Monday, October 24, 2011

Pavlova percubaan ke-2

Dek kerana tidak berapa nk puas hati dengan percubaan pertama, maka gigih lagi aku nak mencuba nasib untuk kali ke-2. Kebetulan birthday Husna, jadi kesempatan diambil konon-konon nak buat something untuknya.
Sanggup bangun pagi-pagi dan melupakan keenakan tidur di kala sang suami dan sang anak enak berselimut dalam cuaca yang sejuk dan redup semata-mata mahu melunaskan hasrat membaking. *pergh ayat dewan bahasa ke apa ni*

Kali ni aku beli WC yang dalam kotak tu, dengan harapan kali ini pasti berjaya!
Kali ke-2 buat aku dh tak tengok resepi..dah hafal step yang senang itu. Masa buat meringue, aku amik tips yang Dayu post. memang tak sampai 5 min dah kembang, fluffy gitu bak kata dayu. Suka betul aku masa tu. Dalam hati, kompem la yang ini lagi best.

Tung tang tung tang akhirnya meringue selamat masuk oven. Tiba masa putar WC pulak. aku tak tahu la terkena badi ke tulah ke ape, WC aku masih xmenjadi. Tak mengembang pun, macam hari tu jugak jadiknya, berair je. Padahal aku dh guna high speed, dh putar lama tapi tak kembang2. Sifu2 out there, ce cite skit brapa lama nk kene putar. Ke aku salah gaya. Frust menonggeng mak tapi aku belasah juga sapu atas meringue tu.

Ni hasil yang ke-2

Amik sebabun stobery aku letak..xnampak dh whip cream

Agak tebal meringue di tengah, ni menyebabkan kurang crunchy

dapp..dapp..dapp

master chef aka birthday girl nk test..main jolok je kau anak..
Review hasil yang  ke-2 ni
- Meringue terlalu fluffy..dan aku xratakan die so agak tidak crunchy..suami kata sedap lg yang pertama
- bila campur dengan buah yang masam-masam manis baru best
- tak rase manis sangat sbb aku guna 1/2 cawan je gula

Akan adakah pavlova yang ke-3? Tunggu dan lihat sahaja la..fed up ngn WC sebenarnya..uhuks..

7 comments:

Unknown said...

apa kata mcna cuba resepi yg mamafami pulak..dia tak guna whipping cream..instead guna putih telur dgn tepung jagung..

http://mamafami.blogspot.com/2011/10/pavlova.html

at least guna telur takde la semahal guna whipping cream kan.. hehehe..

CaHaYa^KetEnaNGan said...

sama la 1st time WC tak kembang tau..pastu ngadu kat husband, dia lak yang pukul, guna hand mixer, mananya tak guna yang stand tu...husband start dr 1 hingga 5, tapi tak tahu la btul kaedah tu, cer try lagi..tu la, nak baking pavlova lagi..ada request dr cik husband..nak bawa pi office..mmg lama la nak tunggu WC kembang gebu..huhuhu..sabar yer..
dalam 30 minit camtu kot

evyn4ever said...

berapa bj telur yekk?gebu..hukhuk daku buat kempis je..:((

wardah @ fie shah said...

Stressss! Ok esok kita bertekad nak buat juga! Haha

Unknown said...

mmg ptut meringue tu gebu tebal kat dlm tapi crunchy kat luar
kita punya siap merekah2..retak2
tp dalam lembut je..
guna api bawah je tau yana
45min guna api bawah, 120
the 15min api atas bawah

hhhhmmmm
whipping cream tak amik masa yg lama untuk kembang
kejap je.. dalam 10minit je..
yana guna brand apa?

Ida Iar said...

whip cream tu kejap je leh kmbg rasanye..pakai brand ape mcna?lagi bgs pukul sejuk2 means wc, beater dn mangkuknye tu btul2 br kuar dr peti sejuk.

mun said...

pergh sedap nyeeee...orang lain semua dah berulang-ulang buat mun gak tak terbuat-buat....