Wednesday, October 29, 2014

Bagaimana Saya Ajar Husna Suka Makan Sayur

Husna memang suka makan sayur, especially sayur hijau yang berdaun. Kalau kailan memang feberet. Alhamdulillah, rasa amat bersyukur sebab dia suka makan sayur. Jadi tak perlu cuba macam-macam cara ank bagi dia suka makan. Ada ada ramai ibu bapa yang risau bila anak tak suka makan apa-apa sayur. Yelah mana tak risau kalau anak kurang serat, kurang vitamin dan kurang nutrisi kan. Dan mungkin sampai ke dewasa, anak tu tak suka makan sayur.


Sebab apa anak tak suka makan sayur? 
Kebiasaanya anak akan memberi alasan rasa sayur yang tak sedap, yang pahit dan tak menarik. Alasan paling kuat, rasa tak sedap la. Sedap lagi ayam goreng bagi mereka. Kalau kita pun tahu menolak makanan yang rasa tak sedap, kanak-kanak pun macam tu jugak lah. Jadi memang tak boleh nak salahkan anak dek kerana mereka tak suka makan sayur

Jadi macam mana pengalaman saya dalam mengajar Husna untuk suka makan sayur? 
Alhamdulillah, perjalanannya dipermudahkan. Semuanya dari kurniaan dan rezeki dari Allah..bukan atas usaha saya sangat pun. Seolah ianya datang secara alami. Memang saya akui saya tak usaha keras pun untuk Husna suka makan sayur. Seolah kesukaannya pada sayur tu datang dari diri dia sendiri, bukan saya yang memaksa atau mendeco sayur supaya interesting untuk menarik perhatiannya. Memang tak patut la kalau saya tak bersyukur dalam hal ini.

Apa yang saya noticed, kesukaan husna terhadap sayur ni ada juga dipengaruhi oleh cerita Upin Ipin. Cerita yang mana saya kurang pasti. Tapi dia selalu sebut pada saya

"Makan sayur sihat kan Ummi?" 

Tugas saya adalah memberi peneguhan.

"Ya btul syg, makan sayur badan sihat, nanti Una jadi pandai"

Di situ saya tahu, dah ada satu pandangan (+) tentang sayur yang ditanam dalam fikiran Husna. Kanak-kanak dalam lingkungan umur 0-5 tahun memang mudah menerima apa sahaja yang dia nampak dan dia alami. Dan insyaaAllah apa yang mereka pegang dari kecik, itu jugalah yang mereka pegang hingga dewasa. Yes, mungkin akan berubah bila dipengaruhi situasi tapi jarang berlaku.
Saya doakan semoga pandangan (+) ni akan kekal sampai bila2 dalam diri Husna.

Bila dah ada pandangan (+) ni, agak mudah bagi saya. Langkah seterusnya, sila jangan lokek untuk PUJI anak bila dia makan sayur walaupun sehelai aje, atau secubit sahaja.

"Waaahh bagusnya Una makan sayur, mesti Una sihat dan bijak"

Tapi bukan setakat melemparkan pujian, PELUK CIUM lah. Anak yang selalu dipeluk cium mempunyai jatidiri dan motivasi tinggi kerana mereka rasa selamat dan dihargai. Jadi, mereka hanya akan buat benda-benda yang baik sahaja dan akan ulang benda tersebut di masa hadapan.


Dan tidak lupa, kita dulu yang tunjukkan contoh. Tunjukkan kita suka makan sayur dan suka masak sayur. Kalau tak masak pun, makan ulam seperti salad. Tunjukkan rasa seronok dan sedap makan sayur. Dan kalau boleh bila ada sayur, anda mesti happy! InsyaaAllah perasaan itu akan berjangkit pada anak. Jangan lupa, manusia ni ada aura. jadi sampaikan aura-aura yang positif aje pad anak.



Last but not least,
Masa usia bayi, bila 6 bulan ke atas di mana anak dah boleh diberi solid food, please usahakan bagi puree sayur dan buah lebih kerap. Kita perkenalkan rasa sayur pada lidah anak. Biasakan dengan rasa tersebut. Yang penting elakkan perasa tambahan seperti gula atau garam. Biar rasa tu neutral dari sayur dan buah. Jangan kita memberi anggapan letak garam biar rasa sedap sikit. Hakikatnya bukan kita yang nak makan, tapi anak kita. Jangan memandai-mandai buat keputusan sedap atau tidak sedap bagi pihak anak. Anak seumur baru nak mengenal makanan tidak perlukan garam atau gula. Kalau nak manis letak kurma. Bukan sahaja berkhasiat tapi bagus untuk otak bayi.


oooh ya sebelum terlupa, Husna adalah pengguna tegar Chewable C dan Omega Guard. Asal mak bapaknya nk makan vitamin je, mesti ada tangan kecik yang hulur mintak vitamin c dan omega. Inipun bersyukur sangat sebab tidak semua kanak-kanak suka rasa masam chewable C ni dan tidak semua yang boleh makan Omega Guard dengan cara kunyahan tapi Husna sangat gemar kedua vitamin ni. Tak payah suruh makan, ibarat mengantuk disorongkan bantal..lajuuuu menyuapnya.




Ingin mendapatkan vitamin shaklee, boleh hubungi saya

Nurul Aziyana (ID 886587) - Pengedar Shaklee Kuantan, Pahang
Pengeposan SELURUH MALAYSIA

No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Semambu, Air putih, Beserah, KOTASAS, POLISAS, UIA Kuantan, IM

2 comments:

maria said...

anak2 saya makan juga sayur...tp tak semua dia makan. memang payah nak dorang amik semua sayur..
boleh cuba tips ni.

Mealshakes Membantu Anak Anda Yang Cerewet Makan Dan Kerap Sakit | Diari Mama

ummu hanan said...

Anak saya pun jenis yang agak sukar untuk makan sayur. Tipulah sebagai ibubapa tidak risau apabila anak tidak sukakan sayur. Apapun, insyaAllah boleh cuba tips ini. Moga-moga menjadi dengan anak..^_^