Tuesday, March 31, 2015

4 Cara Menjadi Orang Yang Berbakat

Ada satu kata-kata tentang orang yang berbakat yang saya petik dari wall sesorang di FB, bunyinya begini

"Potensi diri orang yang berbakat amat berbeza dengan potensi diri orang yang merasakan mereka tidak berbakat"

Saya sangat setuju dengan kata-kata ini sebagaimana saya juga setuju dengan apa yang didefinisikan tentang bakat dalam video ni. Mulanya saya pun ingt bakat ni wujud secara semulajadi dalam diri manusia tapi setelah dengar penerangan dalam video ni, sangkaan saya meleset. 




Kenapa ada orang rasa diri mereka ada bakat dan ada pula yang rasa diri mereka tiada bakat? 

Sebenarnya bakat boleh dicipta. 
Bila kita memandang seseorang yang ada kebolehan tertentu, automatik kita akan cakap "ooowh hebatnya dia, sangat berbakat buat itu..buat ini". 

Bagaimana pula anggapan kita bila kita memandang diri sendiri? Adakah kita pernah memuji diri sendiri tentang bakat yang kita ada? Atau kita sendiri tidak pernah sedar bahawa kita juga adalah orang yang berbakat? 

Jika anda merasakan bahawa anda tidak berbakat, ingat semula! bakat boleh dicipta. Macam mana nak cipta bakat? 

Ada 4 cara bagaimana menjadi orang berbakat. Dan saya yakin semua orang pun boleh buat dan semua orang boleh menjadi orang yang berbakat dalam apa jua bidang yang dia suka 

Cara #1: Mulakan 
Mulakan sesuatu yang anda suka. Nak berbakat dalam penulisan? Nak berbakat dalam bidang bakering? nak berbakat dalam public speaking? Semuanya bermula dengan 1st step iaitu MULAKAN.. mula menulis, mula buat kek, mula berani bercakap. Mulakan sekarang. Fast action fast result. 


Cara #2: Tahu 
Of course kena tahu apa yang kita buat. Kena tahu kenapa kita buat. Bila tahu kenapa, kita akan tahu bagaimana nak buat. Keep on learning. Kemahiran tidak akan dapat dengan mudah tanpa terus terusan belajar. 

Cara #3: Konsisten
Kalau buat separuh jalan, kita takkan sampai pada matlamat nak jadi orang yang berbakat. Jadi kunci no 3 adalah konsisten. Buat secara berterusan walau apa pun dugaan, walau berapa kali pun gagal. Konsisten akan buat kita belajar banyak perkara yang membantu untuk terus mara ke depan. Dalam proses ini, memang akan ada up and down. 



Cara #4: Jangan Putus Asa
Prinsip paling penting. Just dont give. Ujian adalah rencah hidup. Tidak mungkin kehidupan di dunia ini tanpa ujian. Kalau tidak kerana ujian, kita tidak akan faham tentang banyak perkara. Dan kalau selalu putus asa, apa jua impian pun tidak akan sampai pada garisan akhir. 


Jadi betul kah hanya sebahagian sahaja yang berbakat??? 
Jawapan jelas : TENTUNYA TIDAK!! 
Anda juga boleh jadi orang yang berbakat dalam sesuatu perkara..follow 4 langkah mudah di atas, dan at the end anda boleh jadi orang yang lebih hebat dari apa yang disangka 

Jika terasa ada halangan dalam diri penyebab sukar berjaya?? Jom ikuti TIPS INI pulak 

SELAMAT MAJU JAYA
SELAMAT CUNGKIL BAKAT DAN POTENSI DIRI 


No comments: