Friday, March 13, 2015

Cara Tambahkan Duit Dalam Bank : Bagaimana 50-50 boleh jadi 500 bukan 0

Salam jumaat yang mulia.. semoga semua di kalangan kita hari ini diberi rahmat dan hidayah untuk mencari jalan yang benar. Tatkala saya tulis entry ini, saya baru habis baca kisah ke23 yang dikongsi dalam buku Allah Tempat Bertanya, buku dari penulis Mudahnya Menjemput Rezeki iaitu Saudara Fathuri Salehuddin. Subhanallah, kisah-kisah yang diceritakan memang sangat membuktikan Allah Maha Segala-galanya.

Sebelum saya kongsi kisah bagaimana di alam realiti kita diajar 50-50=0 tapi Allah mengajar kita 50-50 boleh jadi 500, suka saya nk kongsi video ni untuk tatapan pembaca. Kenapa sedekah,infaq itu amalan wajib yang boleh beri kita kebahagian, ketenangan dan kekayaan.


Bukan semua rezeki milik kita itu adalah hak mutalk kita..tapi ada sebahagiaan adalah milik orang lain yang perlu kita kongsi.
Kita tidak punya apa-apa di dunia ni bahkan tubuh badan kita juga bukan milik kita..ianya milik kekal abadi Allah SWT.

Saya nak share kisah yang saya baru baca mengenai sedekah


Cerita nya dari seorang guru yang mempunyai anak 8 orang. Saya namakan cikgu Idah. Kebetulan suatu hari, sekolah beliau buat slot motivasi untuk pelajar Form 5. Dan motivator yang dijemput adalah seorang yang bergiat cergas dalam aktiviti-aktiviti kebajikan anak yatim.

Semasa program sedang berlangsung, tbaung kutipan sumbangan anak yatim diedarkan. Dan seperti yang lainnya, Cikgu Idah juga berhasrat untuk menderma. Tapi melihatkan hanya ada sekeping RM50 dalam dompetnya, hati cikgu Idah berbelah bahagi. Antara derma dan harapan anak-anak kat rumah yang perlu diberi makan untuk hari tersebut. Duit di bank pun hanya tinggal sedikit, gaji pulak 2 3 hari lagi.
Cikgu Idah masih berkira-kira. Suara kecil silih berganti. Hati dipujuk dengan kata-kata
" Bukankah pemberian yang terbaik itu dengan memberikan sesuatu yang kita sayang?"
Tidak akan berkurang wang yang dibelanjakan pada jalan Allah

Hati cikgu Idah kini pasti lalu dikeluarkan RM50 dan dimasukkan dalam tabung.

Dipendekkan cerita, sewaktu pulang dari sekolah hati Cikgu Idah tergerak untuk ke ATM di stesen minyak, mana tahu kot-kot ada yang duit berbaki yang boleh diambil.
Ajaibnya kuasa Allah, baki duit dalam bank adalah RM500 sedangkan slip baki transaksi masih disimpan dan jumlahnya hanyalah RM80.

Puas bertanya suami adakah suami yang masukkan duit tapi tidak, puas juga berfikir kalau-kalau ada tuntutan wang perjalanan di tempat kerja yang baru masuk, pun tiada.

Subhanallah, sifir Allah memang tepat.
50-50 bukan 0 tapi 50-50 adalah 500. Benar janji Allah,

"Perumpamaan orang yang mendermakan harta benda di jalan Allah seperti sebutir biji dan menumbuh 7 tangkai dan pada tiap-tiap tangkai terdapat 100 biji. Dan Allah akan menggandakan (pahala) bagi orang yang dikehendakinya dan Allah itu Maha Luars lagi maha Mengetahui
[Surah al Baqarah, ayat 261]
Semoga kisah ini menambahkan keyakinan dalam hati kita bahawa sedekah itu bukan mengurangi harta tapi menambah dan terus menambahkan harta.

Selamat bersedekah :)

No comments: