Monday, March 2, 2015

Tips Muhasabah Halang ROADBLOCK Dalam Diri Penyebab Bisnes Tak Gerak

Alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk sampai kepada new cycle dalam bizz Shaklee. Cycle dalam biz ni bermula dari Mac-Feb. Masing-masing punya kisah dan pengalaman tersendiri dalam melalui setiap cycle. Ada yang manis, ada yang pahit silih berganti. Itu adat dalam kehidupan. Sepertimana yang diaturkan Allah, manusia menjalani kehidupan dengan 2 fasa - suka dan duka, susah dan senang, sedih dan gembira. Segalanya dari Allah, adat kehidupan begitu lah.

Bagi yang bisnes, untung rugi tu part of bisnes. Jadi kalau tak boleh nak hadapi sebarang situasi yang ada kerugian, atau berada dalam fasa slow maknanya anda perlu cari lebih banyak ilmu jika betul-betul mahu terlibat dengan bisnes, bukannya bungkus terus.

Di sini pentingnya MUHASABAH DIRI.
Setiap yang dibuat jika tak berjaya, perlu dilihat semula di mana silapnya, di mana kekurangnya dan apa yang belum dibuat dan apa yang perlu diperbetulkan.

Bagaimana nak muhasabah diri untuk capai lebih dari sepatutnya kita capai hari ini. Ada 3 tips mudah dan cara yang betul yang dikongsikan dalam video ni dan saya percaya semua orang boleh lakukannya. Ada orang mungkin selalu muhasabah diri tapi kadangkala tak menjadi, mengulangi lagi kesilapan yg boleh menyebabkan kita malas nk muhasabah diri lagi.


InsyaaAllah kalau kita ikut 3 tips mudah setiap hari, pasti esoknya kita semangat untuk bangun pagi dan semangat untuk buat tugasan yang dirancang. 
Kerja yang dilakukan dengan penuh semangat bermakna penuh energy akan menghasilkan impak yang lebih berkesan. 
The power of energy akan menggerakkan seluruh sel-sel badan kita ke arah apa yang kita inginkan. 
Runtuhkan segala roadblock dalam diri yang selama ini menghalang diri dari terus maju ke depan. 

Tips lain yang saya boleh kongsikan which is sangat penting iaitu jaga logistik/persekitaran kita. Itulah roadblock yg paling perlu dipecahkan. Dengan siapa kita berkawan, dengan group mana kita berada, bahan bacaan apa yang kita baca, apa yang kita tonton semuanya akan mempengaruhi diri kita. Logistik negatif hanya menarik perkara negatif dalam kolam jiwa kita. 
Jika kolam jiwa berkeladak, rezeki pun sukar nak dekat. Bisnes pun soi-soi je. 

Muhasabah diri ni bukan untuk bisnes maju je..tapi juga untuk jaga kehidupan kita dengan Allah, jaga hati iaitu kolam jiwa kita. Sebab semua masalah datangnya dari hati. 
Pokok pangkalnya hati. 
Bersih hati bersihlah keseluruhannya insyaaAllah. Dan nak bersihkan hati bukan la seperti basuh baju dengan Get Fresh Laundry dan Basic H, yang kejap je boleh putih bersih. Bersih hati ni memerlukan usaha yang berterusan, handle with care sbb hati ni fragile. 

Nak cerita baba bersih hati dan jaga kolam jiwa ni panjang
InsyaaAllah akan ada entry mengenainya untuk dikongsi bersama. Kita amalkan dulu teknik muhasabah diri dalam video ni ya :) 
Mudah-mudahan kita istiqamah melakukannya

No comments: