Ahad yang hening, matahari hanya menampakkan cahaya bila tengah hari menjengah. Hari ini tercatat dalam sejarah hidup nurhusna, tarikh yang memberi keistimewaan kepadanya..tarikh yang terpilih untuk dia melihat dunia. Setahun yang lalu pastinya tidak akan aku lupa seumur hidup, bagaimana berperang antara kelemahan dan kekuatan untuk melahirkan seorang khalifah..
HAPPY BIRTHDAY my little sweetheart..u're a toddler now but u're always be my baby..
Ummi banyak sangat harapan pada husna..paling ummi harapkan husna akan menjadi anak yang solehah, yang mendengar kata, yang menjaga agama, yang berakhlak mulia dan yang berguna untuk agama dan bangsa.
Walaupun tiada birthday celebration secara besar-besaran, tapi ummi harap doa dari ummi cukup untuk memberkati umur husna. Tunggu aqiqah raya haji ni ye, nanti kita buat makan-makan kecil. Sambut dengan adik muaz sekali. Apapun hadiah tetap ada untuk Husna, ummi dah menambahkan koleksi baju-baju Husna.
Ummi cayang kamu banyak-banyak :)
Masa melahirkan Husna, ummi tidak menangis..tetapi semasa melihat Husna semalam sambil menyanyikan lagu happy birthday ummi tidak dapat menahan rasa sebak. Husna sudah semakin besar..dan akan bertambah besar. InsyaAllah selagi terdaya, selagi diberikan rezeki oleh Allah ummi mahu berikan yang terbaik untuk Husna.
Ya Allah,
panjangkan umur anak ini..
murahkan rezekinya
berkati kehidupannya
lindungi keselamatannya
bawa dia ke jalan yang diredhaiMu
Ya Allah,
jadikannya anak yang solehah
yang faham tentang agama dan al-quran
yang indah akhlaknya
yang baik budinya
yang pintar dan cerdas akalnya
yang sihat tubuh badannya
Ya Allah mudahkan untukku jalan untuk mendidik dan mentarbiahnya..amin...
Sunday, October 23, 2011
nurhusna
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
sebak.
btw Happy 1st Birthday Husna tomei!. Semoga doa ummi kamu termakbul, InsyaAllah.
:)
cutenyer la tutu husna:)
happy 1st birthday husna....Ya Allah comel betul husna pakai baju tue...
happy 1st birthday husna....Ya Allah comel betul husna pakai baju tue...
tgk tutu husna sampai lupa nk wish, happy birthday Husna!:)
Semoga husna menjadi anak yg solehah dan menjadi kebangga kedua ibu bapa suatu hari nti, selamat ukang tahun kelahiran husna :)
Happy 1st year, Husna! *kiss*
Auntie aminkan doa-doa Ummi awak. Semoga diperkenankan hendaknya.
happy birthday husna..moga doa ummi husna dimakbulkan Allah
Post a Comment