Ok sebelum nak cerita pasal diri sendiri, inilah saya (yang pakai jubah kelabu) bersama dengan mentor saya, kak Dilla Jalil dan suami, orang kuat di sebalik cabaran entry blog ni.
Fakta #1: Saya kidal, tapi hanya kidal bila menulis.
Biasanya orang kidal ni kebanyakan akan guna tangan kiri bukan untuk menulis je tapi pegang barang pun mungkin lebih selesa dengan tangan kiri. Tapi tidak saya. Saya hanya guna tangan kiri untuk menulis. Bila pegang iron, pegang senduk nak masak saya guna tangan kanan. Tak berapa nak kidal jugak la ni. Pendek kata semuanya lebih selesa dengan tangan kanan. Dan orang kata mereka yang kidal ni kreatif. Sejauh mana saya adalah org yang kreatif? Jom terjah fakta #2 pulak
Fakta #2: Saya sanggup buat kad kahwin saya HANDMADE..eh eh bukan kad kawen je..saya tak pasti kenapa saya sanggup buat perkara yang susah walaupun ada pilihan yang lebih senang dan cepat.
Pertama kali rakan-rakan ofis saya terima kad jemputan kahwin saya, mereka terkesima. Hahahahahha..1st time ever dpt kad kahwin homemade kot. Gigih betul saya menyiapkannya untuk 108 keping.. Total semua pensyarah JKE waktu itu. Siapa lah agaknya yang masih simpan kad kahwin tu. Nak tengok rupe kad kahwin tu? Dah pernah post dalam blog ni suatu ketika dulu {boleh rujuk entri lama ni kt sini }dan hari ini, atas sebab nak buat entry ni maka sekali lagi ia muncul..
Tadaaa....anda nilai sendiri kegigihan saya.. hahahaha dan sila percaya saya buat semua ni sendirian berhad. ooowhh saya suka crafting..menjahit..decopage..sulam manik tu semua saya dah pernah buat dan siap ambil tempahan....sampai skrg pun saya masih menerima sms/msg/wassap nak tempah jahitan tapi terpaksa menghampakan harapan org..hahahaha lucu pulak memikirkan kegigihan saya.
Sanggup buat macam ni? Kalau sanggup give me tengs!! btw kalau cantik boleh puji...ahaks
Ini pulak kad kawen yang saya design dan cetak sendiri juga untuk majlis sambut menantu sebulan selepas majlis rumah saya. Overal 90% persiapab kawen adalah DIY. Ok inilah modal nak bercerita pada anak cucu kan
Wooootss.. bukan kad kawen je saya buat dengan tangan berurat ni tau.. bunga dip juga dibuat sendiri. Ntah kenapa la saya ni suka pilih benda yang susah-susah untuk dibuat. kepuasan waktu itu mungkin? atau dah terbuat, terbeli barang takkan nak biar macam tu je kan..penjimatan duit amat penting masa nak kawen.
Tengah2 kelopak tu ade coklat ferrero :)
Bunga atas hantaran
Fakta #3: Saya suka makan dan suka cuba makan makanan baru tapi saya hanya gemuk sekali dalam hidup saya.
Ok bab makan, saya ditanggung beres. Suakan apa sahaja saya tak tolak. Yang kadang-kadang orang lain tak boleh nak makan saya suka makan contohnya belut. Wow feberet maaa..especially kalau buat sup. Tapi walaupun saya suka makan, saya hanya gemuk sekali je. Masa pengembangan badan tu berlaku ketika form 4 and 5 di MRSM PC. Mungkin sebab masakan kasih sayang yang terbaik hasil air tangan makcik2 dan pakcik2 dewan selera buat saya lebih bulat dari biasa. Hanya kawan-kawan satu sekolah yang tahu kebulatan saya tika itu. Dah la bulat, hitam pulak tu. Tapi walaupun bulat, comel tetap tidak boleh dipisahkan dari saya.. hahahahahaha uwekkks. Itulah pengalaman memiliki badan yang sedikit gempal..hanya sekali..lps tu tak pernah gemuk sampai ke laaa ni.
Saya paling hujung sebelah kanan.. chubby tu (teka di mana suami saya dalam gambar ini...eh2 gemuk2 pun ade mamat sorang tu minat..tapi takde episod cintan cintun masa sekolah ya) .. tiba-tiba terjebak dengan kenangan manis ketika skolah disebabkan entri ini..sengih sorang-sorang..
Ok cukup lah dengan 3 fakta ni.. tak istimewa sangat pun tapi im proud of myself, bersyukur Allah bagi sedikit kelebihan tertentu.. apapun pengalaman hidup ni semua snagat bernilai dan bermakna..terima kasih Allah atas semua kenangan manis yang diberikan...Jumpe di next entry untuk cabaran yang ke-2 plak ya :)
3 comments:
Fahmi 3 dari kiri. Berdiri atas kerusi , betul tak? Ke salah...hahaha.
Saya pun buat sendiri kad kawin. Nanti nak korek2 gambar lama :)
Fahmi 3 dari kanan. Berdiri atas kerusi , betul tak? Ke salah...hahaha.
Saya pun buat sendiri kad kawin. Nanti nak korek2 gambar lama :)
wehh ai pun giler dkt bunga dip tu ok! siap beli cd bagai dkt online, tapi heremmm nak buat..wakakakaka..
mu ni 1 kelas dgn fahmi ke? ya Allah berapa tahun bercinta ni? tapi masa sek serius gemok..hahahaha....
Post a Comment