Thursday, October 6, 2011

Comment @ follow?

Mana satu pilihan hati?

Dunia blog sebenarnya sangat subjektif. Siapa yang terjebak dengan blog sahaja yang faham. Aku mula terjebak dengan blog ni masa tengah tunggu nk posting masuk mengajar di politeknik. Ntah apa yang mendorong. Masa tu langsung tiada pengetahuan macam mana nk buat blog. Seingat aku, main terjah je..klik sahaja apa yg aku rasa nk klik. Akhirnya lahir la 'Story of love & live' . Nama ni kekal sampai sekarang. Tak unik langsung nama. Tapi buat masa ni tiada niat lagi nk tukar.

Seronok rupanya berblog. Lebih seronok ia adalah percuma. Boleh tulis apa sahaja yang terlintas di fikiran, boleh berkongsi apa sahaja pengalaman dan boleh minta nasihat apa sahaja kemusykilan. Dan sampai satu tahap blog pun boleh buat duit. Tak makan gaji pun tak ape kalau dah gile sangat berblog :).


 Tak mampu lagi nk berenti keje kalau earning banyak ni je..


Tp yang seronoknya bila ada blog ni bila tengok hasil usaha berblog. Berapa banyak KOMEN atau berapa ramai yang FOLLOW. As for me, aku lebih suka nk KOMEN bila terjah blog orang. Kenapa aku suka komen?

Sebab aku sendiri pun suka kalau orang komen entry aku.  
Bukti ada yang membaca entry kita..ade jejak :) 
Satu penghargaan kepada penulis blog tu setelah menaip entry 
Mane ada org xsuka kalau kite komen entry..jd tak banyak pun boleh la menceriakan hari penulis..yer dak?? 
Ada jugak la feedback.. at least xde la syiok sendiri je merapu kt blog..hahhahaha
FOLLOW pulak..kenapa aku tak suka? Bukan tak suka tp bukan pilihan hati la kot..Ntah le kenapa. Ke aku sebenarnya tak tahu apa kelebihan FOLLOW blog orang ni?  Tapi ramai follower biasanya memang blog tu meletops habis contoh Blog Ben Ashari. Keismpulannya blog aku yg cuma 235 je follower ni memang sah-sah la xmeriah. Haaaaahaaaa..Tak pe la, besederhana sudah..kang glemer sangat susah pulak..Ayat cover!

 Commentar setia setakat ini. setiap entry mesti ada dia:) tqvm

Akhir kata, tak kisah la suka komen atau suka follow. Yang penting kalau nk komen tu berhemah la..jangan pula jika tidak suka entry yang dipaparkan dengan sedap jejari runcing kau je nk menghentam. Jejari runcing? opps tiada kaitan dengan yang hidup atau mati. Sekadar peneydap ayat. Penat orang tu menaip. Baik diam dari mengutuk.

9 comments:

Kemn Azmaili said...

Memang seronok berblog kan. Dari mula baca hasil tulisan org lain, skrg ada juga yg sudi baca blog kita..mari kita memeriahkan dunia blog. Abg ben tu lain la kan, sehari sy pun xsure brp puluh entri dia buat..

FAD RMLN said...

kite pun prefer komen. follow tak berape. kalau mmg nak baca blog org tu kite link kan balik je. lagi mudah bagi kita.

ramai le tew follower 200++. kita baru je nak pi above 100.

nanonano said...

hahahha mun ni mmg manjang free kat opis.
asal ade aku singgah blog nk tggl jejak sure ade komen dia. eh stakat ni xjumpe lg dia kt sni, hahahhaa

haime said...

.. salah satu tak kurg boleh hilangkan stress.. hihi

mun said...

aik ade gambar mun le kat situ...ekceli mun suka baca n komen....sebab ape tau mun suka komen..sebab mun nak tuan nye blog tahu mun ade baca entry die..hehehhee

fana said...

xpe la.. slow2 la... hehheheeh

Luv like this.... said...

kt pon suke org komen n memberi komen..lagi bes suke baca blog org dari update blog sendri..hehe

ღnFashyaღ said...

kite pun suke orang komen entri kite. sume blogger pun suka kot. Kecuali komen tak membina tu yang tak best. so far tak pernah kene lagi.

Tapi nak g komen entri orang depend pada masa jugak sempat ke tak, kalo tak sempat bace dan lalu je...

follower tak ramai takpe, tak amik port pun pasal tu.:)

MomAuniAysar said...

--> Mmg syok kalau ada org baca blog kita kan. Eh btw, Mun tu kwn sekolah menengah sy dlu.

Keciknya dunia..

Bleh terjmp dlm nih. Tu la, blogging ni bleh merapatkan silaturrahim kan.

;)