Thursday, October 9, 2014

Gusi Berdarah Ketika Hamil : Punca dan Penyelesaian

Gusi berdarah ketika hamil, bukan lah satu situasi yang pelik. Ianya normal. Yang tidak hamil pun kadang-kadang mengalami masalah gusi berdarah. Apa punca gusi mudah berdarah apabila hamil? Bila hamil, bukan sahaja bentuk badan yang berubah, tapi gusi juga akan jadi lebih lembut dan sensitif. Apa yang berlaku bila gusi jadi lebih lembut? Semua ini akan dihuraikan dalam entri ini..insyaaAllah amat membantu untuk ibu hamil yang mengalami keadaan gusi yang mudah berdarah.


Punca gusi berdarah 
Ada 2 sebab iaitu :-

  • Berlaku pengumpulan plak pada gigi. Perubahan hormon semasa hamil boleh membuat gusi ibu hamil lebih terdedah kepada plak, yang membawa kepada keradangan dan pendarahan. Ini juga dikenali sebagai gingivitis kehamilan atau penyakit gusi. 
  • Perubahan hormon semasa hamil juga boleh menyebabkan membran mukus membengkak. Akibatnya gusi juga membengkak.

Bahaya ke gusi berdarah ni pada kandungan? 

Mungkin merbahaya dan mungkin juga tidak. Akan jadi merbahaya bila gingivitis berkembang menjadi keadaan yang lebih serius dipanggil periodontitis. Periodontitis boleh melemahkan tulang-tulang dan tisu-tisu yang mencengkam gigi pada rahang. Periodontitis yang tak dirawat pulak boleh menyebabkan gigi tercabut. Dh tercabut, takde dah gigi baru tumbuh ya. Ada kajian juga telah menunjukkan bahawa periodontitis semasa hamil boleh meningkatkan risiko bayi pramatang atau praeklampsia


Macam mana nak atasi gusi berdarah ketika hamil?

Tak lain dan tak bukan adalah jaga kebersihan gigi dan mulut. Cara nak jaga gusi dan gigi adalah
  • Bersihkan gigi dengan teliti 2 kali sehari selama 2 minit 
  • Floss setiap hari.
  • Berus lidah untuk minimakan jumlah bakteria berkumpul dalam mulut
  • Guna berus gigi berkepala kecil dengan filamen lembut - pastikan ia selesa untuk dipegang.
  • Elakkan minuman manis (seperti minuman bergas atau teh manis) dan makanan manis terlalu kerap 
  • Jika anda lapar antara waktu makan, amalkan makan snek pada sayur-sayuran dan elakkan makanan bergula atau berasid.
  • Elakkan ubat kumur yang mengandungi alkohol. 
  • Jika  loya dan muntah,kumur mulut dengan air kosong. Ini akan membantu mencegah asid dalam muntah anda menyerang gigi. Jangan berus gigi anda dengan segera kerana ia akan dilembutkan oleh asid dari perut anda. Tunggu kira-kira sejam sebelum memberus.
  • Makan dengan betul. Pastikan cukup kandungan Vitamin C dan Kalsium yang diperlukan ketika hamil. 

  • Vitamin terbaik untuk atasi gusi berdarah ketika hamil? 

    Ibu hamil boleh cuba mengambil Vitamin C dan Ostematrix


    Vitamin C - Membantu tubuh melakukan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas tulang, gigi, dan tulang rawan, dan ia juga membantu menyembuhkan luka. Vitamin C membantu lapisan gusi (epitelium) kekal sihat walaupun bakteria mendiami mulut. Gusi yang sihat akan elakkan bakteria daripada akar gigi walaupun kedudukan bakteria dekat dengan gusi. Apabila bakteria mula menembusi gusi, melalui luka-luka kecil atau lapisan yg lemah, sistem imun akan melawan untuk membasmi bakteria berbahaya. Jadi Vitamin C menghalang penghasilan plak dan tartar. 

    Ostematrix - Ostematrix adalah pil kalsium magnesium dengan Vitamin D. Kalsium diperlukan untuk memulihkan apa-apa kekurangan yang boleh menyebabkan penyakit periodontal. Penyakit dan gangguan gusi periodontal adalah salah satu bentuk osteoporosis mulut. Kalsium tambahan boleh menguatkan tulang yang mencengkam gigi, membantu mencegah kehilangan gigi.


    Nak dapatkan Vitamin C dan Ostematrix untuk masalah gusi berdarah semasa hamil? Boleh hubungi saya di talian berikut dan saya bantu anda atasi masalah ini

    Nurul Aziyana (ID 886587) - Pengedar Shaklee Kuantan
    No Tel: 012-9576172
    Email: ummi_anayiza@yahoo.com
    COD area: Semambu, Air putih, Beserah, KOTASAS, POLISAS, UIA Kuantan, IM, Taman Polo




    3 comments:

    Fadhilah Aisyah said...
    This comment has been removed by a blog administrator.
    Fadhilah Aisyah said...

    Minta izin copy and share ye.. Terima kasih

    Nurul aziyana said...

    fadhilah : boleh tekan button share untuk sharing. saya tak izinkan untuk copy