Pastinya mereka jenis yang ada matlamat dalam keluarga. Ye lah mesti ada tujuan bila menabung kan. Tabung A untuk apa, tabung B utk apa pulak. Belum buat apa-apa tabung? Ada 4 cara mudah menabung yan gboleh dipraktiskan suami isteri yang sy kongsi dalam entri kali ini.
Jom baca.
Ada beberapa cara teknik tabungan yang boleh dipilih yang saya petik dari perkongsian di Facebook. Boleh pilih mana yang sesuai setelah berbincang dengan suami isteri dan terus amalkan. Jangan tangguh.
Katakan isteri dapat genap suami dapat ganjil maka pada 1hb suami mulakan dulu masukkan duit RM1 ke dalam tabung, jangan lupa tick di kalendar tanda dah masuk.
CARA 1: SIMPAN DUIT BEREGU, SELANG SELI
Cara yang dikongsikan oleh En Mohd Azwan Mohd Buang hanya memerlukan 3 barang sahaja iaitu pen sebatang, kalendar dan 1 balang kosong.
Kemudian, buat undi antara suami isteri siapa yang nak mulakan dulu. Buat 2 nombor iaitu genap dan ganjil. Tulis di kertas dan gulung2 lepas tu ambil sorang satu. Buat o-som pun boleh.
Katakan isteri dapat genap suami dapat ganjil maka pada 1hb suami mulakan dulu masukkan duit RM1 ke dalam tabung, jangan lupa tick di kalendar tanda dah masuk.
Kemudian pada 2hb, isteri pula masukkan RM2 dan tick. Begitu la seterusnya setiap hari sehingga cukup 30 or 31hb.
Hasilnya berapa?
1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30
= RM465!
= RM465!
Haaa tiba-tiba je kan boleh dapat RM465. Tak disangka-sangka dengan disiplin macam ni kita boleh selamatkan RM465 dari disalurkan kepada perkara-perkara yang tak sepatutnya.
Apa yang boleh dibuat dengan RM465 tu? Macam-macam! Boleh beli vitamin utk kesihatan, boleh spend untuk bil-bil rumah ataupun beli emas dan buat tabungan kekal untuk masa depan.
CARA 2: TABUNG PELBAGAI
Sama seperti cara yang pertama cuma tabung tersebut untuk tujuan tertentu. Contoh kalau isteri sedang mengandung dan nak buat simpanan untuk perbelanjaan bayi yang bakal lahir, boleh namakan tabung tersebut sebagai Tabung Bayi. Kalau tujuan nak beli peti sejuk baru so buat Tabung Peti Sejuk. Begitulah seterusnya berdasarkan tujuan-tujuan tabungan tertentu.
Cara simpanan, samada boleh ikut cara 1 ataupun tetapkan setiap hari nak masukkan berapa RM. Contoh suami isteri masing-masing masukkan RM 3 sehari. Sehingga bila? Sehingga dapat amaun mengikut target nilai barang atau masa yang diperlukan.
CARA 3: TABUNG SUBUH
Tabung subuh ni dipanggil dengan nama sedemikian sebab kita masukkan duit dalam tabung sebaik sahaja selepas solat subuh. Sediakan 2 tabung iaitu 1 tabung isteri dan 1 lagi tabung suami. Jadi masing-masing bebas nak masukkan berapa RM dalam tabung masing-masing setiap hari.
[sumber]
Sebenarnya tabung subuh ni bertujuan untuk sedekah. So setiap bulan, ambil hasil tabungan dan sedekahkan samada masukkan dalam tbaung masjid atau sedekah kepada mereka yang memerlukan.
Jika pasangan ingin lakukan untuk tujuan tabungan keluarga, boleh sediakan 2 tabung. 1 untuk sedekah 1 lagi untuk simpanan sendiri.
InsyaaAllah sedekah menambahkan lagi rezeki keluarga. Boleh juga diajar kepada anak-anak konsep bersedekah dan menabung
CARA 4: KONSEP 6 TABUNG
Cara ini saya belajar ketika menyertai IMKK Dr Azizan. Yang ini tabungan jenis jangka panjang dan melibatkan keseluruhan gaji suami dan isteri.
Gabungkan gaji suami dan isteri dan masukkan dalam 6 tabung yang disenaraikan di bawah mengikut peratusan tertentu.
- Tabung FFA - Financial Freedom (10%) - Smpanan yang tak diusik, iaitu simpanan jangka panjang. Contoh untuk beli emas, hartanah, saham.
- Tabung Charity (5%) - Khas untuk derma dan zakat
- Tabung Necessity (55%) - MErangkumi segala perbelanjaan bulan tersebut sprt loan keretea, loan rumah, duit minyak, tol, makan minum, pampers anak dll.
- Tabung Education (10%) - Untuk upgrade ilmu suami isteri, cnth masuk bengkel parenting, bengkel kewangan keluarga, beli buku tapi bukan untuk anak-anak
- Tabung Fun (10%) - untuk beli mainan anak-anak atau bawak mereka jalan-jalan cnth ke zoo
- Tabung LTSS - Long Term Serving Spending (10%) - Simpanan khas untuknk beli barang yg kita jarang beli. COntoh nk tukar langsir, or nak beli perabot baru, tv baru.
Sebaiknya suami isteri bukak 6 akaun bersama di 6 bank berasingan untuk memudahkan pembahagian daripada gaji. InsyaaAllah wang gaji akan lebih terurus dan tidak bocor.
Dari 4 jenis cara tabungan ni, boleh la pilih nak guna konsep yang mana. Apa yang penting?? Kerjaaaaasama displin.
Tingkatkan pendapatan sampingan dengan part time bisnes. Bisnes Shaklee adalah pilihan bijak kerana modal rendah dan fleksibel.
Untuk mulakan bisnes Shaklee, boleh hubungi saya Nurul Aziyana 0129576172.
No comments:
Post a Comment