Tuesday, August 11, 2015

10 Aktiviti untuk Anak Elak Tumpuan Pada Gajet

Ramai ibu bapa yang ada masalah dengan anak yang sangat attach dengan gajet. Bangun tidur terus terkam gajet,sampai nak tutup mata pun dengan gajet. Risau kan jika berterusan mcm ni. Jadi macam mana nk alihkan fokus anak2 sebegini? Bila dah jadi habit, makin sukar nak pisahkan anak dengan gajet. Saya kongsikan 10 aktiviti yang boleh dibuat bersama anak untuk kurangkan tumpuan mereka terhadap gajet.

Aktiviti #1: Bersiar-siar di kawasan rumah
jika ibu bapa kerja dan pulang ke rumah dalam jam 6 ptg, boleh ajak anak bersiar-siar di kawasan perumahan samada naik motor ataupun berbasikal atau bermain di taman permainan. Bapa boleh mainkan peranan ini jika ibu harus siapkan hidangan makan malam di rumah. 
Jika weekend, boleh bawa anak-anak keluar samada ke pantai, atau mana2 tempat yang bagus untuk perkembangan minda mereka. Mudah kan?

Aktiviti #2: Berbasikal dengan kawan-kawan
Anak- anak yg sudah besar boleh lakukan aktiviti ini bersama dengan kawan-kawan sekitar perumahan. Biasanya aktiviti ini adalah kegemaran mereka. Ibu bapa hanya pastikan waktu yangbsesuai untuk melakukannya. Elakkan cuaca yang terlalu panas dan berdebu.



Aktiviti #3: Bawa anak ke kolam renang
Anak yang diajar berenang mempunyai potensi besar untuk cemerlang kerana aktiviti berenang mengaktifkan hormon yg baik untuk otak cergas. Pergerakan otot dalam aktiviti ini menjadikan anak aktif bergerak. Lagipun semua kanak-kanak suka bermain air. 

Aktiviti #4: Bermain di luar
sekali sekala boleh ajak anak buat aktiviti outdoor seperti bermain pasir, tanam pokok dan sebagainya. Biarkan pakaian dan tangan mereka kotor daripada membiarkan mereka dengan gajet semata-mata. Dalam masa yang sama ibu bapa boleh ajar mereka tentang alam.



Aktiviti #5: Bermain games interaktif
main game tak salah tapi pilih la yang interaktif dan menguji minda. Contoh permainan interaktif adalah main catur, sramble, susun kubah kayu dan blh juga main masak-masak. 

Aktiviti #6: Mewarna dan gambar
Anak perempuan biasanya suka mewarna. Boleh buat aktiviti mewarna dengan cara print sendiri gambar-gambar kosong dari internet. Cara ini lebih jimat daripada membeli buku mewarna. Untuk memberi galakan kepada anak, pilih hasil warna paling cantik untuk ditampal di dinding.



Aktiviti #7: Bermain Giant Bubble
Sekarang ni giant bubble ni dah boleh buat sendiri kat rumah. Percayalah ianya aktiviti yang sangat memberi keseronokan kepada anak-anak. Waktu hujung minggu boleh diisi dengan aktiviti giant bubble ni. Atau boleh juga guna konsep yang sama dengan menggunakan kolam mandi. Anak-anak boleh bermain buih dalam kolam mandi yang diisi air. Tempat paling seronok tentulah di halaman rumah. Percayalah..mereka akan lupa terus dengan gajet.

Aktiviti #8: Basuh kereta
Libatkan anak untuk basuh kereta bukanlah sesuatu aktiviti yang berat buat mereka. Boleh jadi ianya sangat menyeronokkan. Biar mereka cuci bersama-sama. Main air dan buih-buih sabun memang aktiviti yang seronok sama seperti aktiviti no 7 tu.



Aktiviti #9: Buat kraf dari bahan terbuang
Banyak bahna terbuang dapat dimanfaatkan untuk dijadikan aktiviti bersama anak. Contohnya buat kereta, robot, rumah, dapur mainan daripada kotak-kotak. Cara ini juga boleh merangsang pemikiran kreatif mereka. Selain kotak, boleh juga guna bahan-bahan sedia ada di dapur contohnya tali, straw dan sebagainya.




Aktiviti #10: Masak bersama
Tak kira anak lelaki atau perempuan, ajar mereka memasak adalah aktiviti yang bagus. Buat kek, pastri atau masak apa sahaja, libatkan anak. Memang diakui kerja-kerja memasak akan ambil sedikit masa dan dapur menjadi agak messy namun ia boleh mengelakkan anak dari tertumpu pada gajet dan memberi mereka lebih ruang untuk lebih kreatif.

Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat bersama anak tak kira weekday atau weekend. Macam saya, weekend kami lebih suka keluar jalan-jalan. Kalau tak keluar pun, masak-masak kat rumah, tengok movie kat rumah dan kadang-kadang siram dan baja pokok. Ada juga hari-hari yang tak boleh nak kawal anak main gajet ni tapi apa pun memang kena ada limit untuk mereka.

Anda mungkin juga berminat untuk baca lanjut
 >> Tips Atasi Anak Mudah Lupa Agar Report Card Mereka Tak Merah Lagi Dah
>> Vitamin untuk pelajar yang mengantuk dalam kelas dan kembali fokus

PROMOSI VIVIX HINGGA OCTOBER
Hubungi 0129576172 untuk info lanjut


No comments: