Tuesday, March 18, 2014

7 Masker Wajah Buatan Sendiri untuk Kulit Kering

Nak cari masker wajah buatan sendiri khas untuk kulit kering? Yes u can find it here :)
Setiap wanita ingin mempunyai kulit licin yang sempurna, tetapi apabila anda mempunyai kulit yang benar-benar kering, ia mungkin kelihatan mustahil. Jadi kalau nk dapatkan kulit cerah sekata dan moist, ada beberapa masker khas untuk mereka yang mempunyai kulit kering.
Jangan bimbang masker ini mudah untuk dibuat! Semua yang anda perlukan adalah beberapa bahan yg mungkin dah ade pun kat dapur anda!


Masker #1: Madu dan kuning telur 
Masker madu dan kuning telur adalah salah satu masker buatan sendiri yang terbaik untuk kulit kering. Madu benar-benar membantu melembapkan kulit yg kering. Apa yang anda perlu lakukan adalah campurkan madu dan kuning telur, tampal pada muka selama 15 minit dan bilas dengan air bersih. 



Masker #2: Aloe dan susu 
Campurkan 2 sudu teh susu serbuk dengan 2 sudu teh 100% aloe vera. Tampalkan pada wajah anda dan tunggu sehingga ia kering sepenuhnya. Perlahan-lahan lap masker menggunakan bola kapas dan air suam. Kemudian basuh hingga bersih. 



Masker#3: Carrot dan avocado
Separuh avocado, 1 lobak merah dikupasdan dihancurkan, minyak zaitun, jus lemon, kuning telur dan madu dicmapurkan bersama. Ianya adalah masker muka yang menakjubkan untuk kulit yang sangat kering. Basuh muka anda dengan air, tampalkan masker pada muka dan biarkan selama kira-kira 15 minit. Bilas dengan air suam dan lap muka anda. 

Masker #4: Madu dan avocado
Kacau 1 avocado dan tambah 2 sudu besar madu. Sapukan pada muka anda dan biarkan selama kira-kira 15 minit. Bilas dengan air suam. Gunakan masker ini sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.



Masker #5: Yogurt dan pisang 
Lenyekkan setengah biji pisang menjadi pes yang licin dan tambah 4 sudu yogurt kosong. Sapukan pada wajah anda dan basuh dengan air suam selepas 10-15 minit. Masker ini membantu untuk membuang sel-sel kulit mati dan menjadikan kulit licin dan superb!



Masker #6: Madu dan yogurt 
Tambah 1 sudu madu untuk satu sudu yogurt dan kacau dengan baik. Biarkan pada muka anda selama kira-kira 10-15 minit dan bilas dengan air suam. Masker ini adalah sangat berguna untuk kulit kering atau terbakar.


Masker#7: Susu dan madu 
Ambil 2 sudu teh susu dan 2 sudu besar madu, campurkan sehingga ianya seakan-akan melekit, dan tampalkan pada muka selama kira-kira 15 minit.



Kesemua masker ini boleh membantu anda yang mengalami masalah kulit kering. Bahan-bahan pun tak susah nk dapat. So apa kata cuba dulu dan lihat kesannya. Kalau puas hati, boleh la share resepi mudah ni :) 

4 comments:

Norfaziela said...

Masker madu ni mmg bagus kan...pernah jgk try buat....
Banyak resepi baru yang bagus2.

Kena cuba ni:)

Yuyun said...

Wahh..terima kasih sudi share...

Anonymous said...

Thnxs for sharing

Unknown said...

Good info.tq