Isu susu ibu kurang sewaktu tempoh berpantang bukanlah isu yang pelik. Rata-rata ramai yang mengatakan demikian. Entry kali ini saya cuba berkongsi, yang sebenarnya lebih kepada nak membantu ibu-ibu terutama yang baru pertama kali nak menyusukan bayi untuk faham situasi ini supaya niat ibu-ibu untuk menyusukan bayi secara eksklusif selama 2 tahun tercapai.
=======================================================
Ibu ini berkongsi pengalaman dalam menghadapi situasi anak menangis kerana susu kurang
========================================================
Satu perkara yang perlu diingat
" Sebulan pertama penyusuan susu ibu akan menetukan kejayaan penyusuan sehingga 2 tahun"
Ini teori yang perlu dipegang dan diset dalam minda, sebaiknya sebelum bersalin ibu-ibu sudah kumpul info ini supaya bila berlaku, ibu-ibu dah tahu apa yang pelru dibuat.
Bila dalam tempoh awal berpantang, dan bayi kerap menangis dan serba tidak kena, mungkin ibu akan mula disogokkan dengan cadangan-candangan seperti
" Anak lapar ni, beri saje lah susu tin, susu mak pun tak banyak tu"
" Try je lah bagi susu tin, bancuh sebotol dlu..selang seli dengan susu maknya"
" Tengok, lepas minum susu tin terus tido lena..lama pulak tu tido..dia kenyang la tu..susu maknya tak kenyang"
Selepas bersalin, hormon-hormon masih belum stabil dan badan ibu juga keletihan, jadi sedikit sebanyak ibu akan menurut sahaja cadangan-cadangna ini dan sekaligus akan mengurangkan keyakinan mengenai keupayaan dirinya yang mampu untuk menyusu anak.
Saya akan cuba bagi analogi..kenapa bayi yang diberi susu tin atau susu formula akan tidur nyenyak selepas penyusuan.
Mudah sahaja. Ambil contoh kita sendiri. Bila kita makan dalam kuantiti yang banyak dan makanan tersebut dalam kategori makanan berat, apa yang kita rasa selepas itu? Kebanyakan akan rasa macam mengantuk, lemah dan memang rasa nak tidur. Sebabnya makanan berat tadi menyebabkan aliran darah akn lebih tertumpu kepada bahagian usus untuk menghadamkan makanan tersebut.
Situasi yang sama berlaku pada bayi. Susu formula lebih berat dari susu ibu. Proses penghadaman susu formula akan mengambil masa lebih lama dari susu ibu. Ini juga sebab kenapa penyusuan susu ibu biasnya dilakukan setiap 2 jam kerana ianya cepat hadam. Jadi untuk susu formula, usus bayi perlu bekerja keras untuk memprosesnya. Persoalannya adakah ianya terbaik untuk usus bayi yang masih belum matang untuk bekerja keras?. Ibu bapa tidak seharusnya merasa lega dalam hal ini.
Sebotol susu formula yang pertama akan memberi kesan kepada penyusuan susu ibu. Bila sesi penyusuan dengan susu formula, bermakna sesi penyusuan melalui susu ibu sudah diskip dan payudara tidak mengeluarkan susu. Ketika ini, badan akan bagi signal susu ibu tidak perlu dikeluarkan. Lama-kelamaan susu akan berkurangan sekaligus manfaat yang seharusnya diperolehi oleh bayi akan hilang.
Boleh nampak bagaimana sebotol susu formula boleh mempengaruhi jumlah pengeluaran susu ibu?
Ini kebanyakan yang terjadi kepada ibu-ibu di awal tempoh berpantang. Cara bayi dapat susu dari botol juga adalah berbeza dari cara bayi menghisap dari payudara. Jika selepas penyusuan susu formula dengan susu botol, kemungkinan bayi menolak untuk menyusu dari payudara juga tinggi sebab dia keliru. Ini juga menjadi sebab kenapa susu berkurangan. Bukan bayi tidak mahu menyusu tapi bayi sudah keliru.
Dalam tempoh sebulan, biarkan bayi menyusu dari payudara sahaja. Bayi perlu dibiasakan dengan lekapan yang betul di puting supaya aliran susu boleh keluar dengan lancar. Bila ini berlaku, ibu yang bekerja akan mudah untuk pam susu dan simpan stok jika perlu berbuat demikian.
Berbalik kepada topik bayi kerap menangis kerana ibu tak cukup susu. Betul kah andaian ini?
Tempoh berpantang juga merupakan tempoh kita mengenali bayi kita. Saya akan cuba bagi analogi juga.
Pernah tak kita tak boleh tidur malam pertama bila kita beralih tempat tidur kita? Contohnya kita berkunjung ke rumah saudara dan bermalam di rumahnya. Malam pertama biasanya agak sukar nak lelapkan mata sebab kita dah beralih tempat, tempat yang asing dan bukan kebiasaan tempat tidur kita. Suasana juga lain, di rumah kita rasa selesa sebab dah biasa tapi di rumah saudara tersebut suasananya lain, katilnya lain, udaranya lain dan sedikit sebanyak kita mungkin tidak rasa selesa sama seperti di rumah.
Sama la juga dengan bayi kita. Selama 9 bulan dia berada dalam tempat yang gelap, selamat dan hanya dengar degupan jantung ibunya sahaja. Dia tak perlu susah2 nak hisap makanan sebab makanannya dah disalurkan terus melalui tali pusat. Tetapi keadaan ini berubah 100% selepas dilahirkan. Bayi akan berdepan dengan suasana yang baru, dari gelap ke terang, macam-macam sentuhan diterima, dan terpaksa menghisap untuk makan.
Jadi adalah normal jika ibu cuba nk menyusu tapi ditolak. Dukung salah, bedung salah. Dan akibat ketidakselesaan ini, bayi akan berkomunikasi dengan cara menangis. Dunia masih asing baginya. Jadi dia juga sama seperti kita akan mengambil masa untuk serasi dengan alam baru.
Apa perlu dibuat?
Sentuhan kulit ke kulit ketika ini sangat penting antara ibu dan anak. Letakkan bayi rapat ke dada dan dodoikan dengan alunan zikir, ayat al quran yang boleh menenangkan. Mungkin bayi akan tertidur selepas itu dan bila dia hampir terjaga cuba untuk susukan semula.
Jadi ibu-ibu sekalian, kuatkan hati dan kongsikan bersama dengan suami ilmu ini supaya suami juga boleh menyokong anda dalam misi menyusukan anak sehingga 2 tahun. Percaya dan yakin, semua ibu insyaaAllah memang dianugerahkan kebolehan untuk menyusu badan. Tiada siapa pun boleh menghalang niat ibu untuk menyusukan anak, namun yang paling penting ibu mestilah punya ilmu tentang penyusuan.
Ingin tahu lanjut mengenai vitamin yang membantu dalam penyusuan dalam tempoh berpantang dan seterusnya hingga 2 tahun, boleh hubungi saya. Dengan pengalaman 4 thn menyusukan anak sulung saya, insyaaAllah boleh membantu guide mereka yang consume vitamin untuk menyusu
Nurul Aziyana (ID 886587)
FB: Nurul Aziyana
Page: Super Vitamin Store
No Tel:
No comments:
Post a Comment