Tuesday, October 25, 2011

Mulut kene serang kulat

Lepas satu, satu penyakit hinggap kt tubuh badan Husna ni. Nk kata antibodi kurang, bukan aku boleh nampak antibodi dia cukup atau tidak. Atenye susu ibu ni antibodi kuat, ade sel hidup tapi asik le demam, batuk menyerang. Hingus tu tak surut-surut lagi, meleleh je kejenya. Ops maap le ayat geli sikit. Vitamin tambahan, aku dh bagi. Aku sendiri pun amik nutriferon jenama shaklee untuk imune booster. Nk kene bagi vaksin lain la kot.

Ntah brape kali kami ni dok jejak klinik uia tu..doktor dah kenal sangat dengan husna. Pengunjung cilik yang asyik bertandang. Bertandang bawak buah tangan tak ape la juga tapi ni bertandang bawak penyakit.
Terkini, penyakit ini. ntah apa namanya aku pun tak tahu tapi yang pasti fungus dalam mulut.


Aku noticed tompok putih tu dalam mulut dia jumaat yang lepas. Mulanya sedikit sahaja tapi lama-lama makin banyak sampai lelangit, lidah semua kene serang. Fungus dah bermaharajalela. Nasib baik Husna tidak merengek or menolak makanan. Tidak sakit mungkin. Kalau tak susah juga.

Jummat lepas- cikit je

Sabtu - dah merebak makin banyak

Doktor kata kebiasaannya benda macam ni jadi sebab botol susu. Last week teacher Husna kata husna dah boleh minum susu guna botol. Dan botol yang digunakan adalah botol taska sbb aku memang tak sedia botol lepas die reject. Cuma bagi cup sahaja. Jadi takut botol kt taska tu yang menyebabkan mulut husna kene serang. Tapi aku masih tak pasti. Tak mahu la buat tuduhan tanpa usul periksa kan? Dan hari ni aku bekalkan botol dari rumah. Semua peralatan penyusuan dia memang aku sterile.Harap-harap tidak semakin teruk.

Aritu macam pernah terbaca ade rakan blogger yg anaknya mengalami keadaan macam ni..xsilap raisya anak shazz, er betul ker? kalau betul ape solution yg dh diambil? really need ur consultation

12 comments:

misha.w said...

sapu decozol (nama ubat tu, boleh beli kt farmasi). just sapu jek, pastu kasik minum susu. (nanti lama2 dia akan baik sendrik, paling lama pon 2hari..)

at the same time, kena check botol susu, rebus semua skali (botol susu, botol minum,sippycup dll.), keringkan betol2. sbb ni kene kulat kt puting. puting mmg confrm kena beli baru..

insyaallah, sekejap je baik le tuh.:)

misha.w said...

sapu decozol (nama ubat tu, boleh beli kt farmasi). just sapu jek, pastu kasik minum susu. (nanti lama2 dia akan baik sendrik, paling lama pon 2hari..)

at the same time, kena check botol susu, rebus semua skali (botol susu, botol minum,sippycup dll.), keringkan betol2. sbb ni kene kulat kt puting. puting mmg confrm kena beli baru..

insyaallah, sekejap je baik le tuh.:)

sharEna said...

alahai..kesiannya husna...bisalah yana bdk2 kene penyakit sllu neh. ujian buat kite parents nie hah...

xpe, Insyallah ada hikmahnya

get well soon Husna. kite bajet botol ss kt nursery x bersih. hrp btl ss sndiri ok la nnti..

afni+hafiz=dani said...

ya allah kesian nya dia..sakit tu. kite pun x tau nak ckp apa yana..sebab dani pun x perna kena.

evyn4ever said...

yaa ammar pernah kene..mula2 kami igt ulser tp minum elok je..lama2 hilang gitu..
p/s tertanya2 juga..

Ami said...

sian husna,mujur die dok merengek.

~ iza ~ said...

aduh..sakitnya bila tengok mulut husna tu..syafakillah..
bila anak sakit, kita mak ni pun mcm terasa2 sakitnya..haziq pun sama tang selsema tu..kejap ada, kejap takde..tapi boleh kata setiap masa ada..doktor pun dah tak kuasa nak bg ubat..katanya, bila budak dah masuk umur setahun ke atas, insyaAllah selsema tu akan hilang dgn sendiri..
harap2 mcm tu la..

Anonymous said...

salam,anak saya pernh kena.doc kt hfmd.penyakit kuku n mulut.g pakar pun kata pnykt tu,admitted 3 hari.alhamdulillah sihat.mmg dia xnk nyusu sbb dia xbleh kemam botol.

Nurul aziyana said...

shazz: thanks for advice. rilly appreciate

ena:itu la org kataa budak bawah setahun ni mmg mcm2 penyakit datang..bertabah saje la..gini le gaya jadik mak

afni:kite nmpak cam sakit tp dia cam ok je afni

evyn:ilang sendirik ek? kalau ulser sakit tp yg ni cam xsakit je sbb tgk husna cam relax je

ami;awok tgk ni mesti makin susoh nok hntr muhriz taska, yer dop?

iza:org kata budak xelok sngt bg ubat selsema sbb effect akan dtg dia akan jadi cepat hilang tumpuan..

anonym: itu la yg ditakuti..harap2 tidak bertambah teruk lepas letak ubat

Farah said...

Bismillah,

tentu husna dan bertambah cantik dan bijak sekarang.

Unknown said...

Bole share mcmne cara plg tepat utk sapu gel tu? Sbb anak sy dlm bahagian mulut..plg byk dkt lidah..tepi pipi n lelangit.. Baru 2 bulan usia baby. Jd nk bg bukak mulut dia besar2 susah. X semua tmpt dpt sapu

Nurul aziyana said...

baby menangis tak? or taknak menyusu? kalau takde masalah ni tak payah sapu ubat. biar aje.