Monday, October 20, 2014

Kuatkan Rahim | Tips Berpantang Selepas Gugur

Ada ibu yang pernah mengandung, tapi mengalami keguguran akibat rahim yang tidak kuat. Ada juga ibu-ibu yang keguguran berkali-kali disebabkan rahim yang tidak kuat ni sehingga emosi dan kesihatan terganggu. Ya, saya juga pernah keguguran semasa kandungan berusia 9 minggu. Alhamdulillah, Allah hadirkan pengganti yang sekarang ni dah pun berusia 4 tahun. Jika mengalami masalah rahim tak kuat, adakah peluang untuk hamil lagi masih ada? Bagaimana cara berpantang selepas gugur? Adakah sama berpantang seperti bersalin?

Ibu ini pada awalnya trauma setiap kali berpantang, tapi kali ni tidak lagi..pada awalnya beliau juga pernah alami keguguran


Ada banyak punca masalah keguguran berlaku. Antaranya adalah


  1. Embrio tidak berkembang seperti sepatutnya. Inilah punca saya gugur dulu. Walaupun usia kandungan 9 minggu tapi hasil scan mendapati kantung berusia 5 minggu. Bisanya punca berlaku kerana masalah pada kromosom. Jika janin tidak cukup kromosom iaitu 23 kromosom dari ibu dan 23 kromoson dari bapa, keabnormalan kromosom ni akan menghalang bayi dari berkembang, maka ia akan gugur.  Dalam situasi ini, adalah lebih baik ianya gugur. Jadi ibu tidak perlu begitu sedih jika mengalami situasi seperti ini.
  2. Rahim yang bermasalah. Antara masalah rahim yang boleh menyebabkan keguguran adalah Bicornuate Uterus atau Uterine Septum. Pangkal rahim terbuka juga menyebabkan janin boleh gugur dengan senang. ia terjadi disebabkan oleh pangkal rahim yang longgar yang dipanggil “cervical incompetence”, biasanya keguguran kerap terjadi pada awal trimester ke dua disebabkan oleh tekanan dalam rahim kerana janin yang semakin membesar. Ketumbuhan dalam rahim juga boleh menjadi penyebab keguguran.
  3. Hormon yang tidak seimbang. Ovulasi tidak teratur biasanya dikaitkan dengan masalah PCOS. Pengidap PCOS akan menjadi kebal pada insulin dan menghalang lapisan endometrium menjadi matang dan tidak begitu reseptif terhadap tumbesaran janin. Kehamilan akan terganggu kerana gangguan pada hormon progesteron dan hormon LH pada pengidap PCOS.
  4. Darah beku. Perjalanan darah yang tidak normal di dalam rahim boleh menyebabkan janin tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrisi yang secukupnya untuk berkembang, akibatnya janin mungkin akan mati dan gugur. Kejadian darah beku ini selalunya disebabkan oleh antibodi phospholipid yang banyak di dalam darah.

Jadi apa perlu dibuat selepas keguguran?

Adalah dinasihatkan untuk berjumpa dengan gynea bagi mengenalpasti punca yang manakah menjadi penyebab keguguran jika keguguran berlaku 2 kali berturut-turut. Ada rawatan tertentu untuk setiap punca yang dinyatakan. Antaranya adalah surgeri, analisa kromosom, ikat serviks untuk rahim yang longgar, antibiotik jika ada jangkita kuman. Walaubagaimanapun apa yang penting adalah penjagaan selepas keguguran.



Dikatakan berpantang selepas gugur perlu diberi lebih perhatian berbanding berpantang selepas bersalin. Pastikan rahim betul-betul pulih sbb anda akan hamil lagi selepas itu. Kalau tak berpantang betul-betul, mungkin masalah keguguran akan berulang, kedinginan untuk bersama, bentan, badan letih dan ada juga yang bisa-bisa badan. Antara yang perlu diberi perhatian adalah
  • Pemakanan. Elakkan makan makanan yang berangin, sejuk dan menjalar. Juga elakkan makan ikan yang berbisa dan makanan laut yang gatal. 
  • Tempoh pantang jimak. Elakkan bersama suami paling kurang 30 hari dari waktu keguguran. 
  • Jaga pengambilan nutrisi harian. Amalkan vitamin tambahan untuk kuatkan rahim dan menguatkan antibodi serta perjalanan darah yang lancar di dalam tubuh. 
  • Jangan mengangkat benda-benda berat. Berikan kerehatan pada tubuh, elakkan tekanan pada rahim dan elakkan terlalu aktif walaupun tak rasa sakit. 
Cadangan vitamin tambahan untuk melengkap nutrisi ibu berpantang selepas gugur adalah SET BERPANTANG LENGKAP SHAKLEE yang terdiri daripada
  • Vitalea - Membekalkan 23 vitamin dan mineral untuk menampung kekurangan nutrisi dan membina semula hemoglobin dalam darah. 
  • Bcomplex - dikenali sebagai vitamin saraf kerana bcomplex membantu memeberi kelegaan kepada sistem saraf dan juga antistress. Bcomplex juga mengandungi asid folic yang penting untuk mereka yang merancang untuk hamil. Juga memberi tenaga kerana bcomplex menukarkan makanan kepada tenaga. 
  • Vitamin C - untuk meningkatkan imun sistem badan, merawat luka, baik pulih tisu yang rosak dan melindungi sel dari teroksida
  • Zink - Bantu mempercepatkan baik luka dalaman
  • ESP - Sumber protin untuk menguatkan otot rahim, juga menjadikan sel lebih sihat dengan itu menguatkan rahim dan meningkatkan kesuburan wanita. Juga penting untuk persediaan sebelum hamil lagi. 



Tambahan adalah GLA COMPLEX untuk mengawal atur semula hormon agar stabil dan seimbang. Hormon yang seimbang penting untuk merancang kehamilan yang seterusnya dengan lebih baik. GLA COmplex juga meningkatkan kesuburan wanita dan mengelakkan dari perasaan dingin untuk bersama.

Set vitamin selepas keguguran ini insyaaAllah lengkap untuk ibu-ibu berpantang lebih baik di samping amalan bertungku untuk mengeluarkan darah beku di rahim.

ESP (RM160)
Vitamin C (RM97)
Bcomplex (RM58)
Vitalea (RM92)
GLA Complex RM91

Join ahli Shaklee jika inginkan discount pembelian sebanyak 15-25% tertakluk kepada product.

Untuk mendapatkan SET BERPANTANG SELEPAS GUGUR, saya boleh dihubungi melalui talian berikut
Nurul Aziyana (ID 886587) - Pengedar Shaklee Kuantan, Pahang
No Tel: 011-11548031 atau klik link http://aziyanashaklee.wasap.my
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Semambu, Air putih, Beserah, KOTASAS, POLISAS, UIA Kuantan, IM




No comments: