Wednesday, October 22, 2014

Sembelit? 12 cara untuk selesaikan masalah sukar membuang, cara ke12 adalah paling mudah.

Sembelit. Kadang-kadang isu ni agak sensitif juga kan, tak suka nak bercerita pada orang. Tapi suka tak suka pun kalau sembelit, Tuhan saje yang tahu betapa seksanya nk hadapi. Seolah satu nikmat dah hilang. Sembelit boleh diatasi, dan masalah sukar membuang ni boleh diselesaikan dengan banyak cara. Entri kali ni, saya nak berkongsi 12 cara untuk selesaikan masalah sembelit yang menghantui diri selama ni.


Kalau ikut term medication, pembuangan air besar kurang dari 3x seminggu sudah dianggap sembelit jika mmg setiap hari makan. Tapi yang sebenarnya membuang setiap hari adalah yang paling baik jika nak sihat dan nak cantik, kata nutritionist.

Dari segi kesihatan, sembelit bukan sekadar ketidakselesaan usus, tapi lebih dari itu adalah masalah yang cukup serius dan boleh menjadi penyebab kepada masalah kesihatan yang lain. Semasa proses pencernaan berlaku, nutrien dari makanan akan diserap, mana -mana yang tidak diperlukan akan dijadikan sebagai bahan buangan. Jika ianya tidak dibuang, secara perlahan-lahan badan akan menyerap kembali benda-benda yang beracun. Cuba bayangkan kalau perkara mcm ni berlaku dalam tempoh yang panjang? ooowh tak dapat nak dibayangkan.



Jadi jom semak 12 cara dan tips untuk atasi masalah sembelit.

1) Minum lebih banyak air.
Cara yang paling mudah untuk dicuba. Sembelit adalah tanda klasik kurang minum air.

2) Makan makanan berlemak yang sihat
Haa jangan pelik. Lemak memainkan peranan penting juga untuk mempercepatkan proses pencernaan. Jadi jgn abaikan makanan berlemak, cuma pilih lemak yg bagus dan makan dalam kuantiti yang sederhana. Apabila anda makan lemak, pundi hempedu anda menolak hempedu ke bahagian atas usus kecil anda, di mana ia memecah lemak yang anda makan dan mengawal racun keluar dari tubuh anda. Hempedu merangsang peristalsis - iaitu kontraksi otot lembut yg bertanggung jawab untuk memindahkan makanan melalui saluran pencernaan anda. Tanpa lemak, badan tidak mengeluarkan hempedu yang mencukupi, yang memperlambat proses pergerakan makanan ke bawah.

3) Pastikan ambil serat yang mencukupi.
Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan.Tapi pastikan anda minum air yang cukup! Serat tanpa air yang mencukupi sebenarnya membuat sembelit jadi lebih teruk.

4) Elakkan makanan bergluten
Salah satu makanan yang menyebabkan sembelit adalah makanan bergluten. Jadi elakkan atau kurangkan makanan yang mempunyai gluten


5) Buat senaman bouncing
Macam mana tu? Contoh senaman bouncing paling common adalah jogging dan lompat tali skipping. Proses lantunan akan merangsang sistem usus dan sistem limfa.

6) Minum jus hijau 
Apakah jus hijau? Jus hijau adalah campuran sayur-sayuran atau buah-buahan yang berwarna hijau contoh timun batang, apple, daun saderi. Boleh juga ditambah dengan lemon.



7) Guna tandas cangkung
Tandas di kebanyakan rumah hari ini adalah bentuk duduk bukan cangkung. Tanda cangkung lebih selesa dan keadaan yang lebih kondusif untuk pengeluaran najis.

8) Bertenang
 Pencernaan anda adalah sebuah proses parasimpatetik. Ini bermakna bahawa badan  kita perlu berada dalam keadaan santai, tidak tertekan untuk ia berfungsi dengan baik. Jadi bila dh tiba masa untuk buang air besar, kena bertenang dan berikan ruang untuk badan melakukan proses pembuangan dengna cara tarik nafas dalam-dalam untuk beralih ke mod parasimpatetik.

9) Makan makanan probiotik. 
Sembelit biasanya merupakan tanda kekurangan flora usus iaitu bakteria bermanfaat yang menjaga usus kita untuk berfungsi secara optimum. Contoh makanan probiotik adalah yogurt, overnight oat, vitagen.

10) Elakkan makanan menyebabkan sembelit. 
Ada sesetengah makanan yang boleh menyebabkan sembelit bagi sesetengah orang contohnya Susu, biji-bijian, dan kentang adalah antara penyebab yang paling normal. Untuk mendapatkan sumber kalsium dan merangsang proses pembuangan yang lancar, boleh ambil Ostematrix

11) Makan supplement yang ada magnesium 
Sembelit boleh menjadi tanda kekurangan magnesium. Ostematrix adalah vitamin kalsium yang mengandungi magnesium dan vitamin D. Mereka yang mengmabil Ostematrix sebagai supplement kalsium harian mendapati proses pembuangan berjalan lancar.


12) Masih alami sembelit setelah mencuba semua cara di atas? Cara yang paling senang adalah HERB LAX. Herb-Lax Shaklee mengandungi adunan pelbagai herba yang sering digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan melancarkan fungsi usus.Herb-Lax bertindak secara lembut bagi membantu anda menangani masalah pembuangan air besar yang mungkin dialami sekali-sekala. Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.


Kalau anda alami masalah sembelit kronik, dapatkan HERB LAX untuk mengatasinya. Untuk mendapatkan HERB LAX, saya boleh dihubungi melalui talian berikut

Nurul Aziyana (ID 886587) - Pengedar Shaklee Kuantan, Pahang
No Tel (Whatsapp/WeChat/Telegram): 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Semambu, Air putih, Beserah, KOTASAS, POLISAS, UIA Kuantan, IM



2 comments:

Vitamin Terbaik said...

Say sembelit dari kecik sampai la ada ank 1. Lps pregnant ank ke2 terjumoa shaklee. Alhamdulillah sampai skrang sembelit dah tak kwn nga saya..hihihi

norfaziela mohd noor said...

Info yang bermanfaat untuk masalah sembelit puan. Sebab kalau tak membuang hari2. Kulit susah nak cantikkan ?