Dasyat benar rakyat Malaysia ni ye. Ramai betul berpotensi jadi GILA. Maknanya seorang daripada 5 rakyat malaysia berisiko mengidapi gila. Dan maknanya semakin ramai rakyat malaysia yang bakal mengalami sakit otak atau bahasa mudah fahamnya adalah sakit mental.
Menurut sumber Berita Harian bertarikh 2/3/2011, dijangkakan juga tahun 2020 Malaysia akan mencapai taraf negara maju dengan penyakit gila sebagai penyakit ke-2 paling glemer lepas sakit jantung koronari.
Apa rasionalnya negara maju tp ramai rakyat gila? Hahahaha aku rasa macam tak logik betul. Patutnya negara maju, rakyat pun makin pintar..tp ni ramai pulak orang gila. Takpe2 mari kita buktikan ketidaklogikan akal ini.
Pertama:
Ini contoh orang yang dh jadik GILA! mari kita sumbat dia di wad gila.
Berita tergempar 3 Oktober 2011. Cerita lanjut boleh tgk sini. Makhluk ni telah menambahkan angka dalam golongan 1.5 juta tersebut. Memang sah! Setelah dikira ditolak tambah darab dan bahagi, bulan 11 yang akan datang lagi ramai orang GILA yang dijangka akan dipaparkan di akhbar2.
Nak tahu kenapa? apabila 11-9 = 2. Bulan februari kata orang muda mudi bulan cinta! Tapi kata aku bulan pakat buat anak haram. Bila dah terover tak reti pulak nk cover malu, maka stress bermaharajalela. Tambah pulak boypren kesayangan tidak mahu bertanggungjawab, lagi stress hoih..sudahnya dek kerana dh naik GILA pikir apa nak buat, buang aje la anak, campak aje la mana2 sesuai.
Kedua:
Ini contoh orang yang bakal jadi GILA sebab stress dengan kerja kt opis.
Pada aku yang boleh sampai jadi gila sebab kerja ni mungkin sebab
Bos jenis kuku besi - bos ni bukan jenis manusia barangkali..ada belaan..paling haru kalau dpt bos yang angin tsunami sentiasa, tak pasal-pasal kena marah..jadi bos2 di malaysia, elakkan jadi penyumbang kepada angka 1.5 juta itu.
Gaji tak naik-naik- Kerja bagai nak gila. bos suruh buat tu, buat, suruh buat ini buat, suruh OT pun OT lah, outstation sane sini tp takat tu jugak.
Enviroment - kalau dah keliling org tempat kerja tu menekan, asyik la dok kipas je kejenya, suka jatuhkan orang lain mane xstress woii..
Kerja tak habis-habis - baru nk rehat datang pulak kerja lain..ayat yang biasa keluar "banyaknya keje..yang lama xsiap2 lg, ni dtg pulak yang baru..bila nk ronggeng eh (tetiba)"
Jadi tambah semua sebab2 tu tak ke boleh capai tahap skait mental kronik which is boleh jadi GILA? Udah la makin lama kerja makin pelik2..nak capai negara maju la katakan. Semua kena multitasking. Semua nak cepat dan perfect. Salah sikit surat tunjuk sebab! nk karang ayat surat lg
Er aku tak de la stress sangat keje sebab prinsip aku relax sudah..nanti siap jugak kerja..kehkehkeh.
Ketiga:
Rumahtangga.
Rumahtangga boleh buatkan kita jadi gila ke? Ish2 ramai la yang xmau kawen gitu..Patut ramai yang berlagak macam laki bini sekarang ni ye, rupanya takut kawen. Kawen kang jadi GILA pulak..kehkehkeh..
Auww romatik gitu..
Ini kalau laki bini mementingkan diri sendiri shj, mmg stress sesangat, tapi kalau bekerjasama dan saling memahami, amat mudah melayari alam rumahtangga ini...
Tapi kadang2 bukan karenah suami/isteri yang buat stress, tapi karenah anak2 pulak..
Kalau bukan kerana karenah anak2 pun mungkin sebab masalah kewangan. Tanggungan ramai, duit pulak tak ade, hutang dah keliling pinggang, dikejar ABG LONG pulak. itu yang jadi bapak bagi anak minum racun, bapak bunuh anak lepas tu bunuh diri. Bijak-bijak! Golongan paling ramai yang menyumbangn angka 1.5 barangkali.
pssst; kalau nk tahu 40 tips menghangatkan rumahtangga..klik sini..tp awas! untuk yang sudah berkahwin je..yang belum salam tangan pak kadi jangan gatal2 nk klik..aku sumpah jadi katak baru tau!
Kesimpulannya, apabila kita niatkan bernikah kerana Allah s.w.t insyaallah tidak akan timbul isu stress. Sebab bila dh tau kerana Allah, otomatik akan bawa keluarga dengan cara yang betul. anak2 terdidik dengna ilmu rohani yang betul, semua ahli pun mainkan peranan.
Mohon rumahtangga ku juga kerana Allah
Okeh cukup la kot research aku pasal sebab2 GILA ni..pokok pangkal puncanya STRESS..sebab2 stress pulak banyak beno nk disenaraikan..maklum la makin maju makin banyak tuntutan..kos hidup makin tinggi..tu sebab menjelang 2020 ni makin ramai yang GILA..
Akhir kata...jauhkan la GILA dengan cara:
Rajin-rajin la solat
Rajin-rajin la zikir
Rajin-rajin la muhasabah diri
Rajin-rajin la baca quran
Dan doa la jangan sampai jadi GILA
peace ;)
7 comments:
luv this entri. a real researcher. Allah dah kata : HANYA dengan mengingati Allah, hati akan tenang (tak stress dan tak gila). 'Hanya' membawa maksud satu-satunya cara untuk tenang. tadek formula lain.
Moga ketenangan sentiasa milik kita. Ameen!
ye arr yana...ramai kan gile sekarang nie...tekanan hidup rasanya..mintak dijauhkan lah eik anak cucu kite nanti....
luv this entri too...
Yana, fashya ni jaga anak2 sorang especially dia tengah sakit, kalau tak ingat Allah, agaknya ada potensi jugak kot jadik orang gila. Hihi...
Semoga Allah jauhkan kite dari semua perkara yang buruk macamni.. Amin
itu la, same dengan fashya..nurul pun jage anak sorg2 time husband pi kelas dr kul 6 sampai 10 malam...
k.ida: hahahha researcher la sangat..kwang2..ni tulis ikut sesedap rase je ni..er tapi bercita2 nk jadi dr falsasah dalam bidang kaunseling..kire ok la ni ek wt permulaan..kaji pasal gila..kui2
erm betul tu hanya mengingti Allah hati akan tenang
mun: kesian kan kalau kite xpandai nk urus tekanan
fashya: yg tu mmg sokong! jg anak sorg2 sehari pun rase nk moody..hahahahha adoi too bad for me
nurul: sofiya tidur kol baper? kalo husna weekdays die tido awal..ntah ape yg dibuat kt taska xtau la..so bila die tido kite lepak la ckit..tu yg dpt buat entry ni..hikhikhik
xmo jd gila...huhuhu...
makin maju makin gila. tgk je lah amerika tu. maju mmg maju tp org yg sakit jiwa pun ramai.
selagi kita tetapkan iman, insyaAllah akan dijauhkan dari jadi gila.
Post a Comment