Saturday, August 22, 2015

Honda City Baru Buat Mereka Yang Suka Makan Biskut Red Pearl

Apa kaitan Honda City yang baru dengan Biskut Red Pearl? Ahaaa tiada kaitan secara biologi tapi hanya meminjam nama red pearl sahaja. Ekeekkee gurauan senda di hujung minggu.


Honda mengeluarkan edisi new colour utk kereta Honda City. 
Kaler baru tersebut adalah. Dark ruby RED PEARL. Sambil mkan biskut red pearl sambil usha kereta baru. Usha je bukan beli..taknsalah jamu mata sikit..hehehee tak sesuai lg nk beli kereta baru zaman2 mata wang jatuh ni.
Kaler baru ni juga secara otomatik akan menghentikan pengeluaran honda city kaler biru metalic. Replacement la kiranya. Jadi kaler yg ada hanyalah silver,hitam, putih, steel dan red pearl.

Ish teringat2 pulak biskut red pearl yg crunchy itu. Senang sahaja nk buatnya. Lebih berbaloi jika buat sendiri dari beli. Bila buat sendiri boleh letak banyak mana cornflakes dan choc chip yang nak. Takde kitchen aid pun boleh buat.

Resepi asal saya cedok dari blog pakar Azlita Masam Manis dan ditambah ikut cita rasa tekak sendiri

Bahan-bahan
150gm butter 
150gm tepung gandum 
75gm gula halus atau gula kastor
60gm cornflakes *ditambah
50gm coklat cip *ditambah
25gm almond nibs *ditambah
1st esen vanila 
ceri merah ~ dihiris halus dan memanjang  

Kalau gambar cantik cenggini tentulah bukan versi saya tapi versi Kak Azlita Masam Manis

Cara-cara: 
1. Satukan butter dan gula.
2. Dengan menggunakan senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak payah pukul sampai kembang ya cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti.
3. Masukkan tepung dan gaul rata
4. Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanilla, kemudian gaul rata
5. Sudukan atas dulang pembakar
6. Letakkan hirisan ceri atas adunan tadi
7.Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170C
8. Bakar biskut selama 20 ~ 25 minit bergantung pada kepanasan suhu oven masing-masing
9. Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Step by step secara bergambar boleh refer blog beliau di SINI

Agak-agak hujung minggu ni takde buat ape, boleh la try buat. Raya puasa dah habis, tapi read pearl masih boleh makan. Nak buat untuk raya haji bulan depan pun boley. Very the easy la. Nak g show room nengok Honda City Kaler baru? Pun boley

Auuu ... mengancam!

No comments: