Macam mana pandangan anda? Clear atau masih ragu-ragu dan masih timbul persoalan di minda tentang ESP? Tak mengapa, kerana saya akn teruskan dengan Versi ke2 tentang protin soya dalam ESP Shaklee.
Entri sebelum iini saya berhenti di bahagian 7 ciri penting untuk memilih soya supaya tidak memberi kesan buruk kepada kesihatan seperti yang digembar gemburkan. Kenapa dengan 7 ciri penting ni?
Penerangan di bawah diharapkan dapat merungkaikan segala kekeliruan anda tentang ESP
1. Biji soya mesti ditanam secara organik
Adakah sebenarnya biji soya tu memang secara asalnya ditanam organic? Kajian menunjukkan bahawa tahap nutrien makanan menurun dan paras nitrat dalam tanaman pula meningkat semasa proses persenyawaan kimia berlangsung apabila dibandingkan dengan bahan-bahan organic yang lain.Terdapat kaitan antara pemakanan nitrat & KANSER! Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui bahawa racun perosak, racun kulat, dan racun herba tidak digunakan semasa proses pertumbuhan tanaman.
Soya adalah tanaman yang tahan lasak, dan kebiasaanya semburan rumpai yg kuat digunakan.
2. Biji soya perlu lah NON GMO (tidak boleh diubah kandungan genetiknya)
Adakah kacang soya anda GMO?? Kacang soya yang diubahsuai kandungan genetiknya adalah jauh lebih murah untuk dibeli, dan kebanyakan syarikat yang mengeluarkan produk soya mencari jalan untuk menjimatkan wang. Untuk pemilihan soya yang boleh memberi kesan yang positif, pilih soya yang NON GMO iaitu tidak diubahsuai sifat genetiknya.3. Setiap kelompok mesti diperiksa untuk mengesahkan bahawa ia mengandungi 9 asid amino penting
Adakah serbuk kacang soya anda mengandungi SEMUA daripada 9 asid amino penting? Salah satu ciri yang paling berharga bg kacang soya adalah ia mengandungi protein yang lengkap dan memberi SEMUA sembilan asid amino penting. Badan memerlukan semua asid amino ini untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi, dan enzim. WALAU BAGAIMANAPUN, tidak semua kacang soya adalah sama kualitinya dan kandungan asid amino akan berbeza-beza berdasarkan keadaan tanah, dan perubahan semasa perkembanga dan proses menuai.Jika salah satu asid amino penting hilang, sistem imun boleh menurun sebanyak 30%, dan banyak fungsi badan yang penting ditangguhkan atau dihentikan. Oleh itu, adalah penting bahawa setiap kelompok kacang soya diperiksa untuk kandungan asid amino jika kita mahu bergantung kepada isolat soya itu menyediakan bekalan yang DIJAMIN mengandungi 9 asid amino penting.
4. Dalam proses pembuatan untuk menghasilkan isolat soya, kepingan soya dihancurkan mesti dibasuh menggunaka air (bukan alkohol)
Basuh menggunakan alkohol memusnahkan kandungan isoflavon sehingga 88%! Ia adalah isoflavon yang mengurangkan risiko kanser payudara, prostat, paru-paru dan usus kanser! Juga, ia adalah isoflavon yang begitu bermanfaat dalam mengimbangi hormon dan meningkatkan jisim tulang.
5. Bahan anti-thyroid/anti-growth MESTI dikeluarkan
Adakah sifat "anti-tiroid", "anti-pertumbuhan" dalam bahan soya mentah dikeluarkan? Kekurangan tyrosine akan menyebabkan tekanan darah yang rendah, suhu badan yang rendah. Oleh itu, orang Timur sentiasa memasak makanan soya mereka untuk menyahaktifkan bahan "anti-tyrosine/anti-growth".
Shaklee telah mereka proses mengekstrak dan membuang bahan ini, dalam masa yang sama menyimpan soya dalam bentuk yang mentah untuk mengekalkan tahap tertinggi AMINO ASID dan isoflavon yang amat sensitif kepada haba.
6 Proses ini mestilah tanpa haba
Asid amino adalah sangat sensitif kepada haba. Dalam beberapa kajian, protein yang dimasak menunjukkan ianya musnah sehingga 50% daripada beberapa Asid Amino. Jika seorang individu secara konsisten menggunakan diet yang kurang semua asid amino penting, dikatakana bahawa ia memberi kesan kepada perkembangan otak dan hormon yang lambat serta lain-lain perkembangan tisu badan. Sebab itu ESP TIDAK BOLEH dibancu menggunakan air panas.
7. Isolat soya mesti mempunyai tambahan kalsium (apabila minyak dikeluarkan ia menjadi makanan berasid - apabila kalsium ditambah ia menjadikannya neutral semula)
Adakah KALSIUM telah dicampurkan dengan serbuk soya anda?
Beberapa laporan negatif tentang soya mengatakan bahawa serbuk soya adalah sangat berasid dan menyebabkan kehilangan jisim tulang kerana ia menyebabkan kalsium akan diambil daripada tulang!
Kacang soya mentah adalah makanan NEUTRAL ..... tidak berasid atau beralkali. Walau bagaimanapun, penyingkiran minyak kacang soya (yang mana ianya penting supaya serbuk soya tidak akan tengik dengan cepat), menjadikan serbuk sangat berasid. Oleh itu, kalsium yang mencukupi (yang sangat beralkali) perlu ditambah untuk menyebabkan serbuk td menjadi neutral semula, atau ia boleh menyebabkan masalah yang dinyatakan di atas. Banyak pengeluar serbuk protein tidak menambah apa-apa atau kalsium yang cukup dalam serbuk soya mereka. Dalam ESP ada 500gm kalsium ditambah.
Diharapkan penerangan di atas boleh merungkai semula kekeliruan tentang soya. Apabila anda ingin mengupas isu keburukan soya, adalah tidak adil hanya membincangkan kesan buruk soya tapi tidak langsung menyentuh proses pengeluaran soya dari awal sampai akhir, soya GMO atau non GMO. Kenapa tiada kaitan langsung dengan 7 ciri di atas dalam perbincangan tersebut? Saya percaya siapa-siapa pun boleh bercerita dengan sumber-sumber dr buku yg boleh dikatakan buku adalah sumber kuat untuk dirujuk namun sekali lagi, sy tidak jumpa perkataan non GMO atau GMO, atau mana2 proses penghasilan soya bg mengekalkan sifat asal soya agar tidak memberi keburukan kepada mereka yang mengamalkannya dlm artikel mahupun kajian keburukan soya yg ditulis melainkan mana2 yang terlepas pandang.
Apa2 pun sesuatu yang diambil secara berlebihan juga tidak elok. Contoh ESP akan bg kesan buruk jika diambil secara berlebihan. Jadi penting di sini bahawa anda memilih SID yang berpengetahuan yg boleh bgtahu anda ape yg boleh dan apa yang tidak sesuai untuk anda, bukan hanya nk jual murah pada anda.
No comments:
Post a Comment