Sunday, October 2, 2011

Pakej Lengkap

Last week adalah minggu yg menguji kami sebagai 1st time parents.
Husna dapat pakej lengkap , high grade fever + running nose + measles + ear infection. Maka last week aku hanya kerja sehari. Selebihnya bercuti. Seronok juga, tak perlu rushing setiap pagi nk mengejar waktu untuk thumb print. 


Hari isnin, sengaja amik cuti sebab nak berseronok2 di kampung. Balik kuantan, badan Husna panas. Tanda-tanda nak demam muncul. Hari selasa, kami hantar ke taska. Tapi pesan siap2 pd teacher if dia makin teruk, dont hesitate to call. Akhirnya tengah hari, waktu aku nk siap2 untuk sesi kuliah jam 3, suami call inform Husna is getting worst. Segera aku minta dia amik dan bawak balik Husna. kelas terpaksa dibatalkan dan aku amik Keluar waktu opis..nk cuti sayang dh separuh hari. 

Rabu dan khamis.
Demam Husna on n off. Suhu paling tinggi adalah 39.5. Biasanya kalau demam dia masih ceria dan aktif. Tapi kali ni memang merengek sahaja kecuali bila tidur. Tahap kesabaran mesti tinggi la kalau nak melayan anak kecil sakit ni. Tidur malam pun memang tak boleh lena, kena sentiasa berjaga-jaga untuk pantau suhu. Disebabkan suhu tinggi, tidur pun berlapik towel basah. Cool fever 24h. Buang bila nak mandi sahaja. 


Mengenai ubat. Husna akan muntah dan buang segala isi perut kalau yang masuk mulutnya adalah ubat, walaupun perisa oren sekalipun. Ini lagi satu cabaran. Maka setiap masa memang ready dengan ubat masuk montot tu. Jadi setiap 6jam itu je la cara yg ada. Yang ubat jns tu pulak available paracetamol sahaja. Kalau infection dan memerlukan antibiotic memang tiada cara lain. Sadis. 



Hari jumaat. 
Semasa sedang membersihakan poo-poo Husna aku noticed mcm ada something kt telinga dia. Aku cuba korek buang. Cecair kuning yang sedikit pekat. Rupanya nanah. Wah kenapa pulak ni. Kami suami isteri saling berpandangan. Aku intai lagi dalam telinga dia. Sudah tidak nampak lg lubang telinga sebab dipenuhi dengan nanah. Waduh, gawat dong! Patut la demamnya lambat nk baik, ear infection rupanya. bergegas lagi kami ke kilinik untuk kali ke2. 


Bintik merah amsih belum muncul dengan jelas


Sabtu. 
Demam husna dan ok. Bacaan suhu kembali normal. Lega seketika memikirkan kesihatannya yang beransur baik. Tapi lain pula yang muncul. Measles aka campak. Hayoo 1st time ni kene campak. aku memang tak tau macam mana nak handle bila anak kena campak. Masa tido aku xnampak lagi kesan2 rashes tu. Tapi bila dia bangun, memang ketara. Paling ketara di muka. Kesian sungguh tengok Husna. Maka rengekan manjanya berpanjangan lah sepanjang hari. Pendek kata tidak boleh letak langsung, asik la nak berdukung. Tapi apa pun aku syukur demam sudah baik sepenuhnya. 



 
 Measles sudah menjelmakan diri

Ahad.
Measles semakin surut. Cepat juga walaupun tidak dimandikan dengan air kelapa. And amazingly, Husna boleh telan ubat antibiotik tanpa muntah. Mungkin sebab dia dah makan macam-macam, dah dapat rasa yang macam-macam. nampaknya bila umur setahun dapat la aku beli scott emulsion dengan penuh confident. Walau kesihatan bertambah baik tetapi one thing yang menguji tahap kesabaran aku adalah dia tak boleh nak letak langsung. Duduk je nak mengamuk. Haih..Aku umpan dengan neneng je. Tak tahu la kat educare nanti macam mana.


Apapun kami bersyukur dengan ujian yg kecil ini sebenarnya menagajar kami untuk bersabar, untuk bersyukur dan yang penting pengalaman yang kami kutip. Cuma aku nk tanya pendapat readers, the best action that parents should do when the child getting sick especially about measles. Harap boleh berkongsi. Thanks guys!



4 comments:

antalya said...

gambar semua dia ceria.senyum tak lekang dek mulut.dlm keadaan tak sihat tu dia rajin senyum jgk ke yana??

Nurul aziyana said...

yun: hhihihhi xde la yun, maknye pilih pic yg senyum je tempek kt blog..masa kene cmpak tu xdemam dh..cuma cmapak tu kuar lamabt..

FAD RMLN said...

sian husna. get well soon ok. imaan belum kena campak lagi, xde petua nak share. huhu.

haime said...

campak husna baper lama? seminggu? kena kuat smgt betul la time anak demam..