Monday, March 9, 2015

Kenali Kitaran Hormon Suami Agar Isteri Tak Cop Suami Pemalas

Mula-mula saya baca tentang kitaran hormon lelaki ni, my 1st impression "wah ada cara nak tackle suami supaya dia rajin tolong buat kerja rumah". Apa kaitan hormon dengan suami yang malas? Haaa ini yang nak dikongsi, mungkin ramai yang belum tahu ilmu penting ni.


Sebelum tu meh kita layan video ni dulu, geli hati saya setelah mendengarnya..mesti kebanyakan ibu pun setuju dengan apa yang dikatakan oleh Pn Lyna ni..ooops jangan tunjuk pada suami anda video ini ya :)


Biasanya kita sebagai isteri bersungut bila balik kerja, suami dah baring depan tv tapi kita tak rehat..
"Abg, saya pun letih jugak..kita sama2 kerja..tolong la saya ni jg anak kejap..sy nk masak ni"

Haa betul tak? betul tak? Lalu kita dengan mudah melabelkan suami sebagai pemalas sebab tak tolong kita. Sebenarnya kenapa suami bila dia balik kerja, dia akan berehat macam baring depan tv tu?

Ini semua kerana kitaran hormon testosteron.


Heheheheeh  teruskan membaca perkongsian saya ni dan lepas tu mungkin anda akan fikir lebih baik suami berehat dari suami yang kurang hormon testosteron. Hhihihihihihi. Tapi ada cara macam mana nak bagi supaya suami boleh tolong sekali buat kerja rumah. Yg ni pun kena la baca sampai habis.

Lelaki dipanggil lelaki kalau ada hormon testosteron. Suami-suami anda yang normal memang ada hormon testosteron. Tujuan Allah jadikan hormon ni dalam tubuh seorang lelaki adalah untuk bantu mereka jalani kehidupan sebagai seorang lelaki antaranya menyemarakkan syahwatnya sebagai lelaki (kalau suami takde nafsu, idak ke problem pada isteri tu).

Bukan itu sahaja fungsi hormon testosteron ni, ada banyak lagi yang membantu lelaki menjalankan fungsinya sebagai seorang suami dan ketua keluarga.

  • Memberikan rasa untuk terus berjuang dan bersaing
  • Membantu untuk berfikir kreatif 
  • Menjadi lebih pintar dan matang
  • Melakukan tugas-tugas yang diamanahkan sebagai suami
  • Mempengaruhi mental dengan mengurangkan rasa stress
Haaa nampak tak betapa pentingnya kehadiran hormon testosteron pada suami puan-puan sekalian? kalau la takde hormon ni atau kurang hormon ni? kompem lagi terseksa anda sebagai isteri. Pssstttt cuba perhatikan, lelaki yang bersemangat dalam hubungan syahwat juga akan bersemangat dalam melakukan tugas-tugas lain. 

Jadi apa kaitan hormon testosteron dengan sikap malas?
Yang ini yang isteri kena maklum. Hormon ni ada kitarannya juga..sama macam hormon nak datang haid bagi isteri. Kalau isteri nak suami faham kenapa dia emo bila nak datang haid, sama la juga kes ni. Walaupun suami tak mintak isteri faham pasal kitaran hormon testosteronnya, tapi bila isteri faham senang je nak mintak suami tolong buat apa2...oppps rahsia ni akan dibongkar perenggan seterusnya.

Ceritanya macam ni....

Pada waktu pagi, kepekatan hormon testosteron lebih tinggi..itu sebab waktu pagi lelaki mudah mendapat penile erection. Kalau tak tahu apa bende tu, gugel aje lah. Dan kepekatan hormon ni akan berkurang bila menjelang petang..haaaa di sini reasonnya kenapa suami puan-puan tidak bertenaga untuk bantu puan-puan buat kerja rumah. Kaitannya, hormon yang kurang menyebabkan badan letih. Kalau suami yang jenis kerja memerlukan penggunakan tenaga fizikal yang banyak, haaa lagi la nampak letihnya. Tu yang balik kerja, terus melepek depan tv, sedap je landing. 

Kalau lah waktu ni isteri membebel, dan terus menembak berdas-das dengan ayat di permulaan entry nun kat atas tu, haa lagi la hormonnya akan menurun dan menyebabkan lebih stress. Jadi toksah harap suami akan tolong isteri apalagi nk layan di kamar tidur malam nanti. 

Dah tu nak buat macam mana supaya kepekatan hormon testosteron meningkat walaupun menjelang petang? 

Tipsnya mudah. Hormon testosteron akan meningkat bila suami rasa dia suami yang hebat, berjaya buat kerja dengan baik. Pendek kata jangan buat dia rasa dia gagal. Contoh ayat pendek yang buat suami rasa gagal adalah "abg ni pemalas lah.." 

So sekarang SWITCH! 
Kalau nak suami bantu dan tolong sekali buat kerja rumah, marilah kita pakat-pakat senyum dan puji suami kita. jangan main-main dengan The Power of Senyum. Puji melambung pun tak ngape asal end result suami akan tolong..Masing-masing kompem dah tahu ayat puji macam mana kan? Haa gunakan lah sebaiknya waktu-waktu petang tu supaya hormon testosteronnya meningkat. Pasti ada tenaga extra dari suami untuk anda :) 



Macam mana? 
Got the idea nak tackle suami supaya tolong buat kerja? Selain dengan muka manis dan ayat-ayat menggoda, satu lagi nak pastikan hormon testosteron suami sentiasa dalam keadaan baik dan tidak berkurangan adalah dengan memastikan pengambilan Vitamin E,Zink Complex dan Ostematrix. 

Vitamin E - Merupakan ramuan penting dalam tahap testosteron yang optimum. Vitamin E Shaklee mempunyai selenium. Selenium adalah salah satu blok bangunan untuk testosteron. 

Zink Complex - Zink adalah perlu untuk menukarkan androstenedione kepada hormon testosteron. Zink juga elak kanser prostat. Tisu prostat lelaki memerlukan 10 kali zink lebih daripada sel-sel lain dalam badan untuk kesihatan. Apabila sel-sel menjadi kanser prostat mereka tidak mempunyai keupayaan untuk mengumpul zink, yang membawa kepada penyebaran yang lebih cepat dalam kanser prostat.

Ostematrix- Mengandungi Vitamin D dan magnesium. Vitamin D menyokong pengeluaran testosteron kerana terdapat vitamin D reseptor pada sel-sel dalam kelenjar yang melepaskan hormon testosteron. Magensium pula menggalakkan tidur, yang amat penting untuk menyokong testosteron. 

Apa lagi...hadiahkan lah suami-suami anda dengan Vitamin E, Zink Complex dan Ostematrix. Pilihan Shaklee adalah yang terbaik kerana suami saya pun mengamalkan vitamin-vitamin ini..kerja-kerja rumah kadangkala tak perlu disuruh pun dah tersedia dibuat. Best tak best? Hehehehehehe

jangan segan-segan nak contact saya untuk dapatkan vitamin-vitamin kelelakian ni ya. Habuannya pasti berbaloi 


Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Semambu, Air putih, Beserah, KOTASAS, POLISAS, UIA Kuantan, IM











No comments: