" Wahai Nurul Aziyana, apa yang kau lakukan sepanjang hidupmu di dunia sehingga Aku boleh masukkan kau ke syurga Ku? "
Kau ada jawapan wahai Aziyana?
Jawapan kau padu?
Jawapan kau cukup meyakinkan?
Jawapan kau boleh buat kau mati dengan aman?
Kau masih rasa nak hidup biasa-biasa?
Kau masih nak berselimut di malam hari melayan tidur di tilam empuk?
Kau masih sia-siakan peluang setiap detik nafas yang Allah bagi ?
Adakah kau hidup hanya mampu untuk bayar bil, makan pakai sendiri je?
Jawapan kau padu?
Jawapan kau cukup meyakinkan?
Jawapan kau boleh buat kau mati dengan aman?
Kau masih rasa nak hidup biasa-biasa?
Kau masih nak berselimut di malam hari melayan tidur di tilam empuk?
Kau masih sia-siakan peluang setiap detik nafas yang Allah bagi ?
Adakah kau hidup hanya mampu untuk bayar bil, makan pakai sendiri je?
Sentap memikirkan jawapan kepada semua persoalan ni. Ternyata jawapannya belum kukuh. Masih er er er tanda diri belum buat apa-apa untuk layak ke syurga.
Sebenarnya inilah intipati kelas coaching group bisnes kami. Selesai kelas kak yana terfikir, mengiakan semua kata-kata mentor.
"Kita ni sebenarnya diciptakan untuk jadi juara, kita dilatih untuk menang sejak sebelum kita dijadikan lagi. Antara 120 juta sperma, satu je berjaya. Kita lah tu. Bila kita dihidupkan, maknanya kita memang dilahirkan untuk jadi juara "
Menusuk ke hati yang paling dalam bila mentor lontarkan kata-kata ni.
Kita tahu, tapi kita tak fikir dengan mata hati.
Rupanya selama ini kita dibayangi dengan bisikan syaitan yang sentiasa nak rendahkan kita serendah-rendahnya.
No 1, syaitan melemahkan jiwa kita untuk melangkah. Takut nak bertindak, sebab takut tak jadi, takut orang kata, takut tersungkur. Tak pandai, tak cukup modal, dan segala TAK yang berjaya syaitan tanamkan dalam jiwa hingga akhirnya kita tak buat apa-apa.
No 2, syaitan buat kita kurang fokus. Elok-elok dah tulis list to do, eh tetiba datang bisikan "Kejap lagi lah, ada banyak masa lagi ni, lambat lagi nak tua.
Planning cukup cantik, complete, perfect kuasa 10 tapi tindakan tiada. Akhirnya sendiri frust menonggeng. Taknak diri sendiri je yang salah, orang lain pun jadi mangsa punca gagal. Huk aloh.
No 3, Membataskan kemampuan diri. Syaitan bisikkan pada kita dengan bisikan-bisikan bahawa kita tak reti, kita tak mahir, tak mampu, tak bijak bestari..hidup biasa-biasa aje lah.
Cukup dengna apa yang ada bukan bermaksud hidup low profile, tapi hidup tanpa meminta, self sufficient, kita tak mintak dengan orang lain, tabungan ada dan tak bergantung pada orang lain jika berlaku sesuatu. Kita hanya bergantung pada Allah. Bila tak cukup, kita harap pada orang. Bila orang tak kasik, mula cakap macam-macam orang tak tolong lah, orang sombong lah.
No 4, Merendah-rendahkan diri sendiri. Tiada impian, tiada cita-cita, tidak bersungguh, mudah putus asa ini memang kerja syaitan untuk buat kita jadi lagu ni. Tidak seharusnya kita hina diri sendiri, sebab bila hina dan rendahkan diri sendiri, kita hina ciptaan Allah.
No 5, Buatkan kita tak bersyukur. Ucap alhamdulillah hanya sebahagian sahaja dari tanda syukur. Sebahagian lagi adalah tindakan anggota badan kita. Kita diberi tangan, untuk kita buat kerja, tapi kita banyak guna untuk scroll cari gosip. Macam tu lah.
No 6, Menangguh-nangguhkan masa. Pentingnya masa ni sampai ada satu ayat khas dalam al quran tentang masa. Syaitan suka kita bertangguh, sebab nak kita rasa menyesal. Kita takkan sedar berapa banyak masa yang kita lalaikan sehingga kita kehilangannya.
No 7, Lari dari tanggungjawab dan menyalahkan orang lain.
Contoh, aku jadi macam ni sebab mak ayah aku tak buat itu tak buat ini. Aku jadi macam ni sebab bos aku. Semua salah orang padahal kita dah ada otak untuk berfikir mana yang patut dan tak patut.
No 8, Beri keyakinan palsu. Bila nak buat sesuatu yang breakthrough, kita jadi takut. Takcukup ilmu lah, nanti orang kecam lah, takde pengalaman lah. Bila nak kawen, takde pulak bagitahu "eh takut lah kawen, takde pengalaman"
Haa nampak tak macam mana syaitan-syaitan ni membisikkan kata-kata kegagalan?
Jadi nak capai impian, tukar mindset.
Jadi balik semula kepada soalan-soalan di atas. Rasa macam ada bisikan-bisikan ni, cecepat ingat semula soalan-soalan tu. Baca semula satu persatu dengan teliti. Itu yang akan membawa kita tetap teguh untuk mencapai impian.
Semoga apa yang dikongsikan oleh mentor kak yana ni membuka mata kita semua seluasnya dan yakin bahawa tiada siapa dilahirkan untuk gagal dalam hidup.
Terima kasih Master Lyna.
Yakin pada diri sendiri, Allah mengikut sangkaan hambaNYa. Usah biar kita bersangka buruk pada diri sendiri. Jom ubah.
2 comments:
Dahsyat juga artikel INI..
Tersentap Saya membaca..
oh kAK YANA, yakin boleh rakan muda
Post a Comment