Friday, October 24, 2014

Husna Turn To 4

23hb Ocotber birthday Husna. 4 tahun membesarkan Husna dengan bermacam-macam pengalaman dan kesabaran yang sentiasa teruji. Bukanlah perkara yang senang tambah-tambah di zaman yang serba mencabar ni. The Golden Age, 5 tahun pertama adalah penentu bagaimana personaliti dan sikap anak bila dewasa nanti. 5 tahun pertama yang memerlukan extra perhatian.


Kadang-kadang sebagai ibu, resah juga memikirkan tentang didikan dan asuhan. Seakan banyak perkara lagi yang tak buat. Seakan banyak tanggungjawab yang tak tertunai. Sedangkan masa semakin pantas berlalu. Kadang- kadang timbul rasa kesal juga di hati.

Apepun, saya masih percaya doa seorang ibu tu penting sepanjang perjalanan hidup seorang anak.Cakap yang baik-baik, doa yang baik-baik dan fikir yang baik-baik insyaaAllah semua yang hadir baik2 aje. Untuk Husna, tinggi harapan saya agar anak yg membesar tu menjadi anak kebanggaan keluarga, tak terror English pun tak pe asalkan tahu mengaji Al Quran.



Apa yg saya cuba amalkan sekarang adalah
  • Bila nak tidur, tatkala mata tgh mamai-mamai tu saya berckp2 ngn Husna, sampaikan segala impian yang saya nak dia jadi. Contoh Husna bangun esok tak nangis, Husna anak solehah kan? Husna tak tengok tablet kan? Masa dia mamai-mamai tu dia angguk-angguk juga lah. Amazingly, esoknya mmg seperti apa yg diharapkan dan dia boleh inform plak kat kita Ummi, hari ni Una tak nangis... Ummi, hari ni Una tak tengok tablet. Jangan tak tahu, masa nilah otak kanan sedang bekerja dan otak kiri pula sedang dalam fasa nak tido. Masa ini juga dikatakan berada dalam gelombang alfa.
  • Peluk dan cium Husna sebanyak yang mungkin. Kata Prof Muhaya, anak yang sentiasa dipeluk cium akan meningkatkan kepercayaan anak-anak, anak akan rasa disayangi. Bila peluk kita akan nampak anak akan happy, bila happy anak lebih mudah mendengar kata.
  • Kalau Husna buat benda baik, terus saya akan puji. Tak kisah lah walaupun sekecil-kecil perkara sekalipun, puji lah. Kerja senang aje kan. Waaah bagus Husna hari ini. Husna budak baik, mesti Allah sayang lebih.
  • Dan of coz jugalah setiap sujud dan doa saya, Husna pasti ada. Saya mahukan Husna faham tentang agama dan al Quran, mahukan dia anak yang menjaga solat tak kira kat mana pun pergi. 

Untuk Husna, Happy Belated Birthday Sayang. Ummi always LOVE u walaupun kadangkala ummi ada marah-marah. Im sorry for any neglected moment. Semoga Allah bg keizinan, kekuatan dan ilmu pada ummi untuk gali potensi-potensi Una agar jadi permata yang bernilai untuk agama.




2 comments:

Suhailah (Ela) said...

Happy belated besday Husna. Semoga segala impian & cita2 dapat dicapai.. =)

nanonano said...

lama xtgk una!
heppy belated bufday