Friday, May 29, 2015

Produk Pengguna Merbahaya Yang Perlu Dihindari Ibu Hamil

Ramai yang tak sedar sebenarnya di sekeliling kita sentiasa dikelilingi oleh banyak benda yang boleh beri kesan kepada kesihatan. Kesannya pula lebih bahaya pada ibu hamil. Kadang-kadang sebab tak tahu yang benda tu bahaya. Semasa hamil, bukan setakat kena jaga apa yang dimakan tetapi juga apa yang ada di persekitaran supaya tidak memberi kesan buruk pada ibu dan juga bayi dalam kandungan.


Dalam entri kali ini saya nk share antara produk pengguna yang boleh dikatakan memang ada di rumah kita. Kadang-kadang memang bukan kita yang guna tapi diguna oleh ahli keluarga yang lain dalam keadaan-keadaan tertentu.

Cuma bila dah hamil, maka kena aware la perkara-perkara macam ni. Seboleh mungkin kita elakkan dari menggunakannya.

Antara produk pengguna yang boleh beri kesan pada ibu hamil adalah

(1) Cat minyak dan tinner
Bau tinner memang menyengat hidung. Jadi memang kena berhati-hati dengan 2 benda ni. Dalam cat dan tinner ada logam berat yang sangat tinggi dan kesannya boleh menyebabkan kecacatan bayi. Jadi tak payah la terlibat dengan aktiviti mengecat rumah, biar suami yang buat kalau memerlukan dan duduk jauh-jauh. Kalau terlalu lama terdedah dengan 2 bahan ni, kemungkinan bahaya yg boleh timbul adalah lahir premature, keguguran atau berat badan kurang.

(2) Aerosol, pembersih lantai, clorox, penyegar udara dan pembersih kaca
Ketahuilah ibu-ibu sekalian, kesemua bahan ni ada kandungan kimia organik yang mudah meluap seperti toluene, xyleness dan pjenol. Semua bahan ni bertindak untuk membunuh kuman tapi tidak semestinya baik untuk manusia. Kuman dan manusia akan terima kesan yang sama. Jadi kalau ibu-ibu hamil selalu guna dan terdedah lama pad abahan-bahan ni, dikhuatiri bayi dalam kandungan pun turut terima kesannya. Masalah yang mungkin timbul pada bayi adalah kelainan pada saraf terutama saraf mental serta terdedah kepada kerosakan anggota badan.

(3) Produk kosmetik 
Krim pemutih biasanya mengandungi raksa (merkuri). tujuannya untuk putihkan kulit dalam tempoh yang singkat. Tanpa raksa, bahan pemutih tak mampu nk tunjukkan hasil dalam masa hanya beberapa minggu. Raksa boleh menjejaskan bayi dalam kandungan.

(4) Pewarna rambut
Jangan warnakan rambut bila hamil. Bahan kimia dalam pewarna rambut membahayakan kesihatan bayi dalam kandungan.

(5) Ubat jerawat
Kalau ibu hamil ada masalah kerawat semasa hamil, elakkan dari guna ubat atau krim jerawat dengna kerap. Guna kaedah semulajdi untuk mengatasi masalah jerawat di muka.

(6) Pelarut organik 
Pelarut organik ni biasanya digunakan di kebanyakan tempat kerja seperti hospital, kilang cetak, kilang kosmetik, kilang tekstil dan di makmal penyelidikan. Cnth bahan pelarut organik adalah aseton, metil etil keton, febol, glikol eter dan benzena. Kesan dari bahan pelarut ni kepada bayi dalam kandungan adalah
  • kematian bayi dalam kandungan
  • kecacatan bayi
  • keguguran
  • bayi lahir tak cukup berat
  • tahap kesuburan ibu menurun
[sumber: buku Sedia Melangkah ke Alam Baru Pa&Ma]

Dalam senarai kat atas, yang selalu kita guna adalah bahan pembersih macam pembersih lantai, tingkap, pencuci tandas. Takkan la 9 bulan mengandung semua kerja pembersihan tak buat kan. Seminggu sekali buat aktiviti cuci mencuci pun dah kembali kotor. So walaupun hamil, kita tetap nk cuci rumah. Serabut jugak mata tengok kotoran.

Kalau macam saya yg hamil ni, memang sepenuhnya menggunakan product pencuci Shaklee. Product pembersihannya direka dengan konsep safe for your home, safe for environment. Go green gitu. Alam pun selamat, apa lagi dengan manusia. Malah ianya digunakan dan dicipta asalnya kerana anak kepada CEO Shaklee yang mengidap asma tetapi setelah bertukar kepada pencuci bebas bahan kimia Shaklee, kesihatan anaknya semakin baik.

Boleh tengok kisahnya dalam video ini


Jadi apa alternatif yang kita ada untuk mengelakkan dari kesan-kesan ini menyusahkan kita kelak dan memberi kesan kepada kesihatan kita satu keluarga. Antara pencuci yang saya gunakan adalah 
  • Basic H - yang ni memang serbaguna. Dari tangga depan sampai tangga dapur kegunaannya. Cakap je nak basuh apa semua pun boleh. Jadi tak payah la nk beli pencuci tingkap lain, pencuci lantai lain, pencuci tandas, pencuci perabot yang lain pulak. Boleh guna untuk semua la senang cerita termasuk lah rendam puting susu anak cloth diaper. Walaupun boleh cuci mcm2..tapi jangka hayat penggunaan boleh bertahan hingga 6 bulan. Jimat sangat ok!


  • Sabun Get Fresh Laundry - Ini sabun yang sangat best. Kalau basuh mlm, pagi baru nk jemur kain tu biasanya akan bau hapak kan? Tapi dengan sabun fresh laundry ni memang tak hapak langsung. Jadi tak perlu la nak basuh lagi sekali which is rugi air, rugi elektrik. 
Boleh tengok review Sabun Basuh Fresh Laundry di sini ya. Boleh tengok bagaimana penggunaan sabun lain beri kesan karat pada paku yang boleh merosakkan mesin basuh..apa lagi kalau kesan bahan kimia dari sabun tersebut melekat di baju yang kita basuh. Ingat, wangi tak semestinya baik. 



  • Dish Wash - yang ni pulak sabun untuk basuh pinggan. Pun saya suka walaupun tak wangi macam kebanyakan sabun-sabun basuh pinggan. Yang penting selamat untuk saya yg hamil ni. Juga tahan lama.
  • Soft Fabric Concentrate - yang ni pulak pewangi dan pelembut pakaian.. ala-ala softlan tu. Guna pelembut ni boleh elak baju dari berkedut dan melekat bagi kain yang jenis sintentik. Yang paling penting selamat lah. 

Nak guna juga apa yang saya guna ni? Jangan segan nak contact saya. Pilihan di tangan kita. Nak pilih yang selamat atau terus terusan menggunakan pencuci yang ada bahan kimia yang boleh bagi effect pada kesihatan ahli keluarga kita. Benda yang baik dikongsi bersama. 

Nurul Aziyana (ID 886587)

No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com

NAK DAPAT FREE SEBOTOL VITALEA???? Klik LINK INI

No comments: