Tips kali ni saya nak share untuk ibu-ibu yang berniaga online.
Kebanyakan memang akan guna phone untuk urusan bisnes online, especially nak reply msg dr customer. Phone adalah medium paling pantas dan senang nak reply berbanding bukak laptop yang kena mengadap.
Ibu-ibu mungkin tak punya banyak masa nak hadap depan komputer atau laptop kan.. banyak lagi kerja lain boleh buat sambil-sambil reply PM customer.
Tapi yang problemnya bila phone dah dikonker oleh anak. Akibatnya keluar la alasan
" TAK BOLEH update blog sebab anak2 ajak main sama2"
" TAK BOLEH balas sms/whatsap customer sbb anak pegang handphone"
" TAK BOLEH nak promo Shaklee sbb anak nak pegang komputer"
Semuanya jadi TAK BOLEH sedangkan perkara ni boleh handle n control kalau tahu caranya. Cara yang praktikal ada dalam video ni. Jom sama-sama kutip ilmu berguna ni
Saya juga pernah ada masalah ni. Masa tu Husna ketagih tab. Apa yang saya buat saya sorokkan tab tu dan cakap rosak.. Tab tu memang tak di'charge' sebab nk tunjuk betul2 rosak. So tektik ni agak menjadi sebab lepas tu takde dah dilema asyik ngadap tab sampai lah sekarang. Dan saya sendiri pun tak guna tab tu. Kalau guna kantoi la kan.
Lepas dah takde tab ada masalah lain timbul. Henfon saya pula jadi mangsa. Tektik kedua saya sebelum dia mintak nak phone saya, saya turn off siap2 mobil data (kalau kt luar) dan turn off mobil data n wifi (bila kat rumah).
"Telefon ummi takde internet" kata saya
So bila dia bukak dan tak dapat then selamat lah telefon saya.. hehehehehehe game memang Husna tak main la.
Ada tips lain yg saya baca di blog sis Jiji iaitu
- Jangan fully charge gadjet. So kadar penggunaan takkan lama
- Jangan ajar anak cara nak unlock gadjet. So kalau ank tak tahu password, dia akan mintak kita as parents yang bukak..masa kita bukak tu boleh la guna tektik saya tu which is turn of bekalan internet (kalau anak jenis suka tgk utube)
- Pastikan anak tahu gadjet tu adalah milik peribadi kita bukan mainan yang boleh suka-suka hati nak guna.
- Try alih perhatian tatkala nak main gadjet. Kadang2 saya ajak anak baca buku, colouring, main masak-masak kt dapur, siram pokok atau ape2 lah taknak dia tengok gadjet. Sebab tu weekend saya lebih suka keluar jalan-jalan berbanding duduk di rumah.. Heheheheehe
Nak sekat secara total tak boleh jugak sebab ni zaman mereka. Cuma apa yang kita boleh buat adalah cuba control seboleh mungkin. Bila dh jadi ketagih memang haru.
Selamat mengamalkan tips yang dikongsi semoga kita semua dapat manfaatnya
Nak jadi ahli Shaklee dan nak tambahkan pendapatan dengan bisnes shaklee? Boleh hubungi saya di saluran di bawah
Nurul Aziyana (ID 886587)
FB: Nurul Aziyana
Page: Super Vitamin Store
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
No comments:
Post a Comment