Wednesday, May 27, 2015

Boleh kah kita percaya dengan Dr. Google??

Apa beza Dr Google dengan Dr Bertauliah? 
Mestilah ada beza. Dr Google ni disitilahkan sebab orang sekarang dah jarang rujuk kepada Dr bertauliah apabila nak cari info tentang kesihatan atau nak rujuk masalah kesihatan yang dialami, semuanya main di hujung jari je. Nak tahu apa-apa, taip dan keluarkan la senarai web-web dan entri-entry yang berkaitan.
Hidup dalam generasi serba canggih dan pantas ni, nak marah kat sape? Heheheeheh. 


Kalau dapat rujukan yang betul, ok la. Tapi kalau terkena dengan rujukan yang salah, memang risiko besar la kalau penyakit tu tahap bahaya. 1 ayat pun boleh memberi maksud dan huraian yang berbeza. 

Sebenarnya adalah bagus kalau kita cari info-info tentang kesihatan ni, ambil berat tentangnya sebab ianya boleh jadi sebagai prevention bagi kita tapi satu perkara penting yang saya belajar dari kesilapan adalah setiap maklumat tu kena ditapis dan validate juga dengan sumber-sumber yang lain. 

Kenapa agaknya orang lebih suka cari info di alam maya? 

Virtual vs Maya. 
Sebab utama tentulah akses dari alam maya lebih cepat. Berbanding nak pergi ke hospital, dengan masa menunggu yang lama untuk dipanggil orang memang suka pilih mana yang cepat. 

Tapi yang bagusnya jumpa secara nyata ni kita boleh tanya doktor macam-macam dan jawapan boleh dapat secara terus tanpa perlu nak sahkan dengan siapa2. Apapun cara terbaik adalah kita boleh print info yang kita dpt di alam maya dan bawak jumpa doktor untuk pengesahan. itu lebih menyakinkan dan boleh tahu maklumat tu tepat atau tidak. Saya percaya doktor juga pernah cari info di alam maya :) 

Jadi kalau nak cari info tentang masalah kesihatan, ada 9 laman web yang boleh dipercayai untuk dijadikan rujukan 

(1) Heath Directhealthdirect.gov.au
Info-info terkini tentang keadaan penyakit, pilihan rawatan, pemakanan, kecergasan, kesihatan wanita

(2) Virtual medical centre: 
myvmc.com
Kesihatan lelaki dan wanita, dan pelbagai animasi 3D dan video dari pakar-pakar dan juga pesakit.

(3) Mayo Clinic: 
mayoclinic.org
Mayo Clinic menarik daripada pengalaman lebih daripada 3000 orang doktor dan ahli sains dalam membawa penyelidikan berasaskan bukti terkini perubatan dan nasihat.

(4) The Natural Health Society: 
health.org.au
Penuh dengan info hidup sihat, pelbagai artikel percuma dan direktori.

(5) Better Health Channel
betterhealth.vic.gov.au
maklumat itu adalah bersifat umum dan sangat jelas

(6) Beyondblue: 
beyondblue.org.au
Salah satu laman web yang terbaik di internet yang berkaitan dengan isu-isu kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan dan gangguan bipolar. Mengandungi senarai semak gejala terkini, penyelidikan kesihatan mental, seksyen kisah benar dan direktori kesihatan mental.

(7) Medline Plus: 
nlm.nih.gov/medlineplus
Medline Plus meliputi ujian klinikal semasa, bahagian kesihatan alternatif, dan kamus perubatan dalam talian. Sebagai bonus, maklumat juga boleh didapati dalam pelbagai bahasa.

(8) ABC Health and Wellbeing: 
abc.net.au/health 

(9) WebMD: 
webmd.com
Laman web kesihatan yang paling popular di internet, WebMD mengandungi pelbagai maklumat yang berguna, termasuk nasihat mengenai pemakanan dan diet, kehamilan, keibubapaan, hubungan, kesihatan mental dan juga kesihatan haiwan kesayangan.


Jadi dah tahu antara web-web kesihatan yang boleh dipercayai, boleh la dijadikan rujukan untuk tambah ilmu. At least we are aware about health. Tidak semestinya bila guna khidmat mr google ni kita menidakkan fungsi seorang doktor. 

1 comment:

Azura Zainal said...

Terima kasih atas perkongsian yang menarik ni. Nak bookmark nanti.InshaAllah :)