Dari pembacaan, ada pro dan kontra bedung bayi. Masing-masing punye pendapat tersendiri.
Foto: Mudpie
Bayi Tak Perlu Dibedung, Dipakai Mitten dan Booties
Semalam saya terbaca sharing dari wall kak Harlinda Halim tentang ini. Menarik juga hasil sharing beliau yang baru balik dari Kursus Ibu Bapa Professional yang dikelolakan oleh Institut Nury. Melihat bedung dari perspektif berbeza, saya dapat ilmu baru mengenainya.
Dengan izin beliau saya kongsikan di blog kesayangan ni kenapa bayi tak perlu dibedung, dipakaikan mittens dan booties. Heheehehe jimat juga tak payah beli la kan.
Bayi yang baru lahir ni, mereka tidak tahu yang tangan dan kaki mereka itu adalah sebahagian dari diri mereka. Jika mereka tidak memakai sarung tangan dan sarung kaki, lebih mudah untuk mereka mengetahui dan mengenalpasti bahawa tangan dan kaki mereka itu adalah anggota badan mereka sendiri.Bayi akan tahu dengan memasukkan tangan ke dalam mulut mereka sebagai contohnya.
Dan...apabila mereka ditiarapkan, tangan dan kaki mereka akan dapat menyentuh permukaan tilam mereka dan proses ini akan activate deria sentuhan bayi.
Selain dari itu, antara KEBAIKAN meniarapkan bayi tanpa dibedung dan dipakaikan mitten dan booties ialah :
Bayi akan mula menggerakkan tengkuk dan kepala (kiri ke kanan dan vice versa). Pergerakan ini akan menguatkan tengkuk dan leher bayi.
Bayi lebih rasa "secure" bila terkejut (Moro Reflex) kerana permukaan lantai/tilam wujud untuk mereka "peluk".
Memberi ruang kepada otak dan kepala bayi membesar (tiada masalah "flat head").
Bayi mudah sendawa
Bayi yang ada reflux atau kerap muak takkan tertelan atau tersedak muntahnya sendiri.
Bagi bayi belum tanggal tali pusat, mereka secara automatik akan mengangkat punggung mereka dan ini akan menguatkan otot bahagian pinggang. Dan pada masa yang sama tali pusat akan lebih cepat gugur disebabkan graviti.
Okay, point-point ini semua adalah point PENTING yang beliau pelajari dari kursus Nury.
***********************************************************
Ikuti tips malan berpantang lepas Berslain yang best dalam video ini
**************************************************************
Amcam? setuju tak setuju? perbezaan pendapat tu biasa lah especially kalau melibatkan perihal penjagaan anak-anak ni. But then, think positive, terima perbezaan dan lihat dari sudut yang positif dan raikan mereka yang telah membuat kajian mendalam berkenaan dengannya.
Yang penting kita ni kena rajin korek ilmu.
Yang penting kita ni kena rajin korek ilmu.
Ada juga pendapat mengatakan bahawa bedung bayi tu sebagai permulaan dalam mendidik mengenai batasan seperti yang dibincangkan dalam artikel INI.
Antara point penting kenapa bedung bayi yang saya dapat ambil dalam artikel tersebut pula adalah
- Bayi mudah terganggu dan sensitif terhadap ransangan apabila mula-mula berada di luar rahim ibu. Semasa di alam rahim, mereka dilindungi dari gangguan2 seperti bunyi dan cahya. jadi ini mengganggu proses kematangan tisu dan otak juga terganggu kerana ketenangan bayi terganggu.
- Bayi perlu tidur yang cukup. Kalau kerap terganggu, tidur bayi juga terganggu. Akibatnya perkembangan fizikal dan otak juga terganggu
- Tangan dan kaki bayi sukar diluruskan
- Membiasakan bayi dengan unsur-unsur batasan (rule and regulation) sejak kecil
So mana satu yang terbaik? Wallahualam.. pilihan di tangan ibu-ibu..of course fasa bayi ni memerlukan pemerhatian yang lebih dari parents. Saya fikir lihat dan tengok perubahan dalam apa jua yang kita lakukan adalah penting. Dari situ juga kita belajar.
Plus perkara-perkara sebegini ibarat parenting style. Macam-macam mazhab. Ikut lah nak amalkan yang mana. Yang penting kalau kita tahu cara nak stimulate anak supaya mereka boleh grow faster physical and mentally. Semua mak pun nak anak yang kuat dan bijak kan? Based on pembacaan pengalaman mak2 yang buat mcm tips kak Harlinda tu, anak2 lebih cepat meniarap, merangkak dan berjalan. Dan mungkin juga tidak semua sebegitu.
Plus perkara-perkara sebegini ibarat parenting style. Macam-macam mazhab. Ikut lah nak amalkan yang mana. Yang penting kalau kita tahu cara nak stimulate anak supaya mereka boleh grow faster physical and mentally. Semua mak pun nak anak yang kuat dan bijak kan? Based on pembacaan pengalaman mak2 yang buat mcm tips kak Harlinda tu, anak2 lebih cepat meniarap, merangkak dan berjalan. Dan mungkin juga tidak semua sebegitu.
Sebagai ibu yang bakal melahirkan bayi tak lama lagi, saya lebih suka untuk ambil jalan tengah. Anak pertama memang ada bedung, pakai mittens dan booties ni. Jadi tak salah kot anak yang kedua ni try pula tips sharing dari kak Harlinda tu. Dan boleh pantau perbezaan keduanya..best juga bila tahu ilmu-ilmu berkenaan anak ni..baru minda terbuka kan..tak limit pada satu-satu perkara sahaja.
Oowh ya, bagi yang nak join Kursus Ibu Bapa Professional yang dikelolakan oleh Institut Nury, sedikit maklumat kursus yang dikongsi oleh Kak Harlinda.. apa2 info boleh rujuk wall FB beliau :
Oowh ya, bagi yang nak join Kursus Ibu Bapa Professional yang dikelolakan oleh Institut Nury, sedikit maklumat kursus yang dikongsi oleh Kak Harlinda.. apa2 info boleh rujuk wall FB beliau :
✔ 2 hari (9 pagi sampai 6 petang)
✔ Content berkisar tentang perkembangan, potensi dan pendidikan awal anak-anak dari usia 0 - 6 tahun.
✔ Panduan tentang teknik stimulasi anak yang betul
✔ dan banyakkkkkk lagi maklumat berharga yang tak ternilai buat ibu bapa
✔ Fee : RM300/person atau RM500/couple
6 comments:
Anak sulung memang suka bedung tapi anak kedua taknak langsung dibedung
Best info nie… Tapi kami terpaksa bedung baby walau dah besar, sbb dia asyik garu badan sampai berdarah…
kalau saya suka bendung tapi tak sampailah usia sampai enam bulan sebab masih kecil risau kuku jari dia tajam..biarkan dia selesa bedung lama-lama dia terbiasa dah lama tak payah bedung cuma baru lahir sahajalah.
wah..selalu memang dah terbiasa dengan cara lam, kali ni nak cuba :D
Saya memang tidak berapa amalkan bedung kesemua anak2 saya. Cuma jika malam sejuk sangat sekadar selimutkan sahaja. Alhamdulillah anak2 saya semua membesar sihat dan cergas. Saya trbiasa teda guna bedung sbb anak sulung sejak lahir kerap muntah keluar dr mulut & hidung kerana jerutan perut teda kukuh kata doktor. Untuk elakkan saya trtidur teda sedar baby muntah doktor nasihat kan baby tidur mengiring. Apabila dia teda d bedung tangan & kaki berfungsi untuk membantu bergerak ini sedikit membantu memgelakkan lemas. Alhamdulillah anak2 saya aktif cerdas
Orang Sabah ka Puan Eva? 😊
Post a Comment