Disebabkan memang suka dengan travel (ajak la pegi mana pun ai suka tengok tempat orang ni), saya ada banyak tempat percutian idaman. Tapi tentulah ada tempat-tempat yang saya nak pergi sangat-sangat kan.
Tempat #1 : Mekah dan Madinah
Sebagai orang Islam, 2 tempat ni memang destinasi yang sentiasa mendapat tempat di hati. Di situ kiblat kita..di situ makam nabi kita..jadi sudah tentulah hati ini membuak-buak rasa nak pergi. Lihat gambar saje pun dah tergambar ketenangan luar biasa..apatah lagi bila berkunjung. Rezeki untuk sampai ke sana bergantung pada peluang dan keizinan dari Allah. InsyaaAllah dengan niat dan doa kami sampai ke sana. Doakan saya juga sampai ke sana sebelum menutup mata
gambar ihsan google - tgk la keindahana bumi mekah dan madinah ni..bercahaya..
Tempat #2 : Korea
Korea ni dah lama ada dalam angan-angan. Lepas je hubby habis PHD, itulah negara pertama yang saya nk pegi satu family. Dah propose awal-awal dah. by hook or by crook kena pergi jugak. Kenapa minat sangat dengan korea ni? Berangan nak tengok dan nk rasai suasana bunga sakura gugur adalah alasan paling kuat. Dulu saya ni peminat setia cerita korea.. masa universiti semua layan.. dah kerja dah kawen ni je tak berapa nak ada masa nk hadap cerita. TV pun tak tengok. Waaah bz ngalah PM kononnya. Kat Korea nanti nak g
- Nami Island - nak jejak la jugak kan tempat pengembaraan cerite winter sonata,..syioknye amik gambar antara pokok2 tu
- Namsan - kat sini ada teddy bear museum..bawak una mesti dia suka ni..ada love pad lock..beribu-ribu pad lock ade kt sini ala2 kau kunci cintaku dalam hatimu la ni konsepnya..pastu nak naik namsan tower
- Cheongae Stream tgk waterfall mini yang cantik
- Itaewon mesti wajib lawat..bnyk tempat makan n shopping utk org islam
- dan banyak lagi lah..kesimpulannya nak sangat jejak korea
Tempat #3: Australia
Dulu suami pernah menetap sekejap di adelaide, Australia. Jadi rasanya takde masalah kalau suami nak bawak kami sekeluarga jalan-jalan kat sana. Nak juga tengok tempat lama suami, imbas semula memori lama memang menyeronokkan. So mungkin travel kat sini adalah travel yang best utk kami. Paling kurang pun wajib tgk kanggaroo. Walaupun Sydney adalah bandar ke3 termahal di dunia, tapi ttp jugak nak pergi. Bergambar cukup lah..hahaahahah tak payah shopping bagai.. Melbourne pun best gak tgk..bangunan cantik dan klasik.
Dan banyak lagi tempat nak pergi...New Zealand..Swiss..Turki..Istanbul..kalau diizinkan Allah nk travel 1 dunia. Misi kumpul duit untuk travel. Seronok bila mengembara ke negara orang ni..banyak benda yang boleh kita ambil hikmah. Islam pun berkembang melalui pengembaraan. Semakin jauh kita mengembara, semakin banyak ilmu dan pengalaman dapat dikutip.. So jom kumpul duit untuk travel!
No comments:
Post a Comment