Monday, October 27, 2014

Wow Hebatnya Mealshakes Shaklee | Q&A

Kelebihan dan kebaikan Mealshakes, dah ramai yang merasainya termasuklah saya sendiri. Tapi walaupun ramai yang dah cuba dan terus menjadi salah satu minuman pilihan seisi keluarga, masih ramai yang belum dapat rasa kesedapan rasa vanilla Mealshakes dan mendapat kesan positif darinya. Mungkin tidak tahu ataupun belum pernah dengar nama Mealshakes.

Apakah sebenarnya Mealshakes?
Mealshakes adalah minuman kesihatan yang mengandungi 19 vitamin dan mineral yang kaya dengan serat dan rendah index glisemik. Ianya berbentuk serbuk dan boleh dibancuh dengan apa-apa minum kegemaran.  Mealshakes mengandungi 9 asid amino dalam nisbah yang seimbang untuk kesejahteraan tubuh badan. 




Apa kelebihan mealshakes? 
Mealshakes boleh dinikmati seisi keluarga. Nutrisi lengkap yang ada dalam mealshakes boleh memenuhi keperluan zat badan yang tak dapat diperolehi dari sumber makanan harian. Antara kelebihan utama mealshakes adalah 
  • Membekalkan nutrien kepada sel - membantu dlm pembentukan sel kulit, kuku, rambut dan organ-organ lain 
  • Mengelakkan sembelit - kandungan serat dalam mealshakes memberi serat yang membantu melancarkan pembuangan 
  • Menjaga kesihatan tulang dan gigi kerana kandungan kalsium 
  • Memberi tenaga yang berpanjangan kerana Mealshakes mengandungi index glisemik rendah 
  • Bertindak sebagai antioksidan yang menghalang radikal bebas dari merosakkan sel dan antipenuaan kerana kandungan vitamin A, C dan E. 

mealshakes


Secara amnya, ramai yang menggemari mealshakes kerana :-
  • Sarapan segera penuh berkhasiat
  • Sajian yang lazat, murah dan cepat disediakan
  • Makanan segera untuk dinikmati oleh semua
  • Snek yang sungguh sedap dan boleh diambil pada bila-bila masa
  • Sajian ideal yang rendah kolesterol, lemak dan natrium
Apa rasa mealshakes?
Mealshakes berperisa vanila. Kalau bukak tudung canister, aroma vanilla semerbak baunya seolah-seolah seperti aiskrim vanilla. Rasa nak ratah macam tu je. Sebab itu apa-apa minuman yang ditambah mealshakes rasanya sangat sedap. Contoh penggunaan Mealshakes dalam makanan adalah seperti puding, aiskrim home made, dadih. Mealshakes juga boleh dicampur dalam sebarang jus buah yang diblender. 

Siapa yang boleh ambil Mealshakes? 
Siapa jua yang berumur dari 1 tahun ke atas sehingga lah ke warga emas yang tidak ada selera nak makan atau kekurangan nutrisi harian. Mereka yang paling digalakkan untuk mengambil Mealshakes adalah

  • Ibu hamil dan menyusu badan 
  • Kanak- kanak yang tidak ada selera nak makan 
  • Kanak-kanak yang empunyai sistem imun yang rendah - kerap sakit, demam dan selsema
  • Kanak-kanak yang sembelit
  • Mereka yang nak tambah berat badan 
  • Mereka yang tidak suka mengambil vitamin berbentuk pil 
  • Mereka yang sentiasa tidak sempat untuk bersarapan 
  • Mereka yang selalu letih dan tidak bertenaga
  • Vegetarian 
nutrisi dalam mealshakes


Adakah terdapat pantang larang semasa minum Mealshakes? 
Tiada pantang larang khas untuk pengambilan Mealshakes, kecuali jangan bancuh dengan minuman bercaffein. Atau jika minum kopi, nescafe atau teh, jarakkan 2 jam dengan pengambilan Mealshakes. Juga tiada pantang larang semasa haid, hanya minum seperti biasa 

Berapa lama boleh nampak kesan selepas penggunaan mealshakes?
Kadar serapan vitamin bergantung kepada individu. Setiap orang tidak sama. Mungkin lambat mungkin cepat. Jika usus kotor, penyerapan vitamin akan menjadi perlahan. Banyakkan minum air dan amalkan mealshakes secara konsisten.

Kebanyakan ibu-ibu memberikan mealshakes kepada anak atas sebab ini :- 


Berapa lama tahan 1 canister Mealshakes?
Kandungan mealshakes adalah 544g. Jika konsisten diamalkan setiap hari oleh seisi keluarga, 1 canister boleh tahan hampir sebulan. Jika diberikan untuk anak sahaja, boleh tahan lebih dari sebulan. Apapun bergantung kepada penggunaan. 

 Berapa harga Mealshakes?
1 canister berharga RM113.75. Jika mahukan penjimatan dan keuntungan, saya sarankan join ahli untuk beli dengan hrga lebih jimat. Berita baik, bulan ini (october 2014) pembelian 3 canister mealshakes akan dpt percuma 1 canister. Dan yang menarik, setiap pembelian Mealshakes akan disumbangkan kepada 2000 keluarga yang memerlukan. 

mealshakes sumbangan
Bagaimana nak beli Mealshakes? 
Untuk mendapatkan mealshakes, boleh hubungi saya di talian berikut. Exclusive consultation hanya diberikan khas kepada customer saya mengenai cara bancuh mealshakes yang superb ohhhsem.


Nurul Aziyana (ID 886587) - Pengedar Shaklee Kuantan, Pahang


No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Semambu, Air putih, Beserah, KOTASAS, POLISAS, UIA Kuantan, IM



1 comment:

Mazmohd said...

Meal shakes buat rasa esp jadi sangat best bile di campur...huhuhu