Aku ambil gambar ni dari wall kawan suami. Sebelum ni aku hanya tahu orang yang memilih untuk duduk di hadapan dalam kelas adalah orang yang bersemangat, memang mahukan ilmu tanpa halangan dan biasanya orang yang bijak/rajin atau kata lain 'skema' sahaja yang pilih untuk duduk di hadapan dalam kelas.
Dan sekarang yang duduk tepi tengah belakang semua ada maksud. Mari review kedudukan aku dalam kelas masa aku kt sek ren n men dan masuk universiti sampai lah masuk kerja dan apa maksudnya mengikut gambar di bawah.
1. Sekolah rendah
Kedudukan masa sekolah rendah sentiasa berubah-ubah. Masa ni tak kisah duduk kt mana pun asal boleh duduk dekat dengan kawan rapat. Kadang-kadang cikgu yang aturkan kedudukan, jadi tidak boleh bantah. Terima sahaja.Jadi tak boleh nak bagi apa-apa maksud.
2. Sekolah menengah
Masuk sekolah menengah kriteria nk pilih tempat duduk bergantung kepada siap cepat dia dapat. Aku ni kategori lambat. Jadi terpaksa la amik kedudukan tercorot. Tidak kisah lagi asal dekat dengan geng. Tapi bila naik form 3, kategori pendek kene la duduk di depan..hikhikhim maka terpilih la aku untuk duduk di bahgaian depan kelas.
Form 4 n 5 tidak ramai yang pilih nk duduk depan, dan masih dalam kategori pendek maka kedudukan aku di depan lagi la, betul2-betul hadap muka cikgu. Cikgu garang kelat la muka, tapi kalau cikgu baik, yang suka senyum macam cikgu sejarah (cikgu hasmah) dan cikgu bm yang hensem walaupun dh beruban muka akan bertukar manis la.
back row: too cool for school
So front row: Teacher's pet wannabes..Auwwww
3. Masuk U
Di bilik kuliah, aku sentiasa mencari kedudukan yang dekat dengan pensyarah. Jadi tempat pilihan adalah sentiasa di hadapan. Kelebihannya nak tanya soalan tak payah terjerit2.Al maklum bila masuk U terasa pandai sikit jadi keyakinan tu tinggi sikit. berkawan pula dengan yang semangat nak belajar, bertuah betul. Di dewan kuliah pulak, tempat duduk pilihan samada 2nd or 3rd row dan kadang-kadang in the middle.
So front row: Teacher's pet wannabes..juge :)
4. Tempat kerja
Kt tempat kerja ni berkumpul ramai2 adalah bila tiba waktu meeting/ perjumpaan bulanan dengan pengarah. Dulu meeting selalu buat dalam dewan kuliah. Jadi kedudukan aku adalah samada di tengah-tengah atau sedikit ke belakang. Duduk tepi sekali pun ada juga. Langsung tidak pernah duduk di hadapan. So maksudnya?? Tgk sendiri la...lalalalala..
Ok anda pula bagaimana?
3 comments:
dok ingat nie,form 4 ke form 5 ek sy dok sebeloh awok?pahtu sy sero mace penoh dok belakang sekali gok yer ko?biso aa bleh ingat lagi seating dari sek ren zie hehe
Terbalik. Masa sek ren duduk depan. Sek men duduk tepi/ belakang. Tapi sekarang masuk U blk ni duduk depan. Sbb otak dah tepu kan kena lah dekat dgn lecturer. Hahaha.
mun pulak selalu duduk depan....hehehe...sbb senang nak tnya pape......kalau blakang susah sikit...pastue balakng bising..hehhee
Post a Comment