Antara lokasi percutian kami adalah di Los Angeles dan San Fransisco. Dua tempat yg punya kelebihan masing-masing. Jujur saya katakan inilah pertama kali saya ke luar negara. Jika Allah tak izinkan saya untuk fokus dan komited dengan Shaklee, saya rasa sampai saat ini pun saya masih belum merasa ke luar negara. Terima kasih Allah. Ya, mmg itu impian sy sejak dulu, tak menyangka impian ni dtg melalui bisnes Shaklee.
Alang bisnes, biar sampai dpt pengiktirafan antarabangsa :)
Sebahagian dari ahli group kami (OSF bawah naungan Master Azrin) yg terima award
Geng Supermom bawah naungan PM Hadha pula..
Sepanjang 12 hari trip yg ditaja sepenunya oleh pihak Shaklee ni, banyak tempat-tempat menarik yg kami lawati. Di Los Angeles, antara yg sngt menarik adalah Disneyland, Beverly Hills, Farmer's Market, Hollywood Walk of Fame, Santa Monica Pier (tmpt jual cenderamta yg murah). Kalau buat trip sendiri mau berpuluh ribu habis ni tapi kami hnya bwk extra money utk shopping shaja. Elaun makan pun Shaklee bagi, bukan sikit tau, 50 dollar 1 kepala. Duit belanja pun diberi 400 USD untk seorang.. so saya pergi berdua dengan Husna dapat 800 USD. Mak saya cakap untung lah sbb syarikat MLM Z** tak bagi pun kalau trip. Betapa 5 stars nya trip Shaklee ni.
Rumah Mickey Mouse di Disneyland
Keluarga IREACH bawah naungan PM Lyna
Yang paling seronok bila masuk rumah mickey and minney ni Husna lah..excited tgk die explore rumah ni..balik rumah sampai sekarang pun masih dok sebut. Alhamdulillah, Huna dah rasa pengalaman ni walaupun masih kecil. Kalau nak harapkan kami pergi sendiri, kami sendiri pun tak pasti dapat pergi atau tidak dengan belaja RM10500/pack. Rasanya macam agak mustahil untuk spend sebanyak itu. Syukur, Shaklee bagi free untuk kami rasa.
Hari ke5 kami menuju ke Hollywood Walk of Fame, Beverly Hills dan Rodeo Drive.
Kt hollywood Walk of Fame ni dapat la tgk nama2 bintang terkenal diabadikan sepanjang jalan ni. Yang menarik semuanya di atas lantai kecuali Muhammad Ali, diletakkan di dinding. Haaa istimewa kan sbb pangkal nama Muhammad
Kt sini boleh la nk bergambar dengan Spiderman, Mickey Mouse, dan macam2 lagi actor2 tapi kene bagi tips..ada yang 2 dollar ade yg sampai 20 dollar pun ada. So kalau nk free, curi2 je la bergambar belakang diorg..hehehehehe..
Gift Shop
Gift Shop kt sini lebih mahal dari San fransisco.. so kalau pergi kt sini tak payah membeli sngt..tunggu beli kt SF untuk fridge magnet
Beverly Hills, tempat retis2 antarabangsa shopping perabih duit
3 hari terakhir pula kami terbang ke San Francisco. Cuaca di sana panas tapi udara dan anginnya sejuk. Macam ada air cond kt luar rumah. Best dan nyaman. Di LA cuaca panas terik, sampai sunburn. Mujur ada lotion ultimate UV protection boleh membantu takde sunburn teruk sngt.
Yg seronoknya kt SF ni adalah time g Universal Studio, Factory Outlet dan of coz sesi lawatan ke HQ Shaklee di Pleasanton.
Aktiviti di Universal Studio yg paling best adalah Studio Tour..yg ni kalau sape2 yg miss mmg rugi besar...kt sini kita akan naik tram (mcm train) dan dibawa melawat studio2 buatan utk filem2 omputih..haaa segala filem2 xkire filem lama, baru, latest semuanya buat kt studio je ye..studio yg bukan cikai2..tapi studio yg rupa siap mcm bandar, rumah, ladang, tasik..semua tu buatan aje.. dan kami juga dpt rase pengalaman 4D king kong..syioookkk sngt.
Ni salah satu Studio.. yg ni studio utk filem2 koboi
Yang ni studio untuk airplane crush..sampai sini seme terkedu sebab teringatkan MH17
Hari ke7 kami diterbangkan ke San Fransisco, menginap di Hotel 5 Bintang juga iaitu Marriot Hotel. Lokasi hotel mmg betul2 depan shoplot. so nk shopping ke senang just cross the road aje..konsepnya jalan kaki je kat sini..Kami dibawa melawat ke Fisherman's Wharf, Golden Gate Bridge dan san Fransisco city Hall. Makan ketam besar kt Fisherman's Wharf ni..kalau dtg sini mmg terasa dtg ke english country sebab temanya mmg betul2 english..seronok sangat tgk suasana kt sini..udah la sejuk..mmg best! Makanan pun best.
Secara peribadi mmg kt san Fransisco lagi syiok. Suhunya sejuk berbanding LA. Suasananya pun meriah dan yang pasti bnyk tempat shopping..yg ni perempuan suka la kan.
Hari ke8 adalah hari yang ditunggu-tunggu sebab time to shoppinggggg..Dalam kepala ni dah maca2 pikir nak beli.. Coach la..Fossil la.. Levis la..MK la.. dan macam2 lagi la.. Correll utk 16pcs hanya 30 USD..tak ke gila tuh..hahah kalo boleh borogn 1 kapal, mmg 1 kapal la beli. Kat sini semuanya beg beranak..pegi tanpa luggage, balik masing2 bawak extra luggage kt tgn. Butik coach dah macam kene serang garuda. Masing-masing memborong untuk anak cucu shaklee, utk family almaklum masing-masing taknak lepaskan peluang beli pd harga murah. Tak sempat nak snap picture pun..punye lah khusyuk shopping.
Hari terakhir kami dibawa ke HQ Shaklee di Pleasanton. Impian jadi nyata utk tgk ofis Shaklee. Research dibuat terlebih dahulu seblum pembinaan bangunan bagi memastikan bangunan yg dibina bercirikan go green dan natural. Ini termasuklah penggunaan karpet yg dibuat dr fiber, dinding, dan lighting semulajdi bg menjimatkan tenaga. Bangunan pun dh hebat, apatah lagi vitamin yg dibuat kajian demi kajian utk hasilkan vitamin paling bagus di dunia. Im proud that im one of the consumer.
Kami diperkenalkan dengan barisan kumpulan reseachers yg bertanggungjawab utk hasilkan vitamin yg berkualiti tinggi. Yg menarik, ade 1 team khas hnya untuk product di Malaysia. Dan researchers bukan calang-calang. Banyak kajian vitamin diterbitkan dalam jurnal kesihatan antarabangsa sebagai bukti selamat dan berkesan. Sebanyak 250k USD setiap tahun dilaburkan hanya untuk R&D product. Im proud that im consuming the best vitamin in the world.
Barisan para saintis Shaklee yang bertanggunajwab untuk melakukan R&D untuk setiap product Shaklee
Alhamdulillah peluang mengembara ke negara orang membuka minda saya.. jika berpeluang..mengembara lah..bumi allah terlalu luas untuk kita jelajah dan ambil iktibar dari setiap kejadian..moga2 kita menajdi hamba yang lebih bersyukur dan rendah diri...wallahualam.. doakan saya untuk menyambung kembara ini ke Italy, kota bersejarah tahun hadapan :)
Nurul Aziyana (ID 886587) - Pengedar Shaklee Kuantan
FB: Nurul Aziyana
Page: Super Vitamin Store
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Semambu, Air putih, Beserah, KOTASAS, POLISAS, UIA Kuantan, IM, Taman Polo
No comments:
Post a Comment