Mula-mula mesti kekok lagi-lagi pegang bayi yang masih kecil. Serba tak kena. Takut nak pegang pun ya. Salah pegang mungkin bayi tak selesa dan menangis. Tak tahu nak buat macam mana nak tenteramkan anak.
Bapa ini create video khas untuk para ayah pegang anak kecil. Boleh jadi ini membantu para ayah bertukar-tukar posisi untuk elak anak menangis lama. Yang takut-takut nak pegang anak tu boleh la tengok. Takkan nak tunggu anak besar baru nak pegang kan?
Demonstrasi dalam video ni menunjukkan 17 cara yang berbeza untuk memegang bayi yang boleh buat ayah rasa lega dan memberikan banyak pilihan bila pegang anak. Super cool kan?
Tapi apapun cara pegang bayi kene ikut umur diorg. Kalau yang 0-3 bulan lain carnaya. 3-6 plaklain pulak.
0-3 bulan:
Ada 2 posisi je. Iaitu secara dukung di dada atau posisi dodoi. Bayi lingkungan umur ni masih lembik dan tak kuat. Kena handle with care.
3-6 bulan:
Masa ni otot bayi dah mula kuat. Kadang-kadang tak perlu dipangku kepalanya. Boleh letak dalam keadaan bersandar. Sampai umur ni, boleh la pegang macam posisi dalam video kat atas tu.
Jadi ayah sekalian, jangan takut untuk pegang bayi. Betul cara, insyaaAllah bayi akan selesa dan tidak menangis. Kalau menangis juga, masa untuk cuba pelbagai posisi sehingga anak selesa.
Kalau Umar, bila dia menangis kami akan tiarapkan. Serta merta berhenti menangis. MUngkin posisi itu buat dia selesa.
So again jangan takut mencuba.
No comments:
Post a Comment