaan bising dan ramai orang. Sesi memujuk kalau boleh berlaku antara ibu dan anak sahaja di kawasan yang tenang dan sedikit gelap. Boleh pasang alunan ayat al quran untuk suasana yang lebih tenang.

(3) Suakan payudara sekerap yang boleh di mulut bayi walaupun bayi dalam keadaan jaga, mengantuk, baru bangun dari tidur atau bila-bila masa sahaja dalam apa jua posisi seperti dalam keadaan duduk, baring, berjalan. Cara ini supaya ibu dapat kenalpasti mana-mana keadaan yang menyenangkan bayi untuk terima payudara.

(4) Hasilkan dlu refleks ejeksi susu dengan cara perah susu terlebih dahulu supaya aliran susu lebih lancar. Bila dah lancar, bayi akan mudah hisap.

(5) Bercakap-cakap dengan bayi dengan suara yang lembut dan mesra. Tawarkan payudara, kalau bayi masih menolak, jangan kecewa. Bercakap-cakap lagi dan ulang perkara yang sama. Kalau bayi masih menolak, buat di waktu yang lain pula. Anggap sahaja sedang beramah mesra dengan bayi anda.

(6) Banyakkan sentuhan kulit ke kulit. Dalam fasa ini, memang ibu kena sentiasa pegang dekat dengan ibu. Caranya letakkan bayi di dada dan biarkan bai tidur di dada.Bila terjaga segera tawarkan payudara . Jangan berpisah dari bayi. Cara ini untuk pastikan bayi selesa dan kenal bau ibu.



(7) Perah sedikit susu ibu dan titiskan di sekitar puting supaya bayi dapat rasa susu dan melorongkan bayi untuk menghisap payudara. Boleh terus titskan susu ibu di sekitar mulut bayi sekiranya bayi dah mula melekap pada payudara bagi menggalakkan bayi untuk terus menyusu.

Apa yang penting, matlamat utama adalah untuk memastikan bayi dapat cukup susu ibu dan ibu dapat pastikan penghasilan susu ibu adalah berterusan.
Jika ibu cepat berputus asa dan menganggap anak akan menolak payudara selama-lamanya. Itu tidak bermakna perjalanan penyusuan sudha berakhir.

Dalam tempoh pujukan, pastikan ibu juga tak tinggal aktiviti memerah susu dengan kerap seolah-olah bayi yang menyusu. Perah setiap 3 jam, lama-kelamaan aliran susu akan jadi lancara walaupun anak tidak menyusu terus dari payudara ketika itu. Kosongkan payudara secara berkala dan efektif.

Semoga info ini bermanfaat untuk bantu ibu-ibu pujuk bayi anda sekiranya bayi kerap menolak dari menyusu secara terus dari payudara.

Ingin tahu lanjut mengenai vitamin yang membantu dalam penyusuan dalam tempoh berpantang dan seterusnya hingga 2 tahun, boleh hubungi saya. Dengan pengalaman 4 thn menyusukan anak sulung saya, insyaaAllah boleh membantu guide mereka yang consume vitamin untuk menyusu

Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com

NAK DAPAT FREE SEBOTOL VITALEA???? Klik LINK INI

No comments: