Sunday, March 29, 2015

Atasi Anak Sembelit Kronik Elak Kerosakan Saraf

Ada seorang ibu pernah bercerita pada saya setiap hari beliau terpaksa korek najis anaknya dek kerana masalah sembelit pada anaknya..sejak dari 2 tahun sampai lah umurnya 4 thn. Anak sembelit kronik memang kesian. Macam mana nak atasi anak semeblit kronik ni?


Bayangkan kesakitan yang ditanggung anak..Kalau ibu lepas bersalin yang sembelit, boleh la cuba cara macam yang dikongsi dalam video di bawah ni tapi kalau anak kecil yang sembelit..aduh kesian sangat..mak bapak pun kompem dah cuba macam2 macam cara nak buat.


Agak pening la bagi ibu bapa kalau setiap kali anak nak berak secara normal tak dapat disebabkan sembelit. Mungkin macam-macam cara seperti bagi makan buah-buahan, terpaksa korek sendiri najis dari dubur anak dan mungkin juga terpaksa sumbat ubat bontot untuk lembutkan najis. 

Semua ni pernah dibuat oleh ibu dalam video ni yang sangat sedih tatkala anaknya menghadiri kesukaran untuk membuang air besar sehinggalah beliau temui cara yang sangat berkesan atas nasihat doktor



Ada tanda bila anak dikatakan ada masalah sembelit 
  • Anak menangis dan takut untuk berak
  • Rasa tidak selesa kerana sakit dan sukar untuk meneran 
  • Najis kering, keras, berbiji-biji dan bau yang lebih busuk
Kebiasaannya anak sembelit disebabkan oleh susu formula kerana jarang kanak-kanak sembelit bila consume susu ibu. Sebabnya kerana susu formula lebih sukar dihadam berbanding susu ibu. Sembelit pada kanak-kanak adalah lebih cenderung untuk anak-anak yang:
  • Tidak aktif
  • Tidak makan serat yang cukup
  • Tidak minum air yang cukup
  • Mengambil ubat-ubatan tertentu, termasuk beberapa antidepresan
  • Mempunyai keadaan perubatan yang mempengaruhi dubur atau rektum
  • Mempunyai sejarah keluarga sembelit

Sembelit kronik boleh menyebabkan masalah yang lebih buruk kalau tak dirawat. Menurut sumber dari Livestrong.com, antara komplikasi yang mungkin berlaku akibat sembelit kronik di kalangan kanak-kanak adalah 
  1. Prolapse rectum 
    Berlaku bila rektum akan mula menonjol dari dubur. Sembelit kronik boleh mencetuskan keadaan apabila usus menjadi begitu terbiasa dengan proses menggelembung daripada najis terkumpul. Akibatnya, ia kehilangan keupayaan menguncup kepada saiz normal selepas najis dikeluarkan
  2. Megacolon dan Megarectum
    Sembelit kronik juga boleh menghasilkan proses kolon/rektum menggelembung. Akibatnya dinding usus akan tembus dan risiko kematian boleh berlaku akibat pendarahan atau jangkitan.
  3. Masalah untuk potty training
    Agak sukar nak potty training anak yang ada masalah sembelit kronik. Najis terkumpul sebenarnya mengurangkan keupayaan usus untuk membuang najis. Sembelit kronik juga boleh menyebabkan kerosakan saraf yang menyebabkan kanak-kanak itu tidak dapat mengenali keinginan untuk membuang air besar.
  4. Sosialisasi terjejas
    Menurut pakar gastroenterologi pediatrik Judith M. Sondheimer dan Shikha Sundharam dalam edisi 2009 "Diagnosis dan Rawatan Semasa: Pediatrik," sembelit kronik dalam menghasilkan kebocoran najis yang tidak disengajakan. Kanak-kanak yang mengalami gejala-gejala ini mungkin akan terasa macam terasing dan malu nak berkawan. 
Jadi, macam mana nak atasi masalah sembelit anak? 
Jika belum tonton video pengalaman sebenar ibu yang mempunyai anak sembelit sampai tak tahu nak buat tapi akhirnya terjumpa solusi mudah, boleh tonton semula video di atas... insyaaAllah itu juga salah satu ikhtiar dan mungkin itulah penyelamat anak dari sembelit.
Dan sebenarnya, ramai ibu bapa yang ada masalah yang sama tapi mencuba cara Puan Hana juga berjaya mengatasi masalah anak sembelit. 

Nak jadi ahli Shaklee dan nak tambahkan pendapatan dengan bisnes shaklee? Boleh hubungi saya di saluran di bawah

Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com

No comments: